Benarkah Blogger dah tak kisah Pagerank?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri jemputan oleh Ariffshah bertajuk “Google Pagerank 2011” dipublish tepat waktunya ketika Google sedang update pagerank secara besar-besaran setelah sekian lama tiada update. Mengikut entri Ariffshah google telah meletakan syarat yang lebih ketat dalam penilaian Pagerank sesebuah website dan blog. Sudah pastilah blog mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh google dalam jangka masa panjang akan mendapat kesan yang positif.

Dari feedback yang diterima melalui twitter dan juga komen di blog-blog yang menulis tentang PR update, ramai blogger dah tak kisah dengan Pagerank. Antaranya :

@ohbulancom PR mcm dah tak relevan. Unless kalau buat payperpost, TLA. Kalau nak cpm, PR don’t give any sense.

Komen yang di petik di entri blog Mohdisa : Google Pagerank update 2011
@Kreuger erm.. blog aku jatuh 1 anak tangga. dari 4 jatuh ke 3. tak pe la.. dah tadek ape dah aku nak kejar hehe~
@Eizil PR blog aku masih lagi ditakuk lama… tapi disebabkan aku tak ambil kisah sangat, takper aa kot.
@Kujie Blog Kak Jie dah 3 tahun dok PR3 tak pernah naik2btau sebab, banyak sgt link keluar, subdomain le apa tu tapi sebab tak kisah sgt pun, trafik ok je alexa je yg nak tengok sbb ranking dia lebih spesifik.

Benarkah PR dah tak releven??
Benarkah blogger dah tak kisah Pagerank??

[ad#nuffnang336]


Spread the love

159 Comments

  1. Selagi sesuatu rank itu dikenali ramai (macam PageRank dan Alexa), saya rasa ia masih lagi relevant. Sebab salah satu cara orang lain (dan kita sendiri) menilai blog kita ialah dengan melihat pada rank-rank tersebut.
    Ia juga beri kredibiliti pada kita. Katalah kita selalu menulis pasal SEO, PageRank dsb., kan lebih elok kalau PR blog kita sendiri tinggi? Baru orang percaya kan kan?
    Curahan rasa GreenLava @ ..Facebook share showing wrong description –solved!My Profile

    1. Setuju sangatlah tu…. mungkinkah ramai blogger dah takut dengan syarat ketat Google menyebabkan dah tak minat dgn PR atau tak faham dengan syarat baru yg rumit yg google bagi tu??? Bro bila lagi nak jadi penulis jemputan kat blog ni?? heeee

  2. Salam,

    dulu masa mula-mula blog memang nak blog ada PR (walaupun tak tau sangat pasal PR), tp sejak 2thn lepas dah tak kisah sgt dah, tu pasal berani nak pindah ke flatform wp.

    Blog xde PR pun blh pegi jauh jugak, even kadang dalam SERP tak semestinya blog berPR tinggi duduk di 1st page. dah terbukti!

    Tapi kalau untuk blog berniche memang perlukan PR, blog personal macam saya tak kisah kot.

    apa pun seronok gak sebab PR dah naik ke PR3 🙂

    1. Tahniah dah dapat PR3. Maaf jika komen ni agak keterlaluan. Alhamdulillah blog kak yan mendapat trafik yang banyak dan menjadi idola kepada banyak blogger baru dan lama. Untuk blogger yg ngetop tidak kisah dengan PR bukankah ianya akan menjadi ikutan blogger baru dan ini akan menjadi suatu budaya yang bertentangan dengan kehendak google.

  3. aku dah berblog lama gak. tak la veteren pun tapi tu la. blogspot dulu pernah cecah pr3. now dah jadi pr2. walaupun aku rasa nak setahun juga tak berblog. dan blog sekarang ni (syafiq.net) still pr2. dari mula2 masuk sampai sekarang.

    maka lama2 pun jadi bosan. lagi2 sebab aku anggap blog ni macam hobi yang tak ada pikir nak untung pun. aku berblog lebih kepada nak kongsi sesuatu. memang dari dulu tak target nak dapat juta2. maka sampai sekarang ni aku tak terpikir gak pasal pr 🙂

    apa pun pr tu semacam bonus kepada blogger yang mahukannya.

    bila dah sampai satu tahap kita dah tak pandang sesuatu perkara yang dipandang penting oleh orang lain itu sebagai penting.

    p.s ayat akhir tu ada maksud lain. fikirkan sendiri :p

    1. supaya orang tak ada duit pandang duit tu penting tapi bagi jutawan yg dah banyak duit dah tak jadi duit tu penting gitulah lebih kurang….

      bagi aku google dah letakkan kriteria untuk blogger lakukan untuk tingkatkan PR. Majoriti top blog designer akan buat template yg mesra SEO supaya lebih mudah blog diterima di google tetapi kenapa kita pulak tidak mahu meletakan tahap blog kita seperti yg telah ditetapkan oleh google dan di buat oleh semua top blog template designer?
      Curahan rasa denaihati @ ..Google PageRank 2011My Profile

