Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri review blog bertuah hari ni dari seorang blogger yang kini menetap di luar negara. Blogger yang seangkatan dengan Kak Kujie berjawatan sebagai Domestic Engineer suri rumahtangga ni banyak bercerita tentang kisah wanita dan keluarga di dalam blognya. Joom kita baca review blog Bardboo.com.
Assalamualaikum.
Seorang blogger yang betul-betul komited tidak sepatutnya melepaskan peluang yang ditawarkan oleh saudara pemilik blog Denaihati, di ruangan group Facebook Denaihati Network. Peluang yang ditawarkan adalah berbentuk review blog terbaik akan dipublish di blog Denaihati. Sebab itu saya cuba juga cari masa untuk ambil peluang ini. Manalah tahu kalau ada rezeki, dapatlah saya promosi blog saya secara percuma di blog terkenal di Malaysia ini.
( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )
Blog Bardboo, itulah nama blog saya. Dan tagline yang saya gunakan adalah ‘Kisah Wanita & Keluarga‘. Dengan baca tagline blog ini sahaja saya rasa orang dah dapat bayangkan apa yang yang bakal dihidangkan di blog saya. Ya, saya banyak bercerita mengenai wanita. Kerana saya seorang wanita. Sila jangan tertipu dengan nama ‘Bardboo’ itu ye. Untuk mengelakkan kekeliruan jantina ini, saya sudah mula menggunakan nama ‘Puan Bardboo‘ sebagai nama samaran di alam maya.
Saya juga banyak bercerita mengenai keluarga saya. Saya sudah berkahwin, dan mempunyai dua orang cahaya mata. Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Kebanyakkan masa dihabiskan di rumah. Bila anak-anak tidur, di depan laptop lah saya bermaharajalela. Disebabkan kami menetap di luar negara buat masa ini (di Toulouse, Perancis), maka saya banyak kongsikan pengalaman hidup di negara orang. Pengalaman bersalin di negara orang pun ada. Jemputlah datang baca di Blog Bardboo ya.
(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)
Mengenai teknikal blog pula, blog saya tidaklah sehebat mana. Dulu saya bermula dengan Blogspot, dan sekarang saya lebih selesa menggunakan self-hosting WordPress. Blog Bardboo hanyalah berpangkat 2 untuk Google Page Rank (dulu pernah capai rank 3), dan Alexa Malaysia pula dalam lingkungan 5000 (tak menentu, kadang-kadang naik, kadang-kadang turun). Kebanyakkan trafik blog saya adalah trafik organik, yang datang dari enjin carian Google. Tapi trafik blog saya tak adalah sehebat mana, cuma cukuplah untuk beri kepuasan kepada diri sendiri.
Marilah singgah ke Blog Bardboo ya, blog santai yang dihasilkan oleh seorang surirumah. Jom kita sama-sama memeriahkan dunia blogging Malaysia. Salam ukhwah dari saya yang jauh di perantauan.
157 Comments
jauh di Paris luar biasa
Curahan rasa munir ardi @ ..Shena Malsiana harus pulang pada Gala Live Show X-Factor Indonesia tanggal 26 April 2013
saya di sini sebab ikut suami sambung belajar..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
pengalaman yang berbeza di tempatkan bawah satu bumbung blog… perkongsian pintar yang hebat 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Jom Audit Diri Bersama Prof Dr Muhaya
pengalaman yang berharga ni rasa lebih manis bila dikongsikan dengan rakan-rakan semua..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
tidak semua orang dapat peluang & pengalaman melahirkan & membesarkan anak2 di negara orang…
Curahan rasa ciklaili.com @ ..Hidup Lebih Mudah Dengan Samsung Galaxy S4
saya rasa bertuah sebab ada peluang untuk merasanya.
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
kak bard memang beruntung lahirkan anak di negara org .. 🙂
Curahan rasa spudin @ ..Singaporean Ini Berjaya Buat Suit Iron Man
tapi prosesnya tu menyeksakan betul..hehe..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
boleh dijadikan blog pilihan untuk dibaca oleh istri
Curahan rasa munir ardi @ ..RIP Ustad Jefri Al Buchori
boleh saja…jemput singgah ke blog saya ya..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
Nak masuk group peserta review tak dapat, cuma komen je di sini. Blog Puan Bardboo….satu nama yang cute, sama dgn blognya. Apa keistimewaan blog ini, bolehlah kita terjah nanti. Semoga bardboo terus berjaya walaupun berada di perantauan/luar negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Blog sensasi2020.com – Bukan Sekadar Sensasi
terima kasih saudara untuk komen ni..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
baru pertama kali dengar nama ini setelah ini langsung terjah
Curahan rasa metrolisa @ ..Wordless Wednesday/Clash of the Titans Bayern Munchen VS Barcelona
terima kasih sudi singgah ke blog bardboo.. =)
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
aku singga sebentar di brdboo, blognya asyik untuk di simak
terima kasih banyak-banyak untuk komen ini..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
selamat maju jaya diucapkan…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday #67: Doa Murah Rezeki
thanks kak..jom sama-sama memeriahkan dunia blogging ye..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
kekeluargaan yang harmonis adalah kunci keberhasilan yang selalu tercapai.
betul tu..sama-sama usaha untuk waujudkan keluarga yang harmoni..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
Blog bardboo.com sangat bagus dan menarik yang mengulas tentang kekeluargaan.
terima kasih banyak-banyak untuk komen ini..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
mudah – mudah saya selalu membaca artikel denai hati ini karena artikel yang diberikan sangat bagus – agus artikelnya.
Review artikel sangat dan menarik untuk dibaca
wah, keren nih blognya yang di review denai hati. sukses selalu.
seronok bila suri rumah buat blog dari luar negara pulak tu.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Ulama’ tidak boleh jadi Umarak?
hihi..bila ada masa terluang, saya memang suka update blog..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
Comments are closed.