Saudacare.com (Penawar alternatif H1N1) : Allah swt berfirman yang ertinya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid : 22 )
1. Seorang lagi kanak-kanak, berusia 6 tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu.
2. Dua korban terbaru wabak tersebut yang dilaporkan sebelumnya terjadi di Melaka. Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu – masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang – menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan akibat virus tersebut.
3. Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam di Hospital Melaka.
4. Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.
5. Korban ketujuh, ibu 24 tahun dari Miri, Sarawak yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu meninggal dunia Ahad lepas.
6. Keenam, murid lelaki berusia 11 tahun dari Johor Bahru meninggal akibat komplikasi, 2 Ogos lalu.
7. Kelima, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia Jumaat lalu.
8. Pada 28 Julai lalu, wanita berusia 20 tahun dari Melaka meninggal dunia akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran.
9. Sehari sebelumnya, seorang lelaki berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1). Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.
10. Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 26 Julai. Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat “pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut” selepas tujuh hari