Blogger Dr. Fatin Liyana dah bertunang rupanya
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku sebenar agak pelik sejak sebulan dua ini kemasukan trafik organik ke blog ini dengan keywords “Fatin Liyana” semakin menjadi-jadi. Setiap hari ada saja peminat Dr. Fatin Liyana yang singgah di blog ini mencari informasi terkini mungkin.

Bukanlah perkara yang pelik blog ini menjadi rujukan peminat blogger cantik Fatin Liyana kerana sejak 2012 lagi beliau menjadi top blogger blog Denaihati. Sejak tahun 2012 diikuti tahun 2013 dan 2014 , Fatin Liyana sentiasa mengungguli carta top 10 keywords tahunan blog Denaihati. Cuma kali ini berbeza sedikit jumlah yang mencari terlalu ramai daripada kebiasaan.
Mungkinkah kerana teguran Fatin Liyana kepada aku? Aku tidak ambil hati walaupun pernah ditegur secara peribadi oleh Dr. Fatin Liyana untuk mengeluarkan beberapa gambar remaja di dalam beberapa entri tulisan aku. Hajat Dr. Fatin Liyana telah aku kabuli dengan memadam semua gambar terlajak aksi untuk menyokong perubahan yang sedang beliau usahakan seiring dengan perubahan kerjaya dan usia.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
Akhirnya aku mendapat jawapan sebenar mengapa kemasukan keywords “Fatin Liyana” sangat luar biasa. Rupanya ini jugalah sebab utama mengapa sahabat aku blogger hartanah no 1 Malaysia, Abang Ensem bermuram durja. Malang Abang Ensem berganda apabila gadis pujaan Hanis Zalikha yang pernah aku gossip dalam entri “Bila isteri tidak percaya suami berpoligami” juga telah di lamar oleh Hairul Hazreen di atas pentas Gegar Vaganza.

Rupanya Dr. Fatin Liyana yang baru terpilih mendapat anugerah Tokoh Srikandi Negara telah disunting oleh Dr. Anwar Fazal penulis novel DIAgnosis juga sepupu kepada pengarah filem Syamsul Yusof. Tahniah aku ucapkan kepada Fatin Liyana top blogger Malaysia yang sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Dr Anwar pada 21/12/2014. Kepada semua peminat yang nak melihat gambar majlis pertunangan Dr Fatin Liyana Asri bolehlah terus ke entri bertajuk “Majlis pertunangan Fatin Liyana” atau ke entri blog sahabat seperjuangan aku bertajuk “Fatin Liyana bertunang“.

Semuga entri ini dapat memberi jawapan kepada semua pencari informasi Fatin Liyana yang sentiasa singgah di sini … terima kasih tidak terhingga.