  4. 1st, terima kasih untuk backlink. bg aku memang tak kisah sgt pasal PR ni, mcm tak beri kesan sgt pada page SERP. apa yg penting pandai memikat crawls/robots dari google. tambahan pula blog yg berunsurkan peribadi, aku tak target PR tinggi2. js tgu dan lihat sahaja. lainlah kalau blog yg berniche, PR amat penting. 🙂
    Curahan rasa Mohd Isa @ ..Google Pagerank Akhirnya DikemaskiniMy Profile

  5. semakin lama makin tak ambil peduli mengenai PR sebab dah 3 tahun duduk di tempat yang sama – kesan pada blog tak pula nampak ketara

    sebab utama – tak tau rahsia apa pun kenapa PR naik atau turun secara tepat – rahsia google yang tak berapa nak penting utk diambil tahu

    blog ikut peraturan yang mampu – enjoy dgn blogging
    Curahan rasa Kujie @ ..Membaca Dan Beramal Cara ODMy Profile

    1. susah juga nak komen blog surirumah yang meletup-letup ni dan yang banyak dah kongsi ilmu dengan denaihati cuma tulah dalam tempoh 3 tahun berapa banyak pulak blog dah lenyap kerana tiada pencapaian PR dan trafik. Blog kak jie boleh bertahan bukan kerana nasib tetapi kerana kak jie ada ILMU berblog yg betul tetapi daripada puluhan blog baru yg dicipta setiap hari berapa pulak yg sanggup belajar ilmu berblog yg betul? Apabila tiada perasaan utk belajar ilmu berblog yg betul maka nasib sahaja akan menentukan mereka untuk menjadi kujie2.com, redmummy.com atau jejariruncing.blogspot.com.
      Curahan rasa denaihati @ ..Adakah kita mengongkong diri untuk menulisMy Profile

    1. Tahniah dah naik ke PR2 tu suatu pencapaian permulaan yang baik dan pasti akan meningkat ke PR3 di masa akan datang. 2011 ini google akan gunakan berbagai kriteria baru untuk PR dan ini mungkin akan beri kesan kepada blog yg PR rendah bermakna tak semudah dahulu utk tersenarai di page 1 google
      Curahan rasa denaihati @ ..Adakah kita mengongkong diri untuk menulisMy Profile

  6. Hurmmm.. sebenarnya hanya blogger tertentu yg memang mengharapkan PR tinggi. Terutamanya yg melibatkan blog yg memberi sumber pendapatan. Namun utk blog2 yg lain PR tinggi merupakan sekadar make-up utk mencantikkan lagi pandangan pengunjung.

    Namun begitu, kebanyakan blog (dari pemerhatian aku) memang sensitif dengan trafik. Kalau trafik drop mulalah gelabah dan blogwalking 24 jam utk up semula trafik. Terutamanya blog yg ada iklan Nuff dan iklan ijau tu..
    Curahan rasa admin @ ..Thesis Theme Tidak BagusMy Profile

    1. Bayangkan kalau hari-hari nak blogwalking untuk tarik trafik…berapa lama boleh tahan tu. Stop blogwalking trafik pun jatuh. Kenapa tak kita setting blog dengan cara yg betul dan pasti kita boleh dapat sedikit organik trafik. Contoh mudah tengok je paultan.org yg berstatus PR6 mendapat trafik ribuan tanpa perlu dia blogwalking macam kita ni…heeee.

        1. cara yang mudah untuk dapat keyword dari google :-

          buat entri terkini, berita semasa etc2.

          Artis, Etc2

          kalau bab personal tu memang payah nak dapat keyword

    1. MESTI ada visi yang besar dan jauh apabila kita berblog. Tidak mustahil lansung jika betul kita berblog suatu hari blog kita akan menjadi rujukan ribuan malah jutaan pelawat setiap hari. Sebab kita mesti bermula dengan betul.

  7. kalau mula2 buka blog dulu mmg teringin gak dpt PR tinggi2 ni tp sekarang ni takde la kisah sangat. mungkin masih boleh jadi petunjuk kepada pencapaian tapi bukanlah sesuatu yg sangat penting pun.

    walaupun yg terkini blog aku naik dari PR3 ke PR4 tapi mcm yg aku cakap, setakat utk sukat pencapaian ok la tp takde la smpai tahap nk dibanggakan sangat. bagi aku, keutamaan bukan lagi kepada berapa PR yg dapat tapi perkongsian ilmu lebih penting. mungkin itu maksud rakan2 lain kat blog MohdIsa kot.
    Curahan rasa zaryl @ ..Hari sabtu hari mengasuh anak- isteri dipanggil bertugas di sekolahMy Profile

    1. Tahniah dari PR3 dah naik ke PR4. PR naik tu dengan bersebab dan pasti bro telah setting blog mengikut kriteria yg dikehendaki oleh Google. Memang sekarang majoriti blogger baru dah tak kisah tentang PR ni kalau dapat pun kadang mereka tak sedar. Majoroti mereka mengejar trafik dan alexa ranking sebagai indicator kejayaan blog mereka.

