Assalamualaikum dan salam 1Dunia, banyak email diterima bertanyakan bagaimana nak menuntut bantuan RM200 untuk penuntut pengajian tinggi seperti yang telah dijanjikan dalam bajet oleh YAB PM DS Najib Razak. Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan cara tuntutan baucar buku RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6.
Cara tuntutan baucer buku pelajar pengajian tinggi
1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Buku Interlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.
6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April.
7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac.
8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
Semuga perincian ini dapat membantu semua pelajar pengajian tinggi yang sedang mencari informasi cara tuntutan baucar buku RM200 budget 2012. Kepada Rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dapatkan maklumat di entri “Cara Tuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia” dan untuk maklumat untuk bantuan pelajar RM100 boleh didapati di entri “Cara Tuntutan Bantuan Pelajar RM100“.
Senarai Kedai Buku Terima Baucer RM200
1. MPH
2. POPULAR
3. ARKED BUKU
4. Kedai Buku Hasani (Perlis)
5. Secara Online di Kedaibuku.com.my @ Cara Belian.
6. Kedai Buku Yang Terpilih Seluruh Malaysia
7. Sila Tinggalkan List Senarai yang terdekat dengan anda di ruangan komen.
128 Comments
seru bila ada bazar buku seperti ini bisa dapat buku bagus dengan cepat
i masih tak dapat buku boucer dari politeknik saya jadi i kena report kat mana?
Alhamdulillah MJ sbg pelajar Part time pun dapat baucer ni..
Terima kasih PM sebab memahami kami pelajar part time 🙂
MJ baru guna RM 50 untuk beli calculator & peralatan menulis, ada balance lagi RM150 😀
Curahan rasa Myra Jay @ ..MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati – Harap Rakan2 sudi membantu
Aritu dh ambil voucher rm200 tu..3 voucher dh guna kat mph..ingtkn balance rm50 tu utk beli stationary kat kdai buku popular bdktn ngn umh kat kmpung..tetapi dia org reject sbb tgk cop universiti kat belakang x terang sgt..dia org suruh dptkn cop yg bru..huhuhuhuhu..utk yg belom tuntut lg voucher tu pastikn betul2 cop uni kat belakang tu terang…:)
Curahan rasa Tata @ ..About me….Tata
mcm ne nk dptkn ???? kt tempt blaje sy xda 🙁
thank’s atas semua poin-poin share nya ! is very useful
tak dapat lagi..
Curahan rasa Oh! budu @ ..Maafkan aku Nuffnang. Selamat datang Adverlets!
Comments are closed.