Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini khas untuk kaki bola dan khas untuk peminat Barclays Premier League sahaja tak kira yang minat gila pada Liverpool seperti Shakiddo dan Melastik Bintang atau yang lalang seperti Abang Ensem hari ini sokong Chelsea esok sokong Manchester City. Cuma sedih musim ini MU tak layak masuk Champions League jadi bolehlah penyokong setia Arsenal seperti Fazrol dan Ujang menyombong lebih sikit.
Malam 10/7/2014 jam 9.55 pm waktu Malaysia di Stadium Wembley perlawanan Community Shield antara Arsenal vs Manchester City menjadi perlawanan pembuka tirai musim baru BPL 2014/15. Arsenal dengan beberapa pemain baru iaitu Alexis Sanchez, Ospina, Debuchy, Calum Chambers, Joel Campbell dan Danny Wellbeck akan berusaha untuk memulakan musim baru dengan langkah kanan. Arsenal juga kehilangan beberapa pemain utama iaitu Sagna ke Manchester City, Vermaelan ke Barcelona, Johan Djourou ke HSV dan Fabianski ke Swansea.
Keputusan Community Shield 2014/15 : Arsenal vs Manchester City : 3 – 0
Jadual EPL 2014/15 Waktu Malaysia
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Jadual Kedudukan Terkini BPL 2014/15
Top 20 Derby Matches EPL 2014/15
Musim 2014/15 BPL dibanjiri dengan superstar dari liga lain seperti Di Maria, Falcao, Rojo, Harrera, Diego Costa, Fabregas, Mangala dan ramai lagi. Kehadiran superstar pasti akan menjadikan BPL lebih menarik dimana setiap pasukan boleh menang dan boleh kalah dengan semua pasukan.
Manchester City vs Liverpool | 3 – 1 |
Arsenal vs Manchester City | 2 – 2 |
Manchester City vs Chelsea | 1 – 1 |
Chelsea vs Arsenal | 2 – 0 |
Manchester United vs Chelsea | 1 – 1 |
Machester City vs Manchester United | 1 – 0 |
Liverpool vs Chelsea | 1 – 1 |
Arsenal vs Manchester United | 2 – 2 |
Manchester United vs Liverpool | 3 – 0 |
Liverpool vs Arsenal | 2 – 2 |
Manchester City vs Arsenal | week 22 |
Chelsea vs Manchester City | week 23 |
Liverpool vs Manchester City | week 27 |
Liverpool vs Manchester United | week 30 |
Arsenal vs Liverpool | week 31 |
Manchester United vs Manchester City | week 32 |
Chelsea vs Manchester United | week 33 |
Arsenal vs Chelsea | week 34 |
Chelsea vs Liverpool | week 36 |
Manchester United vs Arsenal | week 37 |
[box type=”shadow”]Klik untuk melihat persaingan Piala untuk musim 2014/15
3. English FA Cup 2014/15[/box]
Keputusan Perlawanan Arsenal musim 2014/15
Perlawanan seterusnya untuk Arsenal
Untuk melihat keputusan penuh Arsenal sila klik “Jadual dan Keputusan game Arsenal 2014/15“.
Penyokong Arsenal sangat mengharapkan ada kejuaran yang dijulang musim ini setelah kemasukan beberapa superstar. Pasti Chelsea, Manchester City, Liverpool dan Manchester United akan menjadi saingan hebat selain Everton dan Tottenham.
Pasti banyak drama akan berlaku musim ini dan pasti ada pengurus pasukan yang bakal disingkir seawal musim. Banyak yang kita boleh pelajari daripada Liga Bola Sepak tertua di dunia ini bukan sekadar meraikan pasukan yang menang sahaja. Belajar untuk menerima kekalahan dan belajar untuk mengawal perasaan apabila pasukan kesayangan kita menang. Jangan terkejut ramai yang putus kawan hanya kerana BPL. Semuga musim 2014/15 Arsenal akan menjulang lebih banyak piala untuk menutup mulut bekas pemain Arsenal yang sudah berhijrah kerana tidak yakin dengan pasukan yang telah menaikan nama mereka. Arsenal you are the best.
Agaknya pasukan mana bakal bertahta di pucak liga untuk musim 2014/15.
Berita terkini Arsenal @ Twitter
121 Comments
jadual ni saya akan rujuk selalu supaya memudahkan saya nak cari jadual pada perlawanan akan datang. Di samping tu, saya juga rujuk pada Google.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Saya suka dengan semua pasukan gergasi EPL sebenarnya. Dan lebih mementingkan permainan yang berkualiti sehingga boleh menang. Adakala pasukan gergasi pun ada masanya tak perform dengan baik.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
EPL ni perlawanannya cukup best. Ramai yang ikut, dan saya rasa seronok berbanding dengan liga tempatan. Tak nak salahkan liga tempatan, sebabnya kita masih ada banyak ruang boleh diperbaiki.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Jadual perlawanan EPL baru berhenti sebentar kerana memberikan laluan kepada perlawanan persahabatan Piala Dunia. perlawanan friendly pun penting juga kerana menentukan ranking bola sepak dunia mengikut negara. Sekarang EPL dah sambung semula
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
kalau piala dunia memang saya tengok. Lebih-lebih lagi masa semi final rasa macam dah final
Curahan rasa ainun @ ..Dapat Surat Dari Jepun
Saya bukannya selalu tengok jugak…cuma ada perlawanan yang pasukan terkenal seperti Chelsea vs Manchester United ke atau manchester City vs Liverpool ke.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Perlawanan bola sepak luar negara terutamanya EPL ni, sebenarnya amat menarik. Walaupun pasukan tu gergasi dan sudah banyak kali bergelar juara, belum tentu akan dapat menewaskan pasukan kerdil. Pelik, kan? Ia menunjukkan liga ni amat sengit
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Memang betul tu…kadang-kadang pasukan yang hebat seperti Arsenal boleh kalah juga dengan pasukan kerdil.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
kadangkala, mereka yang tak berapa pandai main bola tu yang terlebih hebat dalam memberikan analisis dan kritikan kepada permainan sesebuah pasukan. Terbaiklah, itulah warna-warni dalam keseronokan menonton bola sepak.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Kadang-kadang kita ni yang minat EPL, tetapi apabila kita bab main di waktu petang, jarang pula kita turun. Nasihat kepada diri sendiri juga. Tapi saya rasa cukuplah dengan saya beriadah dan bersenam.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Saya masih tak sempat nak tonton perlawanan EPL ni. Banyak sangat perkara yang menghalang. Akhirnya saya tonton highlight sahaja, nak tengok gol yang dijaringkan. Di youtube la, mana lagi
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Diego Costa paling menonjol dalam semua perlawanan, cuma sayang apabila bertemu dengan Manchester City, seri 1-1 pulak. Kalau tak, tentu Chelsea dah menang semua perlawanan berturut-turut.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Ya Diego Costa sudah dikenali ramai dengan aksinya yang bijak menghidu peluang menjaringkan gol untuk pasukannya Chelsea. Setakat ini pasukannya belum kalah lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Nampaknya Manchester United kalah lagi. Kali dengan Leicester City, sehingga kalah 3-5, sedangkan awal-awal lagi dah mendahului 3-1. Tak tahu nak kata apa dah dengan Man United ni. Huhu
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Arsenal dah score 3 biji lawan aston villa. Harap 3 mata penuh malam ni
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..BPL Perlawanan ke-5 Aston Villa vs Arsenal
walaupun saya bukan kaki bola tapi tau la juga sikit-sikit siapa yang akan lawan bila ada perlawanan bola diadakan.
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
dah lama tak tengok perlawanan bola secara live sebab selalu saya cepat aje ngantuk depan tv. Mungkin boring juga.
Curahan rasa ainun @ ..Pengalaman Guna Altel
perlawanan BPL ni semua orang suka kan sampai tak tido pun ada huhuu cer kalau liga malaysia nak tak nak ja tengok sebab tak best kot..
Curahan rasa adna2029 @ ..Keputusan Pra Merdeka Contest Dah Keluar
seronok kalau dapat mengikuti semua perlawanan BPL nie..lepak kat mamak dengan kawan-kawan memang kenangan terindah zaman degree dulu..
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
Comments are closed.