Alternate Ads fungsi terbaik Innity

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tahniah dah semakin ramai rakan blogger Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Vietnam dan Philippines yang telah diterima oleh Innity untuk menjadi rakan pengiklanan. Syarat untuk jadi rakan pengiklanan Innity ini memang ketat kalau nak tahu boleh baca kat sini. Dengar cerita dah ramai rakan blogger yang buat duit dengan blog bersama Innity tapi tak nampak lagi yang expose income diaorang (bagus lah tu).

Ada suatu fungsi Innity yang paling aku suka iaitu Alternate Ads. Maksudnya kita boleh kongsi iklan daripada beberapa syarikat yang lain pada tapak yang sama. Contohnya untuk tapak banner 300 x 250 kita boleh kongsi tapak bersama iklan Innity, Adsense dan eQurban. (Adverlets n Nuffnang tak ada makna sebab kedua syarikat ini tak suka kongsi iklan dengan syarikat lain).

Caranya mudah je :

Login Innity > Dashboard > Manage ad > Alternate Ad Management (sidebar kiri) >New Alternate Ad > Letak nama alternate, Pilih Ad Format, Masukkan Code/Link > Confirm > Manage Ad > Klik Edit iklan yang sesuai dengan saiz banner > Select Alternate ad yan telah dibuat > Save (akan ambil masa beberapa minit untuk lihat kesannya).

Kalau tak berapa faham juga pergi je ke Faq Innity di dashboard tu.

Tips terbaik daripada Kak Yanmie untuk sembunyikan semua iklan apabila tiada iklan dipamerkan, jadi tak perlu nak tengok tapak iklan yang kosong. Masukan Alternate Ad berikut dalam setiap tapak banner yang ada.

Jadi inilah rahsia sebenar kenapa kejap ada iklan kejap tak ada iklan di blog denaihati. Tak percaya cuba klik 2-3 kali link latest entri tu pasti ada beza paparan iklan yang keluar. Harap yang bertanya puashati dengan jawaban ini.


Spread the love

84 Comments

  1. jika berpeluang saya ingin apply innity awal august nnti – ingin cantikkan sedikit awstat stats blog saya sblm cuba unt apply. skg biar adsense dulu kat blog, boleh cashout earning unt puasa rasanya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!