Beberapa peristiwa besar yang berlaku pada 10 Muharram

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri  “Arab Saudi buat struktur semula caj haji, visa transit dan umrah“. Kali ini Abang nak berkongsi peristiwa besar yang berlaku pada 10 Muharram.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Ketika kami mengembara di Turki pada tahun 2014, kami telah dibawa oleh rakan Turki ke satu kawasan yang mereka percaya di situlah dahulu Nabi Ibrahim a.s dilastik ke dalam unggun kayu api yang besar dan sangat panas. Unggun kayu besar itu dibakar selama enam bulan sebelum Nabi Ibrahim a.s dilastik masuk ke dalam. Apinya sangat panas sehingga tidak seekor burung pun berani terbang di atas bakaran kayu tersebut. Peristiwa Nabi Ibrahim diselamatkan dari kekejaman Raja Namrud yang membakar baginda dengan unggun api yang besar tersebut berlaku pada 10 Muharram.

Replika lastik Nabi Ibrahim a.s

Dua replika tiang lastik dibuat sebagai peringatan peristiwa tersebut. Ianya terletak di Balikli Gol di negeri Urfa Turki. Selain daripada menziarahi replika lastik, di Urfa kami juga sempat menziarahi Makam Nabi Ayub a.s, gua tempat Nabi Ayub mengasingkan diri dan juga perigi Nabi Ayub.

Gua Nabi Ayyub a.s

Pada 10 Muharam juga berlaku beberapa peristiwa besar yang lain antaranya :

  1. Allah menjadikan alam semesta.
  2. Nabi Adam a.s diampunkan dosa setelah dihantar ke bumi setelah memakan buah khuldi.
  3. Allah menyelamatkan Nabi Ayub a.s dari sakitnya yang sangat busuk.
  4. Allah menyelamatkan Nabi Yunus a.s dari perut ikan yang gelap.
  5. Kapal Nabi Nuh a.s selamat berlabuh di Bukit Zuhdi.
  6. Nabi Musa a.s selamat dari Firaun di laut yang terbelah.
  7. Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara di Mesir.
  8. Nabi Sulaiman a.s dinaikan tahta sebagai raja kepada manusia, jin dan haiwan.
Makam Nabi Ayyub a.s

Di sebalik semua peristiwa ini ada pelbagai kisah iaitu penderitaan, kekecewaan, kesabaran, pengorbanan, pasrah dan redha dengan ujian. Semuanya selamat hanya dengan kembali kepada Allah SWT.

Justeru itu banyak amalan yang kita boleh buat pada 10 Muharram yang boleh sahabat kalian baca pada artikel kelebihan dan keistimewaan 10 Muharram.


Spread the love

2 Comments

  1. Hari ini 10 Muharram, 12amalan yang memiliki keutamaan

    1) Puasa
    2) Memperbanyak ibadah shalat
    3) Shilaturrahmi dengan keluarga dan famili
    4) Berziarah kepada ulama
    5) Menjenguk orang sakit
    6) Memakai celak mata
    7) Mengusap kepala anak yatim
    8) Bersedekat kepada fakir miskin
    9) Mandi
    10) Membuat menu makanan keluarga yang istimewa
    11) Memotong kuku
    12) Membaca surah al-Ikhlash 1000 kali.
    Curahan rasa Dahlia @ ..Tidur lena dengan Sleep Pillow MistMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!