Antara amalan sunnah ketika minum susu
Ada beberapa amalan yang sering Baginda SAW beri perhatian akannya ketika minum susu. Antaranya ialah :
1. Mencampurkan susu dengan air

Perkara ini adalah sebagaimana riwayat daripada Anas bin Malik R.A menyatakan bahawa :
ุฃููู ุฑูุณููู ุงูููููู ๏ทบ ุฃูุชููู ุจููุจููู ูุฏู ุดููุจู ุจู ุงุกูุ ูุนููู ููู ูููููู ุฃุนูุฑุงุจููููุ ูุนููู ุดูู ุงูููู ุฃุจู ุจูููุฑูุ ููุดูุฑูุจู ุซูู ูู ุฃุนูุทู ุงูุฃุนูุฑุงุจููููุ ููุงูู: ุงูุฃููู ููู ูุงูุฃููู ููู
Maksudnya : โRasulullah SAW pernah diberi susu yang telah dicampur dengan air, sementara di sebelah kanannya terdapat seorang Arab Badwi. Manakala sebelah kirinya adalah Abu Bakar. Kemudian, baginda meminum susu tersebut. Kemudian, baginda memberikan (lebihan) susu tersebut kepada Arab Badwi itu sambil bersabda : โ(Dahulukan) yang kanan dan kanan.โ [HR al-Bukhari (5619) dan Muslim (2029)]
Selain itu, berkemungkinan kerana sifat pada susu itu sendiri serta faktor setempat sebagaimana disebutkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani bahawa mereka mencampurkan susu dengan air kerana susu ketika ia diperah sifatnya adalah panas dan begitu juga dengan negeri berkenaan (Tanah Hijaz) kebiasaannya juga panas. Maka, mereka akan mengurangkan panas susu tersebut dengan air sejuk. (Lihat Fath al-Bari, 10/76)
2. Membaca doa selepas minum susu
Sebagaimana yang telah kita ketahui sunat untuk kita membaca basmalah sebelum makan dan minum. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW :
ุณูู ูู ุงููููููุ ูููููู ุจููู ููููููุ ูููููู ู ู ูุง ููููููู
Maksudnya : โBacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang paling hampir denganmu.โ
[HR al-Bukhari (5376) dan Muslim (2022)]
Antara hikmahnya adalah supaya makanan dan minuman tersebut diberkati Allah SWT dan jauh daripada syaitan. Seorang sahabat Nabi SAW ada menceritakan bahawa :
ูุงู ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ุฌุงูุณุงุ ูุฑุฌูู ูุฃูููุ ููู ููุณู ู ุญุชู ูู ูุจูู ู ู ุทุนุงู ู ุฅูุง ููู ุฉุ ููู ุง ุฑูุนูุง ุฅูู ููููุ ูุงู: ุจุณู ุงููู ุฃูููู ูุขุฎุฑููุ ูุถุญูู ุงููุจูู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ุ ุซู ูุงู: “ู ุง ุฒูุงูู ุงูุดููููุทุงูู ูุฃูููู ู ูุนูููุ ููููู ููุง ุฐูููุฑู ุงุณูู ู ุงูููููู ุงุณูุชูููุงุกู ู ุง ูู ุจูุทููููู”
Maksudnya : โRasulullah SAW pernah duduk, dan ada seorang lelaki sedang makan tetapi tidak membaca nama Allah sehinggalah tidak tinggal daripada makanannya melainkan satu suapan sahaja. Kemudian, tatkala dia mengangkat suapan terakhir tersebut ke dalam mulutnya, dia membaca, โBismillahi Awwaluhu wa Akhiruhuโ (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya). Nabi SAW ketawa dan kemudiannya bersabda : โSyaitan terus makan bersamanya, kemudian apabila dia menyebut nama Allah, syaitan itu memuntahkan semula apa yang ada di dalam perutnya (yang dimakan).โ [HR Abu Daud (3768)]
3. Berkumur-kumur selepas minum susu

Disunatkan untuk berkumur-kumur selepas meminum susu sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam banyak riwayat. Antaranya, riwayat daripada Abdullah bin Abbas R.Anhuma bahawa :
ุฃููู ุฑูุณููู ุงูููููู ๏ทบ ุดูุฑูุจู ููุจูููุง ููู ูุถูู ูุถูุ ููุงูู : ุฅููู ูู ุฏูุณูู ูุง
Maksudnya :ย โRasulullah SAW telah meminum susu dan lalu baginda berkumur-kumur. Dan Baginda SAW bersabda : โSesungguhnya susu mengandungi lemakโ [HRย al-Bukhariย (211)]
Kesimpulannya
- Di antara amalan sunnah ketika meminum susu yang Nabi SAW sentiasa menjaganya (melakukannya) ialah mencampurkan susu dengan air, membaca doa selepas meminum susu dan berkumur-kumur selepas meminumnya.
- Sesuatu amalan atau perkara yang dilakukan oleh Nabi SAW sekalipun asalnya adalah bersifat uruf atau adat setempat, namun sekiranya seseorang itu mengikuti atau melakukannya kerana cinta dan mahu ikut Nabi SAW, dia tetap diberi pahala sebagaimana Abdullah bin Umar R.Anhuma yang sangat terkenal sebagai seorang sahabat yang akan cuba sedaya upaya buat apa yang baginda buat.
Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan bagi mengamalkan syariatNya serta sunnah nabiNya dengan sebaik mungkin.
Baca: 7 Sunnah โPowerโ Yang Patut Kita Amalkan
Kredit: Mufti wilayah
