Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi laman Twitter rasmi mereka berkongsikan maklumat mengenai akaun simpanan yang akan digunakan untuk pengeluaran i-Citra.
Menurut KWSP, bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dalam akaun 2 terlebih dahulu dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan dalam akaun 1 pula akan digunakan.
Memetik contoh yang diketengahkan bagi seseorang yang tidak bekerja dan mempunyai simpanan RM5,150 dalam akaun 2, simpanan itu akan digunakan untuk pengeluaran i-Citra sebanyak RM5,000.
Contoh yang lain seperti berikut;
Permohonan bagi kemudahan pengeluaran i-Citra boleh dilakukan pada 15 Julai ini dengan melayari pautan KWSP i-Citra.
Untuk ketahui lebih lanjut, boleh lihat pautan twitter KWSP seperti di bawah;
Simpanan dalam Akaun 2 anda akan digunakan terlebih dahulu dan jika tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 pula akan digunakan.
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) June 30, 2021
Baca penerangan selanjutnya di https://t.co/1oCxCY7At2#kwspicitra #kwspahli #kwspinfo pic.twitter.com/0ZQAOY35kf
Soalan lazim
Mengapakah Pengeluaran i-Citra diperkenalkan?
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Siapakah yang layak memohon?
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?
Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.
Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
Sumber: KWSP
4 Comments
Bagi yang memerlukan, wang caruman yang dikeluarkan perlulah digunakan dengan bijak dan cermat.
Curahan rasa Onexox Online Store @ ..ONEXOX PREPAID – 28 Bulan Tempoh Sah Aktif, topup bila perlu.
Harap pencarum kwsp yang keluarkan i-citra dapat gunakan sebaik-baiknya wang yang mereka keluarkan tu. Semoga pandemik ini dapat kita kawal dan beredar dengan cepat.
Curahan rasa Nas Rubaee @ ..Life Shake Elderberry Shaklee
saya akan keluarkan untuk ada cash reserve sahaja. lagipun sekarang zaman x menentu, pentingkan survival dahulu dan kemudian baru fikir untuk menyimpan bila ekonomi dah pulih semula
Curahan rasa rujukan @ ..Apa Beza Download Dan Upload Speed
Nak keluarkan atau tidak? Bagi yang perlukan, boleh keluarkan. Yang tidak perlu atau boleh bertahan dengan simpanan yang ada boleh kekalkan simpanan KWSP.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rutin Harian Cuma Terima Order Proses Order Dan Terima Duit Di Shopee
Comments are closed.