Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sah sudah Tan Sri Khalid Ibrahim yang dahulu di anggap bintang dalam PKR sudah di pecat keahlian tetapi masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor sebagai ADUN Bebas DUN Pelabuhan Kelang. Satu keputusan yang sudah dijangka kerana melawan Anwar Ibrahim menentang kejahilan politik dan budaya neopotisme dan kronisme. Diawal reformasi selogan menentang neopotisme dan kronisme sangat kuat dialun oleh Pakatan Rakyat tetapi itulah darah daging dalam dua parti terbesar selain PAS. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang yang sangat tegas pendirian kali ini, tidak terikut dengan penyelewengan ideologi Pakatan Rakyat.
Penilaian kejayaan dalam politik tidak sama dari sudut pandang mata rakyat dan pengamal politik. Rakyat merasakan kepimpinan Khalid Ibrahim telah berjaya apabila berjaya mengekalkan Pakatan Rakyat kali kedua dengan jumlah kerusi yang lebih besar pada PRU13 dan rekod kewangan yang sangat cemerlang seperti diwar-warkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Paling ketara masjid dan surau di Selangor sangat aktif tak kira di bandar atau di kampung cuma dicacatkan dengan lebih banyak rumah urut dibina sehinggalah ke bandar-bandar kecil.
Pemimpin politik pulak mempunyai penilaian yang berbeza dengan kuasa politik berapa banyak dana politik yang dapat dikumpul dan berapa ramai kontraktor politik mendapat manafaat walaupun tidak mempunya kelayakan. Dari risikan dalam pemimpin Pakatan Rakyat tidak berpuas hati kerana Khalid Ibrahim terlalu mengikut peraturan sehingga polisinya tidak memberi manafaat kepada kroni-kroni politik Pakatan Rakyat walaupun ianya memberi banyak manafaat kepada rakyat Selangor. Segala kecurangan Khalid Ibrahim segaja direka bagi menunjukkan kejahatan walaupun hakikinya dengan pentadbiran Khalid lah kuasa Pakatan Rakyat dapat dilebarkan di Selangor.
Aku memang tidak mempercayai lagi Ketua Umum PKR semenjak aku berpeluang bersama pasukan yang merawat Anwar Ibrahim semasa krontroversi kes Arsenik. Ahli politik berbagai wajah yang hanya mementingkan diri sendiri dengan memanipulasi kebijakan berpidato untuk menggunakan pemimpin disekelilingnya menghipnosis pemikiran rakyat yang sememangnya ketika itu kecewa dengan ketegasan Tun Dr. Mahathir.
Kepada penganalisa politik pasti biasa mendengan perkataan Si Kitol yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir di dalam beberapa ucapan sebelum beliau menyingkir Anwar Ibrahim dari kerajaan. Rakyat tidak percaya pada Mahathir tetapi lebih percayakan kepada Si Kitol nama yang diangkat sebagai pembelot semasa Portugis menakluk empayar Melaka. Setelah lebih 16 tahun berlalu kini wajah Si Kitol semakin jelas kelihatan kerana itu mungkin ALLAH tidak memberi jalan yang mudah untuk beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Ada yang kata apa salahnya Wan Azizah selaku Presiden PKR dan DUN Kajang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Cuba kita perhatikan bagaimana dua jawatan tersebut disandang oleh Wan Azizah dengan strategi licik Anwar Ibrahim untuk mengekalkan penguasan keluarga dalam parti. Anwar telah mencalonkan diri sebagai calon presiden bersama Wan Azizah untuk mengelakkan pemimpin PKR lain bertanding dan akhirnya beliau menarik diri begitu juga pecalonan DUN Kajang walaupun sebenarnya beliau sudah tahu apa kesudahan kes makamah. “Langkah Kajang” bukan untuk menyelamatkan Malaysia tetapi menyelamatkan Anwar Ibrahim dan keluarga untuk terus bertahta dalam politik Malaysia walaupun sudah mungkir janji untuk bersara setelah tewas pada PRU13.
Anwar Ibrahim sudah terlalu banyak mengecewakan harapan rakyat dengan janji manis setiap kali berpidato di ceruk kampung dan bandar. Kekadang ada juga betulnya seorang yang terlalu pandai berpidato belum tentu pandai mentadbir. Kali ini rakyat pasti tidak akan tunduk seperti lembu kena cucuk seperti 16 tahun yang lalu. Bangsa Melayu adalah ibarat wangian yang hilang yang akan kembali berdiri tegak apabila dikotak katikkan oleh Si Kitol.
#SaveSelangor
Nota : Tulisan ini ada pendapat peribadi bukan untuk mempengaruhi sesiapa dan anda bebas untuk mengkritik asalkan tidak mengunakan bahasa lucah dan kasar.
142 Comments
memang sudah dijangkakan bahawa Anwar Ibrahim akan mengambil kesempatan di atas kemelut dalaman yang melanda PKNS.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Semasa menjadi Menteri Kewangan lagi saya tidak suka. Banyak juga bajet uang dibentang tidak memberi kebajikan kepada rakyat. Nak dapat 1sen pun tak dapat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Saya rasa gembira bilamana Tun Mahathir pecat daripada parti BN dan jawatan di kabinet.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Dulu nampak alim tapi masih ragu-ragu dengan pewatakkan yang beliau tunjukkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
kadang2 anwar ni sama je macam BN yang suka guna kroni dalam parti. entah lah
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sejak dulu sampai sekarang saya tak pernah suka dengan Anwar Ibrahim.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
ada yang cakap dah tiba masanya malaysia berpindah ke tangan pembangkang dan tengok apa mrk buat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
tapi BN banyak membantu rakyat dan malaysia. kita tak boleh lupa tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
Kita tidak boleh mencuba dengan sewenang-wenangnya, nanti apa yang kita mahu jadi sebaliknya. Kita boleh mengurangkan majoriti kemenangan BN. Bila ia seimbang, kerajaan nak buat sesuatu akan ditentang oleh pembangkang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
dua dua pihak ada kelemahan dan kelebihan. BN juga sentiasa kecewakan rakyat dengan harga barang naik
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Itulah yang menjadi persoalan sekarang. Bila dah menang, terus naik minyak, ketika pilihanraya, minyak tak naik. Dia beri BR1M dan waktu sama naik minyak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
apa pun yang anwar buat dia masih ada penyokong di belakangnya. dia masih kuat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
Dia pandai berpidato, semua dia cakap orang mudah percaya. Itu senjata yang dia ada.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
anwar oh anwar.. dari dulu lagi aku tak pernah suka dengan kau..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..ONEXOX Prepaid Yang Menjimatkan
Memang mengecewakan dengan suasana politik negeri selangor. Ramai sangat yang campur tangan.
Curahan rasa nord @ ..Tips Diet Yang Mudah Dan Seimbang
tapi lepas azmi dilantik jd menteri besar semua kemelut tu selesai. tapi rakyat tak lupa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
Sedih melihat parti Islam diperkotak katikkan bila menyertai ‘perjuangan’ bersekutu..kesian pada rakyat yang tak nampak ‘permainan’ pemimpin-pemimpin pujaan mereka yang lebih pada perjuangan merebut kuasa untuk peribadi daripada perjuangan untuk rakyat.
Curahan rasa pipoq @ ..Mengajar dan belajar
Itu sudah sebati dengan jiwa Anwar Ibrahim…Ia tidak boleh berubah dah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
ada yang menyalahkan anwar bila PR kalah dipengkalan kubor. tapi saya rasa sebab PAS macam dah sombong dalam PR.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tidak minat dalam hal politik…tetapi, semoga pemimpin yang benar-benar boleh memimpin akan menjadi PEMIMPIN… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
semoga pemimpin sekarang dan masa akan datang boleh pegang amanah dan jaga kebajikan rakyat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ya, dan semoga pemimpin pada masa hadapan lebih telus dalam menjalankan tanggungjawab… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
samalah tak minat politik..tapi just ambik tahu pasal keadaan politik semasa je dah memadai
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Ya, begitu juga dengan saya…sekadar melihat di kaca tv tentang perkembangan politik Malaysia… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Suka atau tidak kita terpaksa ikuti jugak. Kalau tidak susah juga nak tahu pemimpin mana yang perlu kita sokong.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
di sebab kan sorang dua yang buat hal habis satu parti terkena tempias nya … memang dia ini musnahkan harapan rakyat yang selama ini menyokong dia tapi rasanya mesti ramai yang kecewa dengan sikap dan tindakan dia
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Comments are closed.