Assalammualaikum dan Salam Ramadan.
Kita baru sahaja melalui fasa pertama Ramadan (1 – 10 Ramadan) iaitu di panggil Syahrurrahmah (permulaannya rahmat) dan sekarang ini kita baru bermula fasa kedua iaitu dipanggil Syahrul Maghfirah (pertengahaannya pengampunan) iaitu dari 11 – 20 Ramadan.
Dalam fasa kedua ini Allah SWT menerima dan memberi pengampunan kepada hamba-hamba-Nya yang merayu, berdoa dan memohon keampunan dari-Nya.
Apakah ada tanda-tanda atau kesan dari fasa kedua ini yang telah memberi kesan pada kita?
Tanda Allah SWT menerima dan mengampuni hamba-hamba-Nya ialah ia merasakan dalam hati tidak mahu lagi melakukan dosa-dosa samaada besar atau kecil, menginsafi akan kesalahan-kesalahan lama yang ia telah lakukan dan terus merasai seronok dengan amal ibadah, zikrullah dan amal soleh.
Setiap kali berdoa dan bermunajat teruskan memohon ampun kepada Yang Maha Pengampun, kerana sifat ini amat disukai oleh Allah SWT. Dan kalau Allah SWT menyukai kita, akan diberi-Nya rahmat dan nikmat seluas-luasnya, di beri-Nya pengampunan dan akan dibebaskan kita daripada siksaan api neraka.
Ramadan di fasa Maghfirah atau pengampunan yang harus kita lakukan adalah memperbanyak memohon ampun kepada Allah SWT. Apalagi kerana sebagai manusia yang selalu melakukan dosa, baik dosa kecil maupun besar. Momentum Ramadan inilah sebagai peleburnya.
Ampunan itu sendiri disediakan dan terbuka lebar kepada seluruh umat Islam kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Maka, banyakkanlah menadah tangan meminta ampun segala dosa yang kita lakukan kepada Allah. Moga dengan keberkatan bulan Ramadan ini, Allah ampunkan segala dosa kita
Semoga kita semua dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT dapat bertemu di Syurga nanti seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertakwa.
Dengan izin Allah. Aminn.
Dah baca ? Jangan lupa klik share 🙂
One Comment
Selawat dan beristighfar banyak-banyak pada siang hari. Ia boleh diamalkan sepanjang masa, setiap ketika.
Mereka yang tidak hafal alQuran sukar membacanya ketika bekerja kecuali kena cari masa dan membuka kitab. Tetapi selawat dan istighfar boleh diamalkan ketika sedang bekerja.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Panduan Memborong Barang Bundle Gred A Dengan Harga Murah Di Thailand
Comments are closed.