Benarkah Blogger dah tak kisah Pagerank?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri jemputan oleh Ariffshah bertajuk “Google Pagerank 2011” dipublish tepat waktunya ketika Google sedang update pagerank secara besar-besaran setelah sekian lama tiada update. Mengikut entri Ariffshah google telah meletakan syarat yang lebih ketat dalam penilaian Pagerank sesebuah website dan blog. Sudah pastilah blog mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh google dalam jangka masa panjang akan mendapat kesan yang positif.

Dari feedback yang diterima melalui twitter dan juga komen di blog-blog yang menulis tentang PR update, ramai blogger dah tak kisah dengan Pagerank. Antaranya :

@ohbulancom PR mcm dah tak relevan. Unless kalau buat payperpost, TLA. Kalau nak cpm, PR don’t give any sense.

Komen yang di petik di entri blog Mohdisa : Google Pagerank update 2011
@Kreuger erm.. blog aku jatuh 1 anak tangga. dari 4 jatuh ke 3. tak pe la.. dah tadek ape dah aku nak kejar hehe~
@Eizil PR blog aku masih lagi ditakuk lama… tapi disebabkan aku tak ambil kisah sangat, takper aa kot.
@Kujie Blog Kak Jie dah 3 tahun dok PR3 tak pernah naik2btau sebab, banyak sgt link keluar, subdomain le apa tu tapi sebab tak kisah sgt pun, trafik ok je alexa je yg nak tengok sbb ranking dia lebih spesifik.

Benarkah PR dah tak releven??
Benarkah blogger dah tak kisah Pagerank??

[ad#nuffnang336]


Spread the love

159 Comments

  1. Semuanya berbalik kepada tujuan empunya blog memulakan kegiatan menulis blog, lain blogger lain tujuan, sebab tuh ada yang tak kisah sangat ngan PR, dan ada yang kisah. Bagi aku PR ni sekadar bonus, kalau ada tinggi, alhamdulillah, lerh guna banyak ads network macam TextLinks tuh. Tapi kalau takder PR (mcm skang ni) pun tak jadi masalah, sebab apa? Tujuan semasa aku menulis blog adalah untuk berkongsi maklumat, selagi mana tujuan tersebut tercapai, bagi aku itu sudah cukup untuk membuat aku tersenyum.

    Mungkin ada yang kata, berblogging kena ada sasaran, tapi sasaran ni tak semestinya dalam bentuk fizikal atau wang ringgit, ada yang sasaran untuk mendapatkan kepuasan diri memasing. Ingin mempunyai tempat untuk menulis pendapat atau berkongsi perkara menarik.

    Semuanya bergantung kepada tujuan asal menulis blog, aku menulis bukan kerana ingin menjana pendapatan semasa mula-mula bergiat dalam bidang ni, justeru itu, perkara berkaitan dengan penjanaan wang ringgit ini semua adalah bonus bagi aku. Waktu bekerja pun kadangkala ada bonus, kadangkala takder, tapi kita tetap terus bekerja. Sebab ada gaji (kepuasan) setiap bulan.

    Sekadar pendapat peribadi, rambut sama hitam (walaupun kekadang ada yang mewarnakan warna), akal fikiran, pendapat dan hati semua berlainan.
    Curahan rasa Eizil @ ..BlackBerry PlayBook demoMy Profile

    1. sangat setuju dengan pendapat ini cuma apa yg aku risau apabila hanya menulis suatu hariakan timbul rasa bosan kan manusia itu begitu perasaannya up n down. menulis tanpa dibaca oleh sesiapa atau segelintir orang sahaja pasti membosankan. untuk mendapat trafik makan blogger perlu blogwalking saban hari bila tak buat trafik jatuh tetapi berapa lam sanggup kita blogwalking?

      alangkah seronoknya seandainya kombinasi trafik kita datang dari organik, search, loyal dan blogwalking tetapi semua itu tidak berhasil sekiranya blog tak ikut syarat yg ditetapkan oleh google.

  2. Terpulang kpd blogger itu sendiri, mungkin ada yg kisah ada yg tak dan sy termasuk dlm list yg tak kisah hehe. Lgpun blog personal je. Tp klu tetiba je dr 0 jd 1 mau tak tido mlm 😀

    1. bila PR naik memang rasa satu macam…syokk je rasanya. Bayangkan lah kalau blog kita boleh sampai ke PR5. Tapi kalau dah lama kat PR5 tuan blog tu pulak tak rasa apa..heee

  3. pada saya, masih lagi releven. macam blog besar-besar, mereka boleh tak kisah sebab blog dah terkenal. blog kecil masih perlukan organic traffic dan dengan ada pr yang tinggi, dengan mudah blog tu boleh rank dalam serp. nak tak nak, pr still works. a good thing is as good as it is.
    Curahan rasa ariff @ ..Berkahwin Di MoscowMy Profile

    1. mungkin penting bagi yang memikirkan mutu, kualiti dan kejayaan heeee tertutama yg kurag handsome dan cantik. Bagi yg handsome n cantik tunjuk muka je pasti ramai yg follow blog diaorang hari-hari.

    1. aku setuju sangat rezeki dari Allah selalunya blog yg ada PR tinggi lebih mudah dapat jobs tetapi kadang-kadang blog yg rendah PR pun dapat jobs jadi pasti ramai yg teringin nak jadi blog yg kadang-kadang tu..

  4. masa mula dulu aku berblog la.
    trafik dan SEO amat penting.
    duit pun penting juga la.

    masa tu tahun 2008.lain aku nak
    lain pula aku dapat.2 domain aku dapat
    PR1 masing2 la.
    Curahan rasa Ali ridha @ ..Jiwa kacau bilauMy Profile

  5. ianya tergantung pada persepsi masing2. ada yang memang inginkannya. ada juga yang tidak kisah mungkin sebab terlalu lama ditakuk yang sama atau tidak mendapat sebarang update pr’nya. blog denaihati pr berapa sekarang? pr4 lagi ke?

    blog aku setakat diperiksa pagi tadi masih di pr0. mungkin takkan naik untuk update kali ni. hoho
    Curahan rasa RedBoys @ ..Kalau Sudah MalangMy Profile

    1. alhamdulillah masih PR4. Bagi aku PR ini ada cara untuk mencabar diri aku mencari ILMU teknik2 baru bagi mengekalkan PR yg sedia ada dan kalau diberikan rezeki dimasadepan akan meningkat. Teknologi berblog ini juga berkembang pantas sehingga ramai blogger tak terikut dan akhirnya membiarkan nasib menentukan.

    1. mungkin juga jadi satu indicator berapa jauh ilmu berblog yg kita pelajari untuk meningkatkan prestasi blog kita mengikut perkembangan teknologi berblog ni.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!