Emak orang kat Taiping ni beli buku teks
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang terkedu tak terkata sedih sangat bila melihat video remaja perempuan Melayu sedang berbogel dengan selamba menipu emak tanpa ada perasaan bersalah. Dialog “Emak orang kat Taiping ni beli buku teks” menjadi viral dan tontonan di sosial media. Apa agaknya perasaan si ibu kalau dia menonton video penipuan anak dara dia yang sedang berbogel. Maaf tak sanggup aku nak tampal video bogel anak dara Melayu kat blog ini.
Kegagalan ibu bapa mendidik anak
Setiap daripada kita samada sudah mempunyai anak atau bakal mempunyai anak. Apa agaknya perasaan kalau anak kita menipu kia begini? Aku yakin pasti semua akan merasa kecewa tetapi siapa yang harus disalahkan anak atau ibu bapa??
Kehidupan akhir zaman memang sangat mencabar. Fokus ibu bapa kepada mencari rezeki kekadang menyebabkan anak terbiar dan mengundang berbagai gejala negatif kemudian hari. Mengimbau kehidupan silam semasa kecil ibu bapa aku sibuk mencari rezeki untuk memberi sesuap nasi kepada keluarga serta menampung kos pendidikan sehingga pakaian bertahun tidak pernah bertukar. Hari ini ibu bapa sibuk mencari rezeki untuk bertukar fesyen tudung, bertukar model kereta dan gajet terbaru sehingga anak-anak terabai. Banyak kejadian di sekolah anak aku yuran pelajar berbulan tidak berbayar sedangkan ibu bapa memandu kereta boleh tahan mewah.
Video gadis bogel tipu ibu beli buku teks ini hanya sekelumit daripada jutaan masalah anak-anak yang ada di Malaysia. Orang politik akan salah menyalah antara satu sama lain tanpa mereka menyedari bahawa mereka juga ibu bapa yang mempunyai masalah mendidik anak. Pendakwah-pendakwah tidak pernahkah terfikir bahawa sistem pendakwahan yang diamalkan sekarang mungkin kurang tepat sehingga tidak dapat membendung masalah keruntuhan akhlak masyarakat.

Sangat sedih apabila rogol, dera, ketagihan dadah, membunuh, seks bebas, buang bayi dan bunuh diri sudah menjadi budaya orang Melayu. Setiap hari ada sahaja berita sedih yang terpapar di dada media perdana sehingga tak sanggup nak membaca. Lebih malang majoriti kes sedih ini berlaku di kalangan remaja Melayu.
Kegagalan remaja Melayu adalah refleksi kegagalan ibu bapa Melayu mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Aku yang mempunyai anak bujang dan dara memang merasa gentar untuk mendidik mereka dalam dunia teknologi tanpa batas. Sebagai ibu bapa kita mesti berusaha mencari ilmu baru kaedah mendidik anak dengan sentiasa memohon bantuan dari ALLAH.
Cara Rasulullah didik anak
Rasulullah SAW telah mengajar kita bagaimana nak mendidik anak mengikut tahap umur. Cara Rasulullah SAW mendidik adalah cara yang terbaik yang mesti kita ikuti. Orang tua kita juga sudah memberi nasihat kalau sayangkan anak rotan-rotankan. Tahap paling penting  mendidik anak adalah ketika anak-anak masih kecil kerana apabila sudah remaja seperi remaja dalam video tipu ibu beli buku teks memang dah susah. Tak kan kita nak rotan mereka yang sudah remaja, silap-silap kita dirotan semula. Melentur buluh biar dari rebung bukan dah jadi batang buluh baru nak di lentur pasti patah. Asas paling penting untuk anak-anak adalah ilmu mengenal ALLAH dan Rasul. Tapi kalau ibu bapa tak kenal ALLAH dan Rasul macam mana anak nak kenal. Jangan sesekali salahkan anak-anak sebelum kita sempat cemin diri kita sendiri kalau dah ibu bapa kencing berdiri pasti anak kencing berlari.
Kongsikan pandangan rakan-rakan bagaimana cara terbaik mendidik anak-anak sekarang.

