Amalan Untuk Menghilangkan Kerisauan dan Bebanan Hutang

Amalan ini diajar sendiri oleh Nabi Muhammad kepada sahabat beliau yang dikenali sebagai Abu Umamah Al-Ansari.

Amalannya ialah dibaca doa yang dibawah ini sebanyak 1 kali sekurang-kurangnya, dibaca pada waktu pagi dan juga pada waktu petang.

Ini doanya:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ٬ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ.

Maksud doa: Ya Allah, aku berlindung denganMu dari kerisauan gundah gulana dan kesedihan, aku berlindung denganMu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung denganMu dari sifat pengecut dan kedekut dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan tekanan hidup dari orang lain.

Sahabat Nabi yang menerima amalan ini berkata: maka aku pun melaksanakannya dan ternyata Allah ‘azza wajalla menghilangkan kegundahanku dan melunasi hutang-hutangku.

(Hadis Sahih riwayat Abu Daud)

Untuk belajar lebih banyak lagi amal-amal untuk berjaya dalam hidup jom follow Ustaz Noor Effendi Hamid Al-Muhtadin yang selalu menjadi ustaz jemputan di program Tanyalah Ustaz TV3.

Ustaz-Effendy

Rugi kalau tak follow.

Amir Hassan
Baru nak start @ t.me/denaihatinetwork

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!