Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ALLAH punya kerja kebetulan tarikh Panda 4.0 dilepaskan oleh Google dengan kedatangan tetamu Malaysia dari China, Beruang Panda hampir sama. Cuma bezanya kehadirana Panda 4.0 tidak dikisahkan sesiapa tidak seperti beruang panda Fu Wa dan Feng Yi yang mendapat serangan cyber troops parti politik yang menjadi viral di sosial media. Memang tak pelik dengan serangan cyber troops politik yang bertujuan memanupulasi minda pengikut setia yang terus berjangkit dari satu smartphone ke satu smartphone dan jadi bahan bicara di warung kopi hingga ke surau.
Setelah aku buat sedikit kajian rupanya program Diplomasi Panda oleh Kerajaan China sudah berjalan sejak zaman Dinasti Tang pada tahun 625, yang pertama kepada Maharaja Jepun. Sudah lama rupanya programa ini berjalan kalau tidak disebabkan kontroversi Beruang Panda Malaysia ini mesti sampai mati pun aku tak tahu ilmu ini. Malaysia adalah antara banyak negara yang telah menerima Giant Panda untuk program Diplomasi Panda.
Dari pembacaan aku ramai yang mempersoalkan jumlah duit sebanyak RM70 juta yang Kerajaan akan keluarkan untuk panda Fu Wa dan Feng Yi semalam 10 tahun berada di Malaysia. Mungkin cara fikir kita berbeza. Melihat China sebagai kuasa ekonomi dunia yang baru dengan nilai perniagaan ber trillion dollar tidak salah Kerajaan mengeluarkan modal sebanyak RM70 juta dalam masa 10 tahun maknanya RM7 juta setahun untuk memelihara beruang panda demi untuk mendapat pulangan ekonomi yang lebih besar. Mana ada perniagaan tidak keluar modal terutama untuk mendapat nilai perdagangan ratusan billion yang akhirnya memberi nilai ekonomi seperti sumber pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia. Orang kita memang ramai yang suka berniaga dengan air liur tapi harap untung beribu lipat kali ganda tapi akhirnya semua jadi angan-angan Mat Jenin.
Beruang panda Malaysia, Fu Wa dan Feng Yi tiada bezanya dengan Google Panda 4.0 menjadi alat kepada mereka yang bijak mengambil kesempatan untuk mengembangkan perniagaan. Alhamdulillah trafik blog Denaihati meningkat setelah Panda 4.0 dilepaskan oleh Google dengan berbagai keyword lama naik semula dalam carta carian pembaca. Bayangan kalau kita pandai menggunakan ilmu SEO dengan menggunakan keyword tertentu untuk menakluki Google dengan produk-produk tertentu sudah pasti hasil jualan melalui blog dan websita akan meningkat dengan kehadiran Panda 4.0.
[box type=”shadow”]Edinburgh Zoo received its pandas in 2011. An agreed annual sum, paid to the Chinese government, is earmarked for giant panda conservation projects in the wild. But shortly after the panda exchange, trade deals were signed for salmon, renewable energy technology and Land Rover vehicles contracts worth an estimated £2.6b. Additional, Scottish exports to China have almost doubled in the past five years to £500m ($800m) – Sumber [/box]
Tak boleh nak salahkan cyber troops memang tugas mereka menyerang tak kira baik atau buruk cuma kita sebagai manusia mesti menilai setiap informasi dengan wajar. Cakap politik memang tak susah nak hapuskan tol sebagainya tetapi parking yang entah berapa ringgit pun tak terhapus (heeee … marahlah ni sebab dah berapa kali kena saman parking kat Shah Alam). Memanglah kesan program Diplomasi Panda tidak secepat kesan Panda 4.0 yang boleh dilihat dalam tempoh beberapa hari sahaja setelah dilepaskan. Tapi itulah kekuasan ALLAH tidak menjadikan setiap manusia itu sama daripada apa juga segi termasuk cara fikir.
Syukur ALLAH bagi peluang kepada aku untuk melihat Beruang Panda ketika Kembara Beijing.
153 Comments
Memang negara kita perlukan hubungan diplomasi dengan China. Terutamanya jika ia melibatkan hal ekonomi. Jika ekonomi USA jatuh, siapa lagi the next big thing dalam dunia ni kan. Harap hubungan kita dengan China akan lebih baik selepas tragedi MH370. 🙁
Nama Panda 4.0 tu comel. :p
Curahan rasa Bella Enveeus @ ..The Heirs OST Piano Cover – Love Is
RM50 tiket ..hehe.. 🙂 nice
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Oh! Gadis – Rogol, Kelar, Bunuh
Comel juga Panda2 tu. Ada masa nak p juga time cuti sekolah ni. Haha!! Nampaknya, berhasil juga gomen bawak masuk panda.
Curahan rasa Ida @ ..Set tambah susu ibu paling berkesan dan jadi pilihan no. 1 ibu
Semoga kedatangan panda ni dapat mengembalikan zaman kegemilangan Zoo Negara yang dah berusia 51 tahun. At least ada produk baru yang dia orang boleh offer kan…kita melihat panda ni sebagai win-win situation…
Curahan rasa Raudzah @ ..Raja Nazrin Shah Diisytihar Sultan Perak Yang Baru
Artikel ini membuka mata minda aku untuk berfikir lebih positif tentang panda ni. Mun benar kara Denaihati..kita lihat kesannya nanti. Sama ada memberi kebaikan atau sebaliknya…
Curahan rasa Arman @ ..Selamat Hari Gawai, Keamatan Dan Toneplus
Hari tu, tetiba tertengok iklan cheese jenama Panda “never say no to Panda”
comel jer..hahaa
Curahan rasa hafizmd @ ..Keputusan Akhir Piala Thomas Malaysia vs Jepun
Panda di zoo negara pasti ada hikmahnya nanti.
Panda google terbukti dah kembalikan keyword2 lama ke page yg lebih baik. traffik pun makin bagus..thanks google..hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Suami Cemburu? Untunglah!
mesti ramai yang nak tengok panda tak perlu sampai ke China, .
tahniah dapat kesan positif juga,
Curahan rasa Denaihati @ ..Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj
Haha. Oh Panda. Comel juga cara hubungan diplomasi China. Menarik
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Set Penyusuan Shaklee Terlajak Laris
Kalau kita pandang sudut positif..insyaAllah positif..tp sayang ramai yg pandang negatif..
Curahan rasa hafizmd @ ..Keputusan Akhir Piala Thomas Malaysia vs Jepun
Saya pun baru tau pasal kerajaan China hadiahkan panda sebagai medium diplomasi…
Very unique approach =)
comelll jer…
Curahan rasa maria @ ..Tips Hilangkan Jerawat Batu
lama jugalah tempoh yang di gunakan itu harap peluang yang ada dapat di gunakan sebaik yang boleh
Curahan rasa suri @ ..Daiso Japan RM5 Jer
macam mana ya panda boleh hasilkan dua warna hitam dan putih?
soalan cepumas…heee. semua ni kuasa Allah. nampak garang padahal pemalu dan comel.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
sama juga macam tapir dan kuda belang..comel jer…
Curahan rasa hafizmd @ ..Keputusan Akhir Piala Thomas Malaysia vs Jepun
Perspektif kita tentang perihal panda ini kena diperluaskan.. atau dengan kata lain, ‘zoom out’ sikit..
Jangan bila tengok troopers guna isu panda hentam menghentam, kita pun nak turut serta..
Curahan rasa azlanvai @ ..Berhenti sekarang.. Jangan bergerak!
itu yang biasa berlaku, hentam dulu, fakta dah jadi no.2.
Curahan rasa Denaihati @ ..Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj
hehehe..kalau kaki hentam..bangun pagi cari topik utk tulis di fb utk hentam..itulah kejenye kot..
Curahan rasa hafizmd @ ..Keputusan Akhir Piala Thomas Malaysia vs Jepun
Moga kehadiran panda tu dapat menyumbang pendapatan tambahan untuk Zoo Negara selain memberi peluang rakyat kita melihat panda gergasi itu…
Curahan rasa zumal @ ..Segment: Just RT This!
InsyaAllah, mudahan matlamat tercapai dan harap rakyat Malaysia optimis juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
Saya lebih suka tengok citer kungfu panda hehehe 😀
Curahan rasa Hanim a.k.a Kenit @ ..Koleksi Peribahasa Panda Edisi 2014
Assalam…
comel panda tu, rasa macam nak peluk je…
Curahan rasa iza @ ..Cara Membuat Peasant Dress.
Comments are closed.