Apa Lagi Pengiklan Mahu?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, daripada pengalaman berjumpa dengan beberapa syarikat yang ingin mengiklankan servis atau produk mereka masih terlalu banyak ruang yang ada untuk Blogger Malaysia terutama ketika ekonomi tak stabil dan kos pemasaran dikurangkan. Cuma soalnya selalu juga Blogger sendiri yg letak harga murah walaupun sebenarnya syarikat tersebut ada bajet lebih. Nasihat aku kepada Blogger jangan merendahkan nilai sendiri hanya kerana untuk dapat Ringgit Malaysia.

Peluang iklan masih banyak tak percaya jom baca tulis dari Blogger Popular Malaysia, Ariff Shah.

Beberapa tips lagi yang saya ingin kongsikan tentang market blogger sekarang ni. Harap input yang diberikan dapat membantu rakan blogger yang lain.

1. Berapa banyak trafik?

Isu subjektif tapi biasanya pengiklan akan  consider kalau ada minimum 1000 UV sehari. Lebih daripada 2000, mungkin dah boleh demand sikit-sikit dan kalau lebih daripada 4000 dah dianggap high traffic blogger – you are valuable to them.

Namun begitu, perkara ni bergantung kepada point no. 2 iaitu blog content. Baca seterusnya.

2. Content

Pengiklan tak suka blog carca-marba hentam sahaja. Maksud saya kat sini ialah blog yang share benda-benda yang menarik untuk dibaca macam “kucing bermata tiga” atau “ikan boleh terbang” dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.

Banyak dah blog macam ni yang ada di pasaran sekarang dan trafik mereka memang tinggi. Tapi value dia pada kebanyakan pengiklan adalah rendah. Kebanyakan pengiklan suka blogger yang boleh jadi jurucakap yang bertauliah untuk produk mereka, jadi bila tengok content merapu macam tu, mereka tak rasa confident.

Macam biasa, kalau blogger selalu menyentuh tentang isu politik, pengiklan akan lari. Mereka tak nak terlibat dengan mana-mana pihak sebab pada pengiklan, semua orang tak kira apa pun fahaman politik adalah pengguna/pembeli produk/perkhidmatan mereka.

Paling ideal seperti yang saya pernah share dalam entri sebelum ni, blog personal yang ada niche.

3. Blogger Gadis Melayu

Semua blogger dalam ni tulis dalam English, sorang je yang tulis dalam Bahasa Melayu
Semua blogger dalam gambar ni tulis dalam English, cuma sorang je yang tulis dalam Bahasa Melayu

Agak surprise bila tau tentang perkara ni. Nampaknya market sekarang ni masih lagi kekurangan blogger gadis Melayu dan ada permintaan dalam segmen ni.

Ini adalah kerana kebanyakan blogger gadis Melayu seperti Yuyu, Fatin Liyana dan Hanis Zalikha semuanya dah ‘diikat’ dan tak semua pengiklan nak bekerjasama dengan satu agensi blog yang besar ni, jadi still ada demand.

Mereka nak bahasa Melayu sebab kalau blog English, dah terlalu banyak blog perempuan dalam English yang hebat-hebat. Agak kurang bijak kalau nak bersaing di tempat yang dah memang tinggi persaingannya.

 

Kalau korang tergolong dalam kategori ini tapi masih lagi tak dapat tawaran pengiklan lain, boleh baca entri “Nak Guna N ke Tak?“, mungkin boleh dapat peluang lain yang mungkin lebih baik daripada apa yang mereka bagi sekarang.

Setakat ini perkongsian ringkas saya buat masa ni. Macam biasa, blogger lain feel free to share pengalaman dan tips anda di ruangan komen.


Spread the love

62 Comments

  1. Yup, requirement advertiser mesti kurang2 1,000UV per day. Kalau lebih, lagi baik. Cuma advertorial dalam BM tak pernah kawe dapat. Ada sapa2 pernah dapat, boleh citer??
    Tapi company Malaysia mmg susah sikit nak demand $$$ he he..
    Kalau omputeh tu, mintak around RM 300 to RM 500 satu kali, dia orang relax jer bayar. Dapat 2 – 3 advertorial sebulan tu pun ok gak. Lepas juga bayar duit rumah… adehhh..
    Curahan rasa Ismail N @ ..The Silent FutureMy Profile

  2. Konten blog yang baik yang lebih banyak akan dilirik oleh para pengiklan.
    Apalagi traffiknya tinggi, tentunya akan banyak menarik para peminat iklan di dalam blog kita.
    Terima kasih atas perkongsian ilmu semacam ini
    Curahan rasa Ferry @ ..Tips Merawat Gigi TiruanMy Profile

  3. haha..

    gua dah kata dah sebelum ini. Setakat ni..gua tak jumpa lagi blogger perempuan yang betul-betul bagus dari segi penulisan bahasa melayu. Yang betul-betul ada isi dan menarik. Maaf la kalau ada yang terasa. Baik, gadis remaja, makcik-makcik atau puan-puan. 10 tahun lebih. Tapi tak ada..Dan kalau ada pun, tak konsisten.

    Tak hairan advertiser tak ada pilihan. Terpaksa gak pilih apa yang ada..yang mana ianya juga bagus untuk naikkan kembali martabat blogger melayu perempuan untuk tulis dengan lebih baik. Tapi kalau blogger lelaki. Memang ramai dan terlalu ramai. Itu gua tak nafikan.
    Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 52My Profile

    1. Yang dah established semua dah kena ikat dengan company besar. Diorang pun tau ada market untuk audience blogger2 ni.

      So kepada yang berkenaan, ambillah kesempatan terhadap keadaan ini.
      Curahan rasa Ariff @ ..Makan Tangan KiriMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!