Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai juga kawan-kawan offline dan online yan bertanya bagaimana cara untuk menulis blog. Setiap Blogger pasti ada caranya seperti Blogger Popular INI dengan keunikan pemilihan tajuk untuk setiap entrinya, Blogger INI dengan gurau senda mengusik Rakan Blogger yang lain, Blogger INI dengan kisah cintanya dan Blogger Indonesia INI dengan berbagai kisah terkini. Setiap Blogger ada caranya yang pasti tidak sama.
Apa yang nak kongsikan di sini adalah cara aku menulis blog yang tidak semestinya perlu diikuti :
1. Menulis apa yang terlintas di HATI tanpa kisah sangat dengan susunan ayat dan baris perkataan sehingga tamat supaya tidak menganggu idea yang ada.
2. Membetulkan semula susun ayat dan baris kata yang sesuai mengikut cerita yang ditulis untuk menghasil penulisan yang lebih berkesan.
3. Membetulkan ejaan sekira ada kesilapan dan ini penting kerana Google suka kepada ejaan yang betul.
4. Mengubahsuai semula kata kunci (keywords) yang sesuai untuk SEO. Contohnya kalau awalnya kita tulis “Blogger” kita boleh ubah kepada “Blogger Popular” kerana perkataan “Blogger Popular” lebih banya dicari di Google.
6. BOLD kata kunci (keywords) yang penting untuk SEO.
7. Mengubahsuai ayat untuk memasukan internal dan external link seperti dalam entri INI yang bertulisan biru. Biasanya aku akan memasukan 3 link berbeza iaitu link kepada entri lama blog Denaihati yang berkaitan dengan tajuk, link kepada blog/website yang mempunyai Pagerank yang lebih tinggi daripada PR4 untuk mengekalkan PR blog Denaihati dan link kepada Rakan Blogger untuk membantu mempromosi blog kawan-kawan.
8. Menyelidik fakta yang ditulis daripada sumber yang betul dan sebaiknya berikan link kepada sumber tersebut
9. Memilih katogeri dan tag yang sesuai dengan hasil penulisan untuk SEO.
10. Memilih tajuk entri yang sesuai dan menarik perhatian pembaca dan juga sesuai dengan SEO.
11. Akhir sekali menyemak beberapa kali ejaan, susun ayat dan hasil penulisan sebelum publish kepada pembaca.
12. Berusaha untuk tidak menulis kerana SEO tetapi akan cuba memastikan setiap penulisan mengikut aturan SEO seperti yang biasa diamalkan oleh Blogger Hebat Kak Jie.
Inilah sebahagian ilmu menulis blog yang mampu dikongsikan untuk menghasilkan blog yang baik berserta entri-entri sebelum ini “Blog Terperangkap Dalam Dunia SEO” dan “Membina Jenama dengan Niche Blog“. In Shaa Allah banyak lagi pengalaman berblogging akan dikongsikan dari masa ke semasa berdasarkan pengalaman sepanjang beberapa tahun membina jenama Denaihati.
172 Comments
malam ni baca di blog kak jie, eizil dan denaihati berkisarkan pemilihan tajuk..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Cabutan Bertuah Menggapai Gadjet Impian
esok nak buat tajuk ape yea??? otak kita kian ligat berfikir.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari London
masih amat sgt kurang ilmunya ttp sy menulis krn sy ingin menulis… enjoy tgk blog org n sy teruja…
Curahan rasa ku azmiza @ ..Peringatan Allah
Tips simple tapi pasti memberi kesan..
Curahan rasa zool @ ..Wan Zack sudah beransur pulih
saya ada ebook ni tapi ulasan tak keluar2 lagi sebab masa cemburu dengan kita…ada juga yang mengajar menulis blog dengan ebook
Curahan rasa azura @ ..Cuti adalah hari memasak
Satu tips yang sangat berguna… Kalau nak menulis untuk bermain SEO perlulah menuntut segala ilmu berkaitan SEO tu kan. Tapi bagi saya eloklah menulis apa yang terlintas dari hati. Barulah penulisan kita tu ikhlas.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Fenomena Durian Crepe Atau Durian Pancake
banyak juga strps nye kan…. alah bisa tegal biasa…
Memilih katogeri atau kategori… 🙂 dan juga ejaan ayat kekadang kita tersilap. sama2 ingatkan. sama macam saya jugak. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..BE ke 29 dari Nuffnang
setuju…. gambar pun boleh jadi modal besar utk blogging 😉
that’s why ada photoblog
biasa digunakan dalam wordless wednesday… hehhee
Curahan rasa KiD @ ..BE ke 29 dari Nuffnang
yes…. entri wordless wednesday amat membantu tatkala kekeringan idea atau kurang masa utk menaip 😉
bila aku nak mengomen di sini ada error message spt di bawah..
“This XML document is invalid, likely due to invalid characters. XML error: junk after document element at line 2, column 6”
Ada org beri tips, kalau tak pandai menulis, beli sebuah kamera dan snap gambar banyak2… tulis pasal gambar tu, aku baru praktikkan & dapat snap dan cerita pasal meja pelik dari akar kayu, jadilah… nak tulis entri hebat2 mcm DH tak mampu – lensablogger.com
Setuju…blogging ni bukan nya sehari dua..mesti konsisten dan improve setiap hati..
Curahan rasa CutiMalaysia @ ..Malaysia Airlines: Sudah Beroperasi 40 Tahun. Ada Promosi Menarik Hujung Tahun?
yup yup.. kalo takde idea tu, kena dapatkan ebook 37 teknik luar biasa
Curahan rasa KiD @ ..BE ke 29 dari Nuffnang
Belajar…belajar dan kita akan bisa melihat hasil tulisan kita nanti kelak kemudian hari Insya Allah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mencegah Stroke
Karena seringkali pula hasilnya terlihat belakangan bukan pada saat kita selesai menulis
Terima kasihla utk tips seo ne. Sangat membantu sy
Curahan rasa Asrul @ ..Cara Menguruskan Badan
haisy,banyak la nak kena belajar..
tapi yang dah tahu pun belum praktikkan lagi..macam mana ni
Curahan rasa albaihaqie @ ..Jauhi Perangai Budak
harus ada bbrpa yg di terapkan nih, buat nambahin seo di web ane hehehe, mantap mas artikelnya (y)
ZZS Inside
Curahan rasa Beraaga007 @ ..Server Speedy Down, Lumpuh Sejak Senin Pagi Akibat Kebanjiran Data
nampak gayanya, masih banyak lagi lah yang kena belajar..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Segmen Review Sesama Blogger
Comments are closed.