Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, alhamdulillah kali ni seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah hasil tulisan daripada saudara Paly, pemilik blog Paly.my. Joom sama-sama kita baca.
Memang kita seronok dalam belajar berblog, betul tak? Macam mana nak buat tu, macam mana nak buat ni, kenapa yang ni tak menjadi, bagaimana nak letak kat situ, kenapa yang ni boleh berkesan dan lagi ribuan tips kat luar sana untuk dipelajari.
Setiap kali kita membaca sebuah post, dari situ dah dapat tips yang boleh dipelajari sebab setiap post ada keunikan tersendiri.
Apa Yang Dimaksudkan Begitu?
Aku sendiri kurang mengerti hal-hal macam ni bila aku baru menyertai dunia blog yang luas di Malaysia ni. Apa yang terpikir sepanjang masa adalah menjadi blogger – menulis dalam blog untuk dikongsi kepada pengguna internet.
Buat satu blog dan branding tersendiri
Jadi, proses berblogging mula dijalankan – blog dibuat dan menulis pelbagai entri untuk dikongsi. Setelah berbulan-bulan buat apa yang kita dah belajar tapi hasilnya, tiada. Kenapa?
Tulis Dengan Cara Tersendiri
Aku setuju sebab itu yang aku belajar. Tulis dengan cara tersendiri. Ada juga masa yang aku terfikir, siapa nak baca apa yang aku kongsi! Aku bukan la pandai sangat dalam bab menulis dan yang pastinya, aku tak tau banyak dalam hal berblogging.
Kebanyakkan blogger mesti ada terasa diri ni tercabar dengan blog-blog lain, termasuk diri aku. Banyak blog yang aku terjah dan impression yang aku dapat bagi adalah blog diorang menarik dan professional, itulah yang membuatkan aku terasa tercabar dan ingin ikut jejak diorang semua.
Bila aku fikir balik, senang je. Jadi diri sendiri, menulis dengan cara yang unik, tersendiri. Ada orang yang baca kandungan blog kita dan berkongsi pada yang lain, ada yang tak suka, so biarkan begitu, as simple as that.
Berdiri Tegak Berbanding Yang Lain
Aku mula berblogging menuju ke arah tersebut. Berkongsi pelbagai cerita dan maklumat dengan gaya aku dan ikhlas dalam berkongsi.
Bila dah menulis, bukan la bermaksud dah terus dapat trafik gempak. Ada je kerja keras kena buat untuk penulisan aku ni dikenali, dibaca, dikongsi dan mudahan2 yang datang membaca akan kembali lagi, itu yang penting.
Seronok bila dah ada pembaca sebab ada juga seseorang yang boleh diorang hubungkan dengan aku – bila aku geram dengan sesuatu tak munasabah, diorang pun turut terasa macam tu.
Akhirnya, kita tak berblogging berseorangan lagi dah. Ada juga yang berkongsi isu dengan diri kita, satu perkembangan yang bagus.
Dengan cara ini, ia dapat membantu kita dan blog kita untuk berdiri tegak berbanding blog-blog yang lain. Kita semua individu yang ada keunikan tersendiri, bukan aku seorang je. Walaupun kita ada kembar, mungkin pada zahir sama tapi dalam berblogging, tidak sama sekali.
Ada yang suka dengan penulisan kita dan ada yang tak, itu adalah satu kebiasaan.
Macam Mana Nak Jadi Diri Sendiri
Tulis post seperti kita bercakap dengan kawan. Buat lawak kalau ada yang kita buat silap. Ada pembaca tak tahu sesuatu, kita kongsikan kepada mereka. Ajar mereka apa yang kita dah belajar atau kongsi cara yang kita guna. Buat giveaway untuk memberi sesuatu yang berharga – ini semua boleh menjadi alasan untuk mereka berkenalan dengan kita.
Jadi je diri sendiri, tak perlu terlalu obses untuk menjadi professional. Ada yang tak suka dengan seseorang yang terlalu serius. Loosen them up, jadi penulis yang mudah dirapati.
Kita menulis juga untuk membina satu hubungan. Hubungan terjalin secara tak langsung antara penulis dan pembaca membuatkan si penulis terus bersemangat untuk berkongsi dan si pembaca akan terus kembali untuk hayati kandungan blog.
Hubungan antara penulis-pembaca dapat membawa jauh lebih dalam seperti bercakap melalui sosial media, video talk melalui Skype, berjumpa dalam suatu majlis dan mengacara suatu aktiviti luar dalam satu komuniti masyarakat.
Kawan bertemu kawan – itu yang aku dapat tengok bila hubungan semakin dalam dan erat. Dengan menulis post yang menarik dan unik, itu sudah cukup untuk pembaca datang berulang kali dari semasa ke semasa.
Tidak lupa juga, letak sedikit personaliti diri kita dalam menulis post. Jadi diri sendiri, itu yang terbaik dan itu adalah professional untuk diri kita.
Hmm. Macam mana pula dengan korang semua? Aku pun teringin juga untuk membaca kisah dan pengalaman korang. Jangan malu dan segan, kongsi je. Mungkin ada yang boleh aku dan rakan-rakan yang belajar dari pengalaman korang sendiri.
Aku sangat hargai jika post ini dikongsi kepada rakan-rakan yang lain. Mana tahu ada yang mereka ingin cuba dan dapat ketengahkan blog berbanding yang lain.
Credit gambar: college2startup.tumblr.com, macleanspace.com
206 Comments
wow ! sedikit perkongsian yang penuh pengertian 🙂 nice sharing ! go go paly
Curahan rasa mieza suhaini @ ..Segmen Bloglist http://www.kanvasdakwat.com
tulis dengan tulisan dan jiwa sendiri,, macam memasak.
masak dengan penuh kasih sayang. hehehe
Curahan rasa KiD @ ..Cerita Menarik dalam Blog
good info.. apa-apa pun be yourself kan…
Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Kronologi Bas Jatuh Gaung Genting Highlands
Dengan usaha insyallah semua impian boleh tercapai
Curahan rasa daddydee @ ..Main Dengan Makcik
Nak buat branding dengan blog.. ambil masa lah juga..
‘Sabar je lah…..’
Ikhlas,
AMIN JOHAR
(Pendaftar Domain)
PAKAR NIAGA
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..TEKNIK SEO | KATA-KUNCI ITU DUIT
kalau x yakin dengan diri sendiri camner??
Curahan rasa Fakarepain @ ..KHASIAT DAN KEBAIKAN PETAI
terima kasih atas tulisan artikal ni..banyak idea yg aku pelajari.. untuk perbaiki penulisan..
Curahan rasa myvitrd @ ..Berjaya Dapat RM1000 Dari SKMM
tulis je ikut kita tapi jangan syok sendiri pula..
Curahan rasa zool @ ..Berakhir era Kodak
Ye betul tu jadi diri je…..baru lebih dekat dgn pembaca…
Curahan rasa hafiz @ ..Cara menurunkan kuning bayi
Byk yg dapat ambe pelajari dari artikel ni. Apa yg bestnya, entri yg keluar di blog DH juga salah satu teknik branding yg cukup terbaik!
tahniah paly.my!
Curahan rasa hafizmd @ ..Rezeki Pagi Jumaat…
Tip yang sangat menarik, sesekkali saya keluar masuk juga ke blog Paly.
Saya masih belajar walaupun sembenarnya saya tak pernah hipokrit utk mejadi org lain tetapi bagi saya blog saya tetap sebegitu. Entah dimana silapnya. Membaca tanpa membuat kajian agaknya. Titik.
Curahan rasa JunAina @ ..Tudung 2U Pilihan Tanpa Sempadan
mempunyai karakter atau ciri tersendiri inilah yang susah apalagi banyak yang tidak sabaran dalam membuat satu post
Curahan rasa munir ardi @ ..Beberapa Alasan Untuk Memulai Bisnis Online
Benar juga bang munir. Kadang2 adakalanya mengejar traffik membuatkan diri “hilang” sebentar =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Rezeki Pagi Jumaat…
proses branding ni sebenarnya makan masa
tapi,bila dah dikenali, rasa betul-betul puas hati
terutama kalau ada yg menjadi pembaca setia
sedikit-sebanyak, pencapaian ni yg akan mendorong untuk pergi lebih jauh dalam blogging
Curahan rasa penaberkala @ ..BLOGGER : Siapa Dkna Abza?
betol tu.. usaha tangga kejayaan..
Curahan rasa Paly @ ..Blog Paly dalam Denaihati.com
pandangan saya .. memang betul jadi diri sendiri.. tak perlu menjadi ‘sumone’.. cari identiti sendiri.. dari situ orang/pembaca akan kenal kita….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Blogger Idaman Gadis Beraya Bersama Zarul Umbrella
bila dah kenal, hubungan pun makin rapat dan membawa ke arah persahabatan di antara blogger 🙂
Curahan rasa Paly @ ..Blog Paly dalam Denaihati.com
Bro MB antara yg selalu ambe perhatikan dlm teknik branding ni…
moga terus berjaya bro MB!
Curahan rasa hafizmd @ ..Rezeki Pagi Jumaat…
Mencari x faktor sebagai penulis blog. Memberikan kelainan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Rilek Brader Rilek Brader bersama Snickers
x faktor..payah nak cari
Curahan rasa hafizmd @ ..Rezeki Pagi Jumaat…
Comments are closed.