Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal tahun 2013 blog Denaihati bermula dengan langkah kanan setelah dianugerahkan “Most Creative Blog 2013” oleh Majlis Sosial Media Malaysia. Penutup tahun 2014 juga diakhiri dengan langkah kanan apabila blog Denaihati dianugerahkan “Best Personal Blog 2013” oleh Blogrrr.my. Mohon maaf kepada penganjur tak dapat naik ke pentas untuk mengambil trofi dek kerana kecelaruan aturcara.
Dalam tahun 2013 blog Denaihati juga telah terpilih masuk final dalam katogeri “Tourism Blog of the year” anjuran Malaysia International Tourism Blogger Awards dan “Blogger of the year” anjuran DiGi WWWOW Awards. Bersyukur sangat terpilih masuk final walaupun tak menang kerana telah memberi platform untuk mengukuhkan jenama blog ketahap yang lebih baik. Kepada Rakan Blogger yang mempunyai cita-cita besar dalam dunia blog pastikan anda masuk dalam apa juga anugerah mengikut kelayakan yang sesuai kerana ianya adalah platform penjenamaan yang paling baik. Menang atau kalah jangan kisah itu rezeki ketentuan Allah yang paling penting jangan cepat sentap.
[box type=”shadow”]A personal blog is a weblog where people publish articles related to their daily lives, interests, projects, passions and happenings – personal blog [/box]
Berdasar ranking alexa Malaysia pada 30/12/2013 berikut antara kedudukan top 7 best personal blog Malaysia.
Setiap kejayaan perlukan pengorbanan dan usaha yang tidak pernah berhenti. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran untuk berjaya setiap kejayaan perlu disertakan dengan kreativiti dan ilmu yang sesuai dengan visi dan misi. Malas belajar dan berfikir dengan berbagai alasan adalah permulaan kepada sebuah kegagalan.
Walaupun tidak menang apa-apa anugerah 2013 pastikan blog anda menjadi The Best Personal blog untuk diri sendiri. Apa agaknya matlamat anda berblog untuk tahun 2014?
92 Comments
Tahniah tahniah semua. Saya akan cuba sehabis baik untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan blogger-blogger ternama ni. INsyaAllah doakan saya. 🙂
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
Tahniah sekali lagi Tuan! Saya yang ikan bilis ini terpaksa bersaing dengan ikan-ikan jerung di lautan blog ini. Hehehe.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
mkasih gan infotmasinya sangat bermanfaat untuk saya l,
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Mulut @ ..Obat Herbal Kanker Mulut
terimakasih untuk beritanya semoga menjdi motivsi kani hhee
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
Semoga suatu hari nanti saya pun dapat merasa nikmat kejayaan sepertimana tuan Denaihati rasai skarang ni..insyaAllah..
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #79 – Cara Untuk Dimurahkan Rezeki
terima kasih atas informasinya yang sangat bermanfaat, sukses selalu
Suka ayat jangan cepat sentap..ada kebenaran disitu.
Curahan rasa halif @ ..Warga Putrajaya Hembus Nafas Lega
terima kasih untuk nasihat dan panduan…
Curahan rasa Aku & Tawarikh @ ..Cerita Tentang KAWAN.
ya..KB bersetuju untuk menjadi best personal blog untuk diri sendiri..baru ada kesungguhan untuk buat yang terbaik.
Curahan rasa kakiblog @ ..Berguru Dengan Juara Contest SEO Eridy
Tahniah…belum pernah lagi pergi acara camgini.. masih baru dalam dunia blogging
^_^
Curahan rasa Aminin @ ..Cara Menggoda Apabila Lelaki Merajuk
Masuk dalam nominasi sudah menjadi prestasi yang sangat membanggakan
Semoga di tahun ini DH tetap tercalon dalam award dan bisa memenangkan semuanya …
ader pegi juga ke blogrrr.. ramai yang sporting… tahniah denaihati
Curahan rasa mancai @ ..Antara 10 tabiat yang merosakkan otak
Comments are closed.