Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal tahun 2013 blog Denaihati bermula dengan langkah kanan setelah dianugerahkan “Most Creative Blog 2013” oleh Majlis Sosial Media Malaysia. Penutup tahun 2014 juga diakhiri dengan langkah kanan apabila blog Denaihati dianugerahkan “Best Personal Blog 2013” oleh Blogrrr.my. Mohon maaf kepada penganjur tak dapat naik ke pentas untuk mengambil trofi dek kerana kecelaruan aturcara.
Dalam tahun 2013 blog Denaihati juga telah terpilih masuk final dalam katogeri “Tourism Blog of the year” anjuran Malaysia International Tourism Blogger Awards dan “Blogger of the year” anjuran DiGi WWWOW Awards. Bersyukur sangat terpilih masuk final walaupun tak menang kerana telah memberi platform untuk mengukuhkan jenama blog ketahap yang lebih baik. Kepada Rakan Blogger yang mempunyai cita-cita besar dalam dunia blog pastikan anda masuk dalam apa juga anugerah mengikut kelayakan yang sesuai kerana ianya adalah platform penjenamaan yang paling baik. Menang atau kalah jangan kisah itu rezeki ketentuan Allah yang paling penting jangan cepat sentap.
[box type=”shadow”]A personal blog is a weblog where people publish articles related to their daily lives, interests, projects, passions and happenings – personal blog [/box]
Berdasar ranking alexa Malaysia pada 30/12/2013 berikut antara kedudukan top 7 best personal blog Malaysia.
Setiap kejayaan perlukan pengorbanan dan usaha yang tidak pernah berhenti. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran untuk berjaya setiap kejayaan perlu disertakan dengan kreativiti dan ilmu yang sesuai dengan visi dan misi. Malas belajar dan berfikir dengan berbagai alasan adalah permulaan kepada sebuah kegagalan.
Walaupun tidak menang apa-apa anugerah 2013 pastikan blog anda menjadi The Best Personal blog untuk diri sendiri. Apa agaknya matlamat anda berblog untuk tahun 2014?
92 Comments
Top 7 tu semuanya hebat2 belaka. 🙂
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Tip Penjimatan Tarif Elektrik Baru 2014
tahniah untuk blog denaihati… dan tahniah untuk mereka yang tersenarai….
Curahan rasa ema @ ..Mom steak dengan pemanggang ajaib
jauh lagi nak kejar
Curahan rasa Mus @ ..Great Wall Photo (Kuching) Dilantik Sebagai EOS Ambassador Centre
tak mustahil dengan teknik dan pengunaan sosial media pasti boleh tercapai tu
Curahan rasa denaihati @ ..P1 Wimax tak boleh harap betul ke
Membaca kejayaan blog ni amat inspiring la buat kawe. Harap2 one day nanti boleh masuk ranking jugak.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..A Few of the World’s Worst Financial Advice
Tahniah. rejeki tu..rejeki
Curahan rasa QZ92 @ ..Perihal Kolej Perindu 2013
yang tersenarai tuh memang hebat2 belaka…
Curahan rasa papa mifz @ ..Terpegun Melihat Masjid Kristal
Tahniah bro…Semoga lebih berjaya untuk tahun 2014
Curahan rasa eyriqazz @ ..Contest Terakhir 2013
joom kita berjaya bersama 2014 ni
Curahan rasa denaihati @ ..Most Creative Blog
tahniah tuan. teruskan berkongsi
Curahan rasa Que @ ..VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 7 – BANYAKNYA 4 BINTANG
semua blog tu hebat-hebat belaka ehh..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Kita yang kawal kehidupan kita. Bukan “HARGA”.
Assalamualaikum.. Alhamdulillah tersenarai untuk Top 5 Best Personal Blog.. Terima kasih kepada Tuan Denai Hati untuk senarai ini..
Curahan rasa ERAZ FADLI @ ..Azam 2014
Ni senarai dari alexa ranking
Terima kasih sebab sediakan senarai berdasarkan Alexa Ranking di blog hebat ni..
Curahan rasa ERAZ FADLI @ ..ERAZFADLI.COM | Top 5 Best Personal Blog Malaysia
Tahniah Tuan Denaihati di atas kejayaan demi kejayan yang dicapai pada tahun 2013.. Semoga lebih banyak kejayaan lagi berjaya dicapai pada tahun 2014 nanti… In Shaa Allah..
Curahan rasa Anuar @ ..Baju Melayu Kembar 3 Aaron Aziz?
tahniah2….
owh, anarm rupanya pemilik bllog DH… baru ketahuan.. heee….
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Nenek menang RM1 juta
Tahniah bro atas pencapaian menjadi the best. Bersama kita memartabatkan industri penulisan blog.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Syiling Membantai Nyamuk
Tahniah atas pencapaian. Semoga terus memberi inspirasi & menambahnilai hidup orang lain dengan entri-entri yang terbaik..
Curahan rasa Syuhada @ ..Hakikat Rezeki
inspirasi untuk terus maju dalam blog.
Curahan rasa Bahrain @ ..Fikirkanlah Demi Masa Akan Datang
Comments are closed.