Amalina Che Bakri apalah kecoh sangat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, memang menjadi prinsip aku untuk tidak menulis kisah peribadi seseorang tidak kiralah samada yang terkenal atau tidak terkenal. Siapalah aku nak menulis kisah orang yang tidak aku kenali secara peribadi. Nak menulis kisah sendiri walaupun tidak sehangat kisah Amalina Che Bakri pun boleh buat buku. Ramai sangat yang menulis tentang Amalina di blog dan Facebook sehingga ibu dan akhirnya Amalina sendiri perlu memberi penjelasan.

Apa yang beliau buat bukanlah betul tetapi berapa ramai pula yang ada dikeliling kita samada sahabat, jiran, adik, kakak, ibu dan isteri yang berpakaian tetapi seperti tidak berpakaian. Beranikah kita menegur mereka sebagaimana kita menegur Amalina yang jauh beribu batu. Beranikah kita cakap “sape suruh kau letak gambar macam tu, bangang ?” depan muka orang yang kita kenal. Tidak ramai yang ada kekuatan menegur dengan hikmah mereka yang rapat dikeliling kita apabila mereka berpakaian seksi atau berpakaian tidak mengikut syariat.

Ada yang kecewa kerana suatu masa dahulu mereka jadikan Amalina Che Bakri sebagai idola untuk dicontohi anak-anak mereka. Mengapa perlu kecewa itulah kehidupan sedangkan iman pun ada pasang surutnya. Kita tidak pernah akan belajar daripada kehidupan seandainya semua baik-baik belaka. Apa yang berlaku daripada perubahan kehidupan Amalina pasti telah berlaku pada ramai anak muda dari dahulu hingga ke masa akan datang cuma Amalina itu terkenal itu yang jadi kecoh 1Malaysia. Itulah kehidupan yang kita perlu belajar dan mengajar anak-anak supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.


Spread the love

192 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!