Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ini di alam maya netizen sebuk membincangkan mengenai satu challenge baharu yang sedang viral di seluruh dunia.
Selain untuk berseronok melakukannya, challenge yang diberi nama ‘tripping jump challenge’ ini juga boleh membawa padah.
Dalam cabaran itu, kesudahan aksi boleh meragut nyawa mereka yang mencubanya. Menerusi perkongsian video-video di laman sosial, kelihatan tiga orang berdiri sederet.
Aksi berkenaan memperlihatkan individu yang berdiri di tengah melompat tinggi sementara dua orang lagi yang berada di sebelahnya akan menyepak kaki rakan mereka yang sedang melompat itu.
Sepakan dua rakan itu pada bahagian belakang buku lali individu di tengah akan menyebabkan dia terjatuh lantas kepala terhentak di lantai.
مشهد مؤلم ولكن ضروري عرضه حتى تنبهو ولادكن عنو.. تحدّي Tripping Jump Challenge جديد ينتشر في العالم وقد يؤدي الى الشلل او الوفاة.. عم ينتشر بالمدارس بسرعة وتسجل عدة اصابات خارج لبنان pic.twitter.com/8ms9IfmryF
— fadi jouni (@fady_jouni) February 13, 2020
Pelbagai versi cabaran itu dilakukan. Ada yang mempercayai individu yang berdiri di tengah itu mungkin sudah mengetahui awal bahawa dia perlu mengelakkan sepakan rakan di sebelahnya.
Manakala, ada juga versi ‘prank’ di mana individu di bahagian tengah tidak tahu akan niat rakannya untuk menyepak kakinya.
Baca : Menjaga Kesihatan Adalah Satu Amanah
Lebih malang, ada yang turut berkongsi pengalamannya di mana kepalanya terjatuh ke lantai konkrit di sebuah taman permainan.
Menurut pegawai perubatan, Dr. Shazif Othman, berdasarkan pengamatannya melalui video-video yang sedang tular di media sosial, terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku kepada individu yang cuba melakukan cabaran berkenaan.
Risiko paling ketara, kata Dr Shazif, boleh berlaku hentakan di bahagian kepala dan sekali gus boleh menyebabkan anggota terpenting pada manusia iaitu otak.
“Jika terkena impak yang besar, ia boleh menyebabkan kematian otak atau ‘brain dead’. Ini kerana, jika dilihat video cabaran itu, individu terbabit terjatuh secara mengejut.
Dr Shazif turut menasihatkan terutama ibu bapa dan guru-guru sekolah agar tidak terpengaruh dengan aktiviti dan mereka perlu mengambil perkara yang positif sahaja.
Guys please spread to everybody if possible!!! Do not attempt to do this tripping jump challenge as it can leave you in fatal injuries to your head, neck and spine!!! pic.twitter.com/U4xDka9Vba
— Jamie Goh hui shan (@jamielovesweets) February 14, 2020
Ini kerana, katanya, aktiviti ini bukan sahaja boleh menyebabkan kecacatan kekal, bahkan dapat memberi kesan jangka masa yang buruk di masa hadapan.
“Kepada ibu bapa dan guru-guru di sekolah, sila awasi anak-anak anda supaya tidak tidak terjebak dengan cabaran viral ini.
“Perlu diingatkan bahawa kesan aktiviti ini boleh menyusahkan banyak pihak dan mereka perlulah fikir banyak kali sebelum memilih untuk melakukan aktiviti itu,” pesan beliau lagi.
Macam-macam challenge pelik harini. Kita sebagai manusia yang berakal, tak perlu nak terikut-ikut sangat walaupun benda itu menyeronokkan. Tapi seronok tu tidak akan kekal lama kalau kawan kita cacat kekal.
Baca : Kita Tak Pernah Terlepas Daripada Buat Dosa, Tapi Itu Bukan Alasan
Dah baca sila share 🙂
Sumber ; Astroawani, @jamielovesweets, @fady_jouni
7 Comments
Keseronokan yang ‘dipandu’ Iblis. Akal mereka ditutup Iblis sehingga mereka menganggap apa yang mereka buat itu menyeronokkan. Sedangkan ia merbahaya. Jangan pula kita rakyat Malaysia mengikutnya.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Saloma Link Yang Cantik Jadi Tumpuan Ramai Dan Menjadi Mercu Tanda Terkini Kampung Baru
Ini namanya tak ada beban batu digalas, kalau cacat seumur hidup siapa yang nak tanggung?
Curahan rasa Ikhwan @ ..Adakah Anda Tengah Pening Kepala Untuk Buat Duit?
Challenge yang sangat membahayakan. moga ahli keluarga dan anak-anak tidak mencuba challenge ini
Curahan rasa aryn fadz lee @ ..PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG KINABALU
tak ada kerja menjatuhkan diri sendiri dalam kerusakan ini berbuat dzalim kepada diri sendiri kalau kena tulang ekor bisa lumpuh atau buta kepala terkena bisa geger otak
Curahan rasa Munir Ardi @ ..Anies 0h Anies Blogger Wanita Malaysia
Pelik pelik challenge sekarang ni,.. sia sia jer dan masing masing cari penyakit..
Silap masa, boleh efek tulang belakang dan berisiko cacat seumur hidup. Lagi teruk, mati. Aiyo macam ni game pun ada ka
perbuatan yang sia-sia sahaja kerana membahayakan diri sendiri hanya untuk bermain-main.
lebih baik menjadi sukarelawan untuk membantu mereka yang dalam kesulitan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Wujudkan rasa percaya untuk berjaya
Comments are closed.