Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah persiapan Seminar WordPress dan Majlis Sepetang Bersama Blogger berjalan lancar. Hampir semua persiapan sudah hampir selesai. Peserta Seminar WordPress melebihi daripada yang dijangka dan jemputan untuk Majlis Sepetang Bersama Blogger juga melebihi daripada yang dianggarkan. Majlis juga mendapat banyak penajaan daripada Syarikat dan individu.
Terima kasih kepada semua penaja :
- P1 : Meyediakan broadband 4G.
- Rouge Communications : Package percutian Stawberry Part Resort dan voucher Universal Studio Singapore.
- Stawberry Park Resort : Package percutian.
- Little Scarf Collection : Hadiah Gadget Impian dan Hadiah tudung yang cantik.
- Emilayusof.com : Kalendar Ilustrasi.
- Serverfreak : Hosting Delux Package dan Starbucks Member Card.
- Al Ansar Properties Sdn Bhd : Hadiah Gadget Impian dan buku motivasi untuk semua jemputan.
- eQurban Resources Sdn Bhd : Hadiah Gadget Impian dan hadiah top affiliate eQurban.com.
- Eizil Network & IT Solution : Hadiah Gadget Impian.
- Abangensem.com : Hadiah untuk peserta.
- Mavellous Malaysia : Hadiah Cabutan Bertuah.
- Fazreen.com : Hadiah Cabutan Bertuah.
Kepada yang nak menaja untuk cabutan bertuah masih diterima sila email kepada [email protected] lagi banyak hadiah lagi bagus kalau boleh biar semua jemputan dapat hadiah.
Kepada Blogger Outstation atau pun yang berada disekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang kebetulan berkelapangan pada petang 15/4/2012 dan teringin nak singgah adalah sangat dialu-alukan. Konsep majlis ini santai jadi kalau tak cukup kerusi kita berdiri bersama-sama dan makanlah apa yang ada yang penting kita Blogger dapat bertemu. Jangan lupa tweet dengan hashtag #JumpaDenaihati kerana satu skrin khas akan disediakan untuk memaparkan semua tweet yang menggunakan hashtag #JumpaDenaihati ketika majlis berlansung.
Doakan semuga semua program berjalan lancar, dipermudahkan Allah SWT dan menjadi asbab supaya kita dapat merapatkan ukhuwah sesama Blogger.
222 Comments
wah best tu
dapt jumpa semua otai blogger tu 🙂
semoga semuanya berjalan lancar
Curahan rasa auc dot com @ ..Live Streaming Anugerah Nasyid
Memang best la bila dapat berjumpa blogger-blogger terkenal. Malangnya aku ni duduk jauh. Kalau tak confirm aku datang.
yalah, teringin sgat tp jauh…
mudah2an satu saat dapat pergi ya…
Curahan rasa Nana @ ..Ayam Yang Macho
kalau la dapat join mesti best tapi sayangnya tak dapat nak join sekali..
Curahan rasa Opocot @ ..Seni Lukisan Bayang yang Mengagumkan
Dapat hadiah, dapat pengalaman, dapat ilmu lagi…
Curahan rasa Dadan @ ..Toshiba Excite 13 | Tablet PC Terbesar di Dunia
betul tu Dadan…sudah dapat hadiah, dapat juga info2 bguna…
Curahan rasa Nana @ ..Hilang Duit
waaaa….bestnya…mesti sonok…jumpa blogger2…tukar2 pandangan, tukar2 idea…
Curahan rasa faizfakhirin @ ..#HerbaTips Minuman Herba Buatan Sendiri Untuk Membuka Kapilari Darah.
Bukan saja DH saja yang ada,
Ramai lagi yang terkenal boleh dikenali juga,
Ada lagi penaja serta blogger jemputan DH yang ada,
Sangat seronok siapa dapat pergi beramai-ramai ke sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
sensasi2020 pergi ker masa tu…?
tentu seronok kan?
Curahan rasa Nana @ ..Hilang Duit
Peluang yang dapat jangan dipersia,
Tentu ada lebih banyak lagi kelebihan yang ada,
Bukan saja DH saja yang ada di sana,
Ramai lagi yang terkenal boleh dikenali juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Setiap saat diperolehi tak dapat diulang semula,
Belum tentu akan datang begini juga,
Peluang yang dapat jangan dipersia,
Tentu ada lebih banyak lagi kelebihan yang ada.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Memberi jawapan yang lebih jitu lagi rasa bangga,
Jangan lepas peluang yang dihidangkan di sana,
Setiap saat diperolehi tak dapat diulang semula,
Belum tentu akan datang begini juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Sambil belajar dan bertanya apa jua,
Yang berbuku di hati setiap persoalan ditanya,
Memberi jawapan yang lebih jitu lagi rasa bangga,
Jangan lepas peluang yang dihidangkan di sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Memberi kaedah terbaru penuh bermakna,
Bagi memantapkan lagi kerjaya kita,
Sambol belajar dan bertanya apa jua,
Yang berbuku di hati setiap persoalan ditanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Tersenarai Page 1 Di Search Enjin Google Malaysia mengatasi Denaihati.
Nak kena berjaya kenalah berusaha,
Program yang diadakan banyak rahsia diungkapnya,
Memberi keadah terbaru penuh bermakna,
Bagi memantapkan lagi kerjaya kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Tersenarai Page 1 Di Search Enjin Google Malaysia mengatasi Denaihati.
Tapi kena daftarlah di sana,
Untuk lebih mempelajari teknik-teknik buat entri yang berjaya,
Nak kena berjaya kenalah berusaha,
Program yang diadakan banyak rahsia diungkapnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Tersenarai Page 1 Di Search Enjin Google Malaysia mengatasi Denaihati.
Untuk bertukar ke wordpress boleh juga,
Banyak yang diajari untuk lebih profesional jua,
Tapi kena daftarlah di sana,
Untuk lebih mempelajari teknik-teknik buat entri yang berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Tersenarai Page 1 Di Search Enjin Google Malaysia mengatasi Denaihati.
Banyak kenangan dan pengalaman dapat dibawa,
Memberi perangsang kepada baru ceburi di alam maya,
Untuk bertukar ke wordpress boleh juga,
Banyak yang diajari untuk lebih profesional jua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Tersenarai Page 1 Di Search Enjin Google Malaysia mengatasi Denaihati.
Comments are closed.