Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang bukan menjadi polisi blog ini menulis kisah peribadi tapi kali ini mungkin boleh menjadi inspirasi kepada rakan pembaca. Tarikh 20 November tetap menjadi tarikh yang penting dalam kehidupan aku dan isteri seperti pernah di catat dalam entri “Suami Isteri bukan untuk dimiliki” dan “20 November yang tak boleh dilupakan“. Setiap tahun akan disambut sederhana tetapi pasti diingati.
Wedding anniversary 2015 memang tidak dirancang tetapi sangat berbeza bermula dengan pemberian sejambak bunga dan potongan kek ketika makan malam bersama rakan bisnis Malaysia dan Indonesia di Restoran Tom Yam Kung, Ayer 8, Putrajaya. Sejambak bunga memang bukan bandingan kepada sebuah pengorbanan isteri menjaga rumahtangga, mendidik anak-anak dan bersabar dengan permulaan ekonomi kehidupan keluarga yang susah tetapi sebagai tanda ingatan yg tulus. Terima kasih kepada blogger Shakiddo yang membantu buat suprise kecil yang menjadi.
Isteri kata nak bermalam di hotel lantas aku terfikir Grand Hyatt Kuala Lumpur kerana restorannya Thirty8 di tingkat 38 sememangnya cantik pemandangan. Mulanya nak booking guna Agoda memang dapat harga istimewa tapi bawa anak takut dapat bilik lantai berbeza. Cuba buat panggilan beberapa kali untuk booking bilik tapi tak berjawab akhirnya aku tinggalkan pesanan di FB Grand Hyatt Kuala Lumpur. Mereka jawab sangat cepat dan aku maklumkan semua detail keperluan termasuk kisah ulang tahun perkahwinan dan entri yang Grand Hyatt yang pernah aku tulis di blog Denai.my. Alhamdulillah hotel belanja kek anniversary dan bilik Grand delux king dengan harga istimewa. Alhamdulillah tidak dirancang awal tetapi dengan izin ALLAH menjadi sangat istimewa.
Mungkin ramai kekawan tidak tahun sejak 2008 mulanya blog ini dilahirkan aku sememangnya buat semua kerja secara online dari rumah. Sesuatu yang sangat mengembirakan kepada seorang isteri apabila melihat suami depan mata setiap hari bertahun-tahun sehingga hari ini tetapi bukan melepak sakan depan TV tapi bekerja online dari rumah. Nikmat bekerja dari rumah dengan kebebasan masa dan kewangan hanya kami nikmati setelah bersusah payah bertahun-tahun sebelum itu. Memang benar kata bijak pandai susah-susah dahulu senang-senang kemudian.
Hari ini aku dijemput ke sana-sini untuk bercerita bagaimana aku boleh bekerja dari rumah sudah bertahun-tahun. Insyaa Allah dalam tempoh dua tiga tahun kehadapan aku akan membantu ramai ayah dan suami menjadi usahawan online sepenuh masa dari rumah dan boleh menyambut ulang tahun di mana sahaja yang kita pilih. Semuga ALLAH permudahkan dan jutaan terima kasih kepada isteri ku yang sentiasa memahami diri ku dan perjuangan ku untuk dunia menuju akhirat.
160 Comments
Benar sekali tu bang ..sejambak bunga itu bukan bandingan …semoga bisa menginspirasi kita semua
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengatasi Hati Yang Galau Secara Islami –
Mmm betul tu saya setuju dengan abang denaihati sejambak bunga bukan bandingan …. http://www.gerobokbuku.com/
Memangnya satu yang di idamkan semua isteri bila suaminya bekerja di kdepan matanya, bukan lah bermaksud isteri tuh queen control, tetapi terasa selamat jerk bila suami sentiasa di depan mata.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Comel dan sweet jerk suri hidup bro DH nih kan, nampak lembut jerk orangnya… sesuai dengan bro DH yang nampak lembut jugak…
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
“Sambutan yang sederhana tetapi pasti” wahh satu ungkapan yang menarik tuh, setiap pasangan perlu ada semangat macam bro DH nih kan.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Benar bagai tajuk nya tuh, sejambak bunga bukan bandingan. keikhlasan,kejujuran dan kerukuna n rumah tangga adalah yang pentingnya.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Setiap perhubungan tuh, pasti takkan terlepas dengan kenangan yang tak berapa nak seronok, jadikan ianya sebagai asam garam dalah rumah tangga.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Comments are closed.