Berhutang tak salah tetapi jangan lupa diri apabila berhutang

Spread the love

Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Salam Syaaban.

Dalam artikel ini, nak kongsikan kepada kau orang tentang perkongsian daripada seorang pengguna facebook. Beliau ialah Akma Omar. Beliau memuat naik status tersebut pada 27 April dan berkisah tentang seorang kawannya yang nak meminjam wang daripada beliau.

“Post ni bukan nak tunjuk baik cuma nak kongi sesuatu tentang susah, senang, hutang dan kawan.”

“Sebulan lepas ada kawan tiba-tiba message nak minta bantuan kecil nak pinjam RM20. Aku tak kenal rapat sangat cuma kawan lama semasa keja dulu.”

“Nampak dia betul-betul tengah susah dan terdesak tapi tak tahu nak minta tolong dekat siapa. Katanya sudah sebulan tak kerja sebab kemalangan patah kaki.”

“Paling sedih sebab nak pinjam duit nak bayar tambang grab mak dia balik”

“Sepanjang chat tu, aku baca je tapi hati. Allahu sampai macam tu sekali. Automatik teringat masa aku pernah susah dulu. Sedih sangat.”

“Aku pernah hidup senang mewah dan pernah juga susah sampai jatuh terduduk. Aku tahu macam mana rasanya.”

“Walaupun tak kenal sangat aku bantu juga. Masa bank in aku bagi lebih sikit supaya boleh guna untuk belanja makan sekali.”

“Dia sampai menangis. Aku cakap dekat dia “Bro jangan menangis lah. Hang lelaki kuat sikit”

“Aku memang tak harap dia bayar, awal-awal aku dah niat sedekah.”

“Tetapi hari ni, tak sangka tiba-tiba dia call minta nombor akaun nak bayar balik.”

“Sebenarnya aku ramai kawan macam ni tiba-tiba muncul nak bayar hutang. Agaknya dia orang ingat masa dia orang susah kita pernah bantu padahal kadang tu bukan banyak pun.”

“Tapi yang berhutang banyak, lepas tu buat tak tahu pun ramai juga sampai sanggup buang kawan. Bila dah senang pandang kita sebelah mata pun tak nak.”

Ada dua jenis manusia berhutang ni;

1. Berhutang sebab dia betul hidup susah.
2. Berhutang sebab dia tak boleh hidup susah.

“Biasanya orang yang pinjam sedikit ni betul-betul susah sampai sesen pun takde dalam tangan.”

“Dia pinjam pun sebab nak lepaskan azab hari ni. Esok lain punya cerita. Setakat pinjam banyak tu tak akan kayanya menipu kita.”

“Aku ni jenis senang aje jangan sesekali hilangkan kepercayaan aku, kau akan rugi besar hilang kawan yang baik macam aku ni.”

“Bila Allah uji kau lagi susah sampai rasa nak bunuh diri. Nah, masa tu kau akan menyesal dajal orang yang baik dan ikhlas bantu kau dulu.”

“Disebabkan kawan macam ni lah buat kita jadi penat nak bantu kawan lain yang betul-betul susah walaupun sebenarnya kita mampu tolong.”

“Bukan kata aku tak pernah susah, pernah pinjam duit kawan. Masa tu hati jadi tak senang, nak-nak lagi tertangguh nak bayar sebab tengah susah sangat.”

“Cuma satu sahaja aku tak pernah dajal kawan yang bantu aku masa susah. Alhamdulillah sampai sekarang masih berkawan baik.”

“Duit kita boleh cari, kawan masa senang dan susah satu dalam sejuta.”

“Berhutang dengan orang ni kalau tak dihalalkan hidup tak senang dan azab sampai ke mati. Sebab itu hutang wajib dibayar walaupun tak dituntut.”

BERHUTANG TAK SALAH TETAPI JANGAN LUPA DIRI BILA BERHUTANG !!

Sumber FB: Akma Omar

Bacaan yang lain:


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!