Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Baru-baru ini viral kisah seorang remaja 15 tahun menggantikan arwah bapanya untuk menggalas tanggungjawab berwakilkan wali nikahkan kakaknya, Noriffa Akasha bersama pasangan, Ahmad Asyaf Syafik Ahmad Shamsuddin yang telah berlangsung pernikahannya pada 14 Ogos 2019 di Dungun, Terengganu.
Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah lelaki yang beragama Islam, berakal, adil, merdeka, dan baligh.
Seorang Remaja 15 tahun nikahkan kakaknya
Pelajar tingkatan tiga yang bernama Ismaildaniel Ibrahim itu telah berjaya menikahkan kakak keduanya iaitu Noriffa Akasha bersama pasangannya pada 14 Ogos yang lalu.
Allah SWT beri saya ketenangan dan Alhamdullilah, saya berjaya menikahkan kakak.
Pada mulanya, saya rasa gementar kerana bimbang akad saya itu tidak menjadi namun Alhamdulillah, semua berjalan lancar,” kata anak bongsu daripada empat beradik itu kepada Harian Metro.
Tambah pula, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah itu lagi, dia telah berlatih beberapa kali sebelum berjaya menyempurnakan majlis berkenaan.
Ismaildaniel telah kehilangan bapa tercinta, Ibrahim@Nordin Muhamad Ali, akibat kanser, ketika usianya hanya setahun.
Sebagai anak tunggal lelaki, ini tanggungjawab saya apatah lagi ibu sentiasa berpesan, arwah ayah mahu saya mengambil alih tanggungjawab itu, ujarnya.
Sementara itu, ibu kepada Ismaildaniel, Salmiah berkata, dia kagum dengan kematangan anaknya untuk menjadi wali serta menyempurnakan majlis nikah kakak kandungnya itu.
Dia menjadi wali untuk perkahwinan kakak sulungnya dua tahun lalu tetapi dia enggan menikahkan kakaknya ketika itu kerana dia masih kecil.
Pada mulanya, kami merancang mahu wakilkan kepada jurunikah namun Ismaildaniel minta izin untuk melafazkan akad sambil disaksikan jurunikah.
Sebagai ibu, saya bangga apatah lagi tetamu yang hadir melahirkan perasaan kagum dengan kebolehan Ismaildaniel yang berjaya melakukannya dengan baik, katanya.
Diucapkan tahniah kepada pernikahan kakak Ismaildaniel dan pasangannya. Didoakan juga semoga pasangan tersebut bahagia hingga ke syurga serta didoakan juga semoga Ismaildaniel terus berjaya pada masa hadapan.
5 Comments
No hal. Bukan perkara luar biasa pun kan. Yang penting berakal sihat. Semoga yang menikahkan juga bertemu jodoh yang baik. Amiin.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..10 Mitos Popular Apabila Menaiki Kapal Terbang
Apa yang dialami Ismaildaniel pernah saya alami. Saya pernah menjadi wali nikah menggantikan almarhum ayah saya untuk menikahkan kakak sulung perempuan dan adik bungsu perempuan saya.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Hotel Nyaman di Pantai Kuta
jarang berlaku.
tapi takde salahnya. dah memang dia boleh jadi wali untuk kakaknya.
So, itu perkara yang bagus.
Curahan rasa titan @ ..Once upon a time
Saya rasa kena betulkan fakta. Dia sekarang menjadi wali, jadi tidak timbul fakta…menggalas tanggungjawab berwakilkan wali nikahkan kakaknya. Lain kalau ayah dia sakit tidak dapat jadi wali, maka dia jadi wakil ayah dia. Sekarang ayah dia tidak ada, maka dialah wali yang menikahkan kakaknya. Wallahu’alam.
Apapun tahniah. Kadang-kadang abang yang tua pun tidak berani menikahkah saudara perempuannya. Suruh tok imam juga.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Ogos 2019 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
perkara yang jarang-jarang kita dengar..
bagaimanapun alhamdulillah..
satu perkara yang sangat bagus dan boleh dijadikan sumber inspirasi kepada umum
Curahan rasa mrhanafi @ ..Mengenali bahasa cinta untuk suami isteri
Comments are closed.