Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semangat Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013 masih hangat dan rasa syukur kerana ALLAH SWT mempermudahkan majlis dari perancangan sehinggalah tamat. Paling syukur kerana ramai Rakan Blogger sangguh korban masa dan wang ringgit untuk datang dari jauh dan dekat untuk memeriahkan majlis dan kepada semua penaja yang sudi berkongsi rezeki dengan Rakan Blogger.
#SBB2013 memang meriah dengan berbagai gurau senda yang menjadikan majlis meriah ya lah bukan mudah nak jumpa walaupun setiap hari bertemu di dunia maya. Paling meriah apabila #SBB2013 dipenuhi dengan Blogger Ensem sehingga ada yang terpaksa labelkan diri Blogger Ensem Sangat.
Antara Blogger Ensem yang memeriahkan #SBB2013. Kenal ke???
Kepada Blogger Ensem lain yang tak termasuk dalam gambar di atas aku mohon maaf kerana gambar kalian telah disabotaj oleh lelaki misteri yang memakai label di bawah ini.
Walau segembira mana sekali pun Blogger Ensem Sangat yang menghadiri #SBB2013 sebak di hati melihat Rakan Blogger yang memenangi Grand Cabutan Bertuah #SBB2012 tidak dapat diselindungi. Terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan kepada beliau dan acara serahan sumbangan tersebut terpaksa dilakukan di luar dewan kerana beliau tidak dapat bertahan lama untuk menunggu sehingga habis majlis. Terima kasih kepada isteri dan ayah beliau yang berkorban membawa beliau untuk bertemu dengan Rakan Blogger yang sangat merindui beliau. Aku nampak Blogger INI lari jauh tidak dapat menahan sebak dan kisah sedih Blogger INI yang duduk disebelah beliau sepanjang majlis.
Terima kasih semua.
(Nota : Sebahagian gambar #SBB2013 dicelok dari Blog Rakan Blogger … mohon kebenaran)
120 Comments
Kehemseman yg dak terkata, semoga anda semuanya sentiasa hensem sokmo.
tak dapat dinafikan memang anda semua ensem..terbaik…
Curahan rasa Sharafie @ ..10 Blogger Terbaik Malaysia
alhamdulillah semuanya lancar, syukur dan sangat2 terharu melihat kegembiraan rakan bloger semua lagi terharu dengan keadaan bro jejai kita
Curahan rasa sweetkurma @ ..telekung sweetkurma
Terasa rugi pulak kerna tak join sama event ini
Curahan rasa onlajer @ ..10 Blogger TerBaik Malaysia – Edisi WW
fuh…ramai blogger2 otai kt sna, meriah tue
Curahan rasa syazrin @ ..Upgrade pendrive 2GB kepada 4GB
memang semua ensem2 la..
Curahan rasa zool @ ..Kisah Budak botak yang comel
fuhh….rmi blogger2 otai dtg, meriah tue.
blogger ensem+otai
ceria2 jer belaka…
perrggghhhh…ramainya..semua otai2 dlm blogging..bravo bravo… blogger amenoworld ada hadir tak..hehe
Curahan rasa Carlos Santiago @ ..BAN Extremist ~ Dan Lagi Umat Islam Mali Dituduh Extremist Terrorist
nice to blog
salam kenal semuanya, ane masih newbe di dunia bloger
Curahan rasa bengkak jantung @ ..Obat Ace Maxs
sama la kiterrr…aku pn newbiess…byk kna blaja ni
Curahan rasa Carlos Santiago @ ..BAN Extremist ~ Dan Lagi Umat Islam Mali Dituduh Extremist Terrorist
Kemeriahan #SBB2013 pasti akan terus mekar dalam ingatan kami. Terima kasih Tuan DH.
Melihat Bro Jejai sudah cukup memberi gambaran besarnya pengorbanan ahli keluarga beliau. Semoga beliau diberi kekuatan utk kembali pulih..ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Tips Rumahtangga Bahagia:Elak 5 Perkara Kalau Sayangkan Suami Isteri!
Saya pun turut rasa sebak bila lihat gambar bro Jejai tu
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #47
entah bagaimana perasaan bro Framestone menahan sebah di dada melihat bro jejai begitu kecil seperti ini, semoga beliau diberi kesembuhan seperti sedia kala
Curahan rasa munir ardi @ ..20 Fakta Menarik dari Pola Bayi
ameen ya rabbal a’lamin
Curahan rasa hafizmd @ ..Tips Rumahtangga Bahagia:Elak 5 Perkara Kalau Sayangkan Suami Isteri!
baca entry ni terasa sayu dan sebak dgn kisah Jejai… 🙁
Curahan rasa zie fauzi @ ..Gambar dan Sesuatu???
abang-abangnya memang ensem banget dehhh !! 😀
Comments are closed.