AUS art collective telah mengunting empat buah beg Hermès Birkin utuk dijadikan sandal paling mahal di dunia.
Sandal dari beg Birkin ini dinamakan sebagai Birkinstocks tetapi tidak ada kena mengena dengan jenama Birkenstock, kasut dari Jerman.
Harga sepasang sandal Birkinstocks adalah dari USD34,000 ke USD76,000.
Hanya ada sepuluh pasang sandal Birkinstocks untuk dijual kepada yang membuat pesanan sahaja. Sandal ini tidak dijual di pasaran terbuka.

Apa yang membuatkan Birkin hebat?
Pada awal 1980-an, penyanyi pelakon Jane Birkin bertemu dengan Ketua Eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas ketika mereka duduk bersebelahan di pesawat. Dan dari situlah inspirasi oleh keperluan Jane Birkin untuk menghasilkan beg tangan yang kini menjadi jenama yang hebat.
Beg Birkin dijual dalam pelbagai saiz. Setiap satu boleh dibuat dengan pesanan dengan warna, dan lekapan perkakasan yang dipilih pelanggan yang berbeza. Lain pilihan individu lain aksesorinya, seperti berlian dan jenis kulit.

Beg ini juga terdapat dalam pelbagai kulit seperti anak lembu dan burung unta. Antara yang paling mahal yang digunakan untuk adalah daripada kulit buaya air masin. Setiap beg dipenuhi dengan kulit, warna dalaman yang sepadan dengan luaran. Dan harga untuk beg Birkin bergantung kepada jenis kulit, warna, lekapan perkakasan dan saiz.
Harga Beg Hermes Birkin
Hermès membenarkan harga mereka dengan kombinasi faktor seperti sejarah, reputasi, eksklusif, bahan eksotik dan jarang berlaku (rare). Untuk membina jenama, perlulah dengan cara yang betul dan tidak semua syarikat yang meletakkan harga tinggi pada produk mereka berjaya.

Harga Beg Hermes Birkin juga dipengaruhi oleh beberapa kriteria seperti :
- Reputasi jenama dan sejarah : syarikat itu ditubuhkan 180 tahun yang lalu, dan ia telah berjaya membina reputasi yang kukuh dan tulen untuk dirinya sendiri;
- Hasil kraft – beg buatan tangan yang dihasilkan oleh ahli seni.
- Eksklusif – beg yang jarang dan unik yang tidak semua orang yang mempunyai wang mampu.
- Harga – yang menjadikan Birkin status kekayaan untuk orang.
Beg Hermes Birkin sebagai pelaburan
Ramai yang membeli beg Birkin untuk pelaburan jangka panjang. Nilai beg Birkin bertambah lebih kurang 14% setiap tahun mengikut pakar pelaburan.
Nilai yang terus mengingkat setiap tahun mendorong pengumpul beg Birkin menyimpan dengan sebaiknya di tempat khas apabila beg tersebut tidak digunakan untuk memastikan kualiti tidak terjejas.
Antara beg Hermes Birkin yang paling mahal di dunia adalah:
- Blue Crocodile Hermes Birkin Handbag – RM670,000
- Hermes Exceptional Collection Shiny Rouge H Porosus Crocodile 30 cm Birkin Bag – RM803,000
- Fuchsia Diamond-Studded Hermes Birkin – RM877,000
- Niloticus Crocodile Himalaya Birkin – RM1.5 juta
- Hermes Birkin Bag by Ginza Tanaka – RM5.53 juta

Beg Hermes Birkin yang paling mahal direkodkan adalah yang direka oleh pereka dari Jepun iaitu Ginza Tanaka. Beg tangan Hermes Birkin ini adalah yang paling mahal di dunia dengan harga RM5.53 juta. Beg tangan tersebut diperbuat daripada platinum dan dihiasi dengan 2,000 butir berlian di bahagian luarannya dan disempurnakan dengan batu 8 karat.
Bagi yang mampu membelinya, pasti ia menjadikan Hermes Birkin satu pelaburan yang berbaloi.
Macam beberapa jenis kereta. Jika dijaga dengan betul, boleh jadi antik dan naik nilai dalam pasaran. Pandai mereka memasarkan jenama. Jenama yang boleh menjadi buruan peminat barangan antik.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Gigi Gerahamnya Di Neraka Lebih Besar Dari Gunung Uhud
betul sangat tu. sahabat saya beli lambo limited edition yang hanya ada 180 biji di dunia. makin lama harga kereta tu semakin mahal.
Curahan rasa denaihati @ ..Cara melapor pesanan GrabFood yang diterima tidak cukup
wah mahal sungguh harganya. Bagi yang mampu beli, pastinya berbaloi untuk jangkamasa panjang
Curahan rasa Geng Borak @ ..Pasport Vaksin Malaysia Untuk Penerima Suntikan
pakar kata palaburan beg design ini pulangan nya lebih hebat daripada melabur di hartanah. kalau sandal design ni tak pastilah pulak macam mana.
Curahan rasa denaihati @ ..Tujuh Tips Mengenali Emas Palsu supaya tidak tertipu