      1. Yup, betul tu. dapat pun tak sedar sebab tak kisah cek pun. malas nak cek sebab tau dah asyik 0 je walaupun kadang-kadang duduk 1st page untuk keyword tertentu. Tapi bila tiba-tiba PR bukan lagi 0, suka lah juga. hehe..jakun kejap. Tapi, memang tak pernah kejar PR pun untuk blog personal, suka-suka ni. Betul ke, PR penting untuk blog berniche?
        Curahan rasa Sya Isya @ ..GAMBAR NIKAH AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA PEMAIN BOLA SEPAKMy Profile

  8. nampak macam kate-kate angkuh di situ. sebenarnya dalam berblog ni ada beberapa matlamat saya tetapkan. PR adalah salah satu target yang saya khususkan masa memula penglibatan dalam industri blog ni. saya nak tengok setinggi mane pencapaian saya sebelum jatuh. maka saya menyukatnya.
    dengan itu saya faham… setelah bertungkus lumus.. sampai PR4 jer. saya rasa itu saje matlamat dalam PR.

    Dulu saya tetapkan beberapa target dalam blog iaitu:-
    1. Sejauh mana PR boleh pergi sebelum jatuh semula. – PR4 turun ke PR3
    2. Seberapa banyak RM boleh dikumpul secara halal. – (rahsia)
    3. Sepopular mana anda boleh jadi dengan berblog. – Masuk Kalender P12010
    4. Gadget yang boleh dapat percuma dengan blog. – Maxis10 HTC HD7

    Sebenarnya banyak lagi target yang saya belum capai. Buat masa ni 4 sahaja yang terlaksana. Dan saya berpuas hati dengan perkara tersebut (untuk masa ini sahaja) Ada lagi agenda lain. Sebab itu saya wujudkan KakiKomplen.Com.

    Perancangan untuk KakiKomplen.Com tidak akan diwarwarkan, ianya untuk future planning. Dari segi pemilihan nama anda pon dah boleh bayangkan kategori macam manakah karektor blog tersebut. So nantikan kemunculan baru KakiKomplen.Com versi baru atas sponsor saudara DenaiHati.

    P/S: Dari komen.. terus ubah jadi promosi plak. salah attitude neh~
    Curahan rasa Kreuger @ ..A Complaining Letter to @TMCORPMy Profile

    1. alhamdulillah semuga ianya menjadi teladan kepada blogger baru. dalam hidup ni apa juga yg kita buat termasuk blogging mesti ada visi dan perlu letak satu tahap pencapaian utk menilai kualiti kerja kita. Begitu juga berblog ni PR adalah indicator kualiti sesebuah blog. Apa blog mencapai tahap tertentu seperti PR3, PR4, PR5 dan sebagainya pasti secara diam akan menjadi motivasi kepada blogger. Jarang sekali kita jumpa blogger yg telah mencapai tahap PR yg baik seperti PR5 atau PR6 akan tinggalkan blog mati begitu tetapi beribu blog yg tak ada PR hilang begitu sahaja dari dunia blogging ni (betul ke fakta aku ni heeee).
      Curahan rasa denaihati @ ..Sunnah Rasulullah keluar masuk masjid dan tandasMy Profile

    2. sungguh terasa dengan ini…

      hehe..memang sangat bagus sebenarnya kalau ada PR ni.. tapi bergantung juga kepada apa yang telah diwar-warkan tentang PR ni..
      Jika blog PR0 pun boleh masuk dalam list SERP page 1… bukankah itu lebih mengujakan?

      Namun kelebihan nilai PR ini terletak kepada keadaannya. Mana yang lebih relevan untuk kekal di page 1 SERP.. kebanyakan orang.

      Untuk satu jangkamasa yang lama. Nilai PR lebih penting.
      meskipun tidak update entry yang mempunyai keyword yang sama. Tapi oleh kerana kelebihan PR itu sendiri, ia akan kekal relevan untuk satu jangkamasa yang lama.

      Pendekar juga mahu gadget free ni. Tapi nak buat macam mana kan? rezeki masih belum ada. Tambahan pula PR pun cuma ZERO…. Untuk melawan blogger yang mempunyai PR lebih tinggi, aplikasi teknik itu sangat perlu. Tanpa teknik yang betul, bermimpi sajalah nak duduk Page 1 SERP.. haha…

      Nak juga join KakiKomplen.Com tu.. boleh ke? haha…

      Tak sangka anda sudi untuk komen di blog pendekar.. terima kasih daun keladi..(^_^)
      Curahan rasa Pendekar @ ..SKIM PTPTN Ujrah – Cekik Darah Peminjam My Profile

    1. Ikut tips yg perlu untuk tingkatkan PR pasti next update akan meningkat PR tu antaranya kena rajin komen kat blog PR tinggi dan jangan risau kalau tuan blog tu tak visti back blog kita.
      Curahan rasa denaihati @ ..Google PageRank 2011My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!