Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hujjatul Islam Al Ghazali meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang lupa membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Lalu pada satu malam dia bermimpi melihat Rasulullah SAW tidak mahu menoleh kepadanya, lalu dia bertanya,
Ya Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?“
Rasulullah SAW menjawab,
Tidak.“
Beliau bertanya lagi,
Lalu sebab apakah engkau tidak memandangku?“
Rasulullah SAW menjawab,
Kerana aku tidak mengenalmu.“
Baca : Kisah Yakjuj dan Makjuj, peringatan akhir zaman
Lelaki itu bertanya lagi,
Bagaimana tidak mengenaliku? Sedangkan aku salah satu dari ummatmu. Para Ulama’ meriwayatkan bahawa sesungguhnya engkau lebih mengenali ummatmu berbanding seorang ibu mengenali anaknya.“
Rasulullah SAW menjawab,
Mereka benar. Tetapi engkau tidak pernah mengingati ku dengan berselawat. Padahal kenalku dengan ummatku menurut kadar bacaan selawat mereka kepadaku.“
Terbangunlah lelaki itu dan mengharuskan dirinya untuk berselawat keatas Rasulullah SAW setiap hari 100kali.
Beliau selalu melakukan itu hingga melihat Rasulullah SAW lagi didalam mimpinya. Dalam mimpinya tersebut, Rasulullah SAW bersabda,
Sekarang aku mengenalmu dan akan memberikan syafaat kepadamu.“
Kerana orang tersebut telah menjadi orang yang cinta akan Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat keatas Baginda Rasulullah SAW
Maka barangsiapa yang ingin dikenali Rasulullah SAW, hendaklah ia perbanyakkan bacaan selawat.
Baca : Adakah wujud manusia lain sebelum Nabi Adam A.S ?
(Kitab Mukasyafatul Qulub)
- Penyakit-penyakit hati
- Ramai yang inginkan kebahagiaan tapi tak ramai yang peroleh kebahagiaan yang sebenar.
- Meninggal dunia ketika sedang laungkan azan Jumaat, perginya pemuda ini amat dicemburui
- Cara ubati penyakit hasad dengki dan iri hati
- Bicara dari bilik mayat, adik beradik Cina Ini kagum cara pengebumian Islam
4 Comments
cerita yang begitu menarik dan hebat sekali.
mudah-mudahan menjadi iktibar dan inspirasi kepada kita semua
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia untuk pikat hati wanita.
Baiklah, mari kita sama sama berselawat supaya Rasulullah SAW ingat dan kenal pada kita bersama sama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Raya Dengan Shopee
banyak manfaat selawat. kalau selalu amalkan selawat ni boleh jadi habit pada waktu lapang.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Texas Chicken Kota Bharu
Masya’Allah besarnya manfaat dengan dengan berselawat .
Moga kita mnjadi orang2 yg rajin berselawat keatas baginda supaya baginda mngenali kita sebagai umatnya , Amin
Curahan rasa sakinah @ ..5 Tips Sentiasa Bersemangat dalam Bisnes
Comments are closed.