Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013

Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013

ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15
minit sebelum peperiksaan dimulakan.

Calon hendaklah menyemak butiran dan menandatangani Kenyataan
Kemasukan Peperiksaan pada hari pertama peperiksaan.

Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua dan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan di penjuru atas sebelah kanan meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.

Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mestilah mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan. Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan daripada Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas dan nama kertas sebagai bukti pendaftaran atau surat kelulusan Pengarah Peperiksaan. Calon tidak dikenakan bayaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!