Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Amy Search membuat kejutan buat peminatnya di Indonesia apabila muncul membuat persembahan secara busking di stesen MRT Hotel Indonesia (HI), Jakarta pada Jumaat.
Menerusi video yang dimuat naik Bernama di Youtube, Amy, 61, pada awalnya menyamar sebagai salah seorang penonton dengan memakai jambang dan misai palsu.
Amy membuat kejutan kepada peminatnya dengan menyanyikan lagu Isabella ketika pemain gitar Indonesia, Andre Dinuth bersama kumpulan busking memanggilnya ke hadapan.
Suasana di MRT itu meriah dipenuhi dengan penonton yang ingin menyaksikan persembahannya dalam program Busking in MRT with Amy Search.
Aksi penyamaran berkenaan sebenarnya adalah sebahagian daripada rancangan untuk mempromosikan perkhidmatan MRT Jakarta yang dilancarkan minggu lalu kepada masyarakat di sana.
“Jujurnya, saya cukup rasa terharu kerana lagu itu masih diingati hingga kini. Impak Isabella sangat kuat dan begitu bermakna terhadap kerjaya saya dan Search.
“Isabella juga boleh saya katakan menjadi lambang cinta dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia, yang teguh hingga kini. Apatah lagi, negara kita dan Indonesia bagaikan bersaudara,” Amy Search
Penyanyi rock terkenal itu merupakan artis pertama yang mengadakan persembahan busker di MRT baharu yang mula beroperasi secara rasmi pada 24 Mac lalu.
Amy Search sememangnya mempunyai nama besar di negara berkenaan berikutan kejayaan lagu Isabella yang mencipta fenomena sekitar akhir 1980-an.
Amy juga berkongsi beberapa video ketika dia menyampaikan lagu popularnya itu dalam gerabak tren di mana kelihatan penumpang turut menyanyi bersama.
12 Comments
Bayangkan jualan album masa lagu Isabella dilancarkan, jualan di Indonesia lagi tinggi dari jualan tempatan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Dropship Shopee Sebulan RM8 Ribu Tanpa Henti
Lagu Isabella ni dah banyak versi bahasa yang telah dialih bahasa menandakan ia sangat diminati ramai bukan hanya rakyat Malaysia. Semoga hubungan antara Malaysia – Indonesia semakin erat dengan cita rasa rakyat yang sama berkongsi keindahan seni.
Curahan rasa Ekin Azhari @ ..Keropok Viral Tok Ma Kekalkan Bahan Segar
Tetap maintain walaupun dah level atok tu. Orang kata Otai masih berbisa!
Curahan rasa Sani @ ..Wanita Ini Hasilkan RM10,929.00 Dengan Kaedah Percuma Di Facebook!
Legend. Dari zaman sekolah rendah, asal cikgu keluar kelas je nyanyi lagu Isabella. Anak-anak zaman sekarang dah tak berapa minat lagu-lagu gini.
Curahan rasa mommyluv @ ..5 Cara Berkesan Elak Anak Ketagihan Gajet
Terubat juga hati orang Jakarta untuk mendegar suara serak Amy yang pernah menjadi pujaan suatu masa dahulu. Siapa yang tak hafal lirik lagu Isabella kan?
Curahan rasa Sani @ ..Bagaimana Lelaki Ini Buat Jualan 6 Angka Dengan Produk Affiliate Dalam Masa 2 Bulan!
Wah baru aje layan movie isabella versi indonesia…kelakar babak bapak isabella pun layan amy nyanyi
Legend punya lagu semua orang tahu. Zaman 80-an punya genre lagu punn lain macam. Tak macam sekarang dah yang banyak ke arah jiwang-jiwang.
Curahan rasa RN @ ..Golongan insan yang terpilih, ALLAH cintai mereka yang hidupkan masjid
artis veteran otai yang masih berbisa. aura beliau sampai ke seluruh nusantara
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Live Streaming PEMILU Indonesia 2019
Kehebatan sebenar terletak kepada lirik yang universal dan jelas dilontar penyanyi. Iramanya juga memukau. Penyanyi dan lagu sekarang jauh untuk mencapai tahap ini.
Curahan rasa ahmadyani @ ..9 Panduan Yang Boleh Diikuti Untuk Melariskan Jualan Bisnes Air Balang
Betul.. Lirik lagu zaman 80-an memang lain daripada yang lain. Bila kita nyanyi pun dah tahu yang ada maksud tersirat di sebalik lirik tersebut.
Curahan rasa RN @ ..Golongan insan yang terpilih, ALLAH cintai mereka yang hidupkan masjid
PEEEWIITT.. Biarpun dah level atok..tapi otai masih berbisa… biasa kalau amy search dekat mana2 konsert mesti letak last.. biar orang taknak balik..
Curahan rasa zik @ ..Live streaming kelantan united vs terengganu piala fa 16.4.2019
vokal Amy tetap power macam biasa..wajah mungkin orang ramai tak kenal, tapi suara tetap rock!!
Curahan rasa JMR @ ..Nikmat Dapat Aiskrim Mango Passion Di Fruitmade George Town Waktu Panas!
Comments are closed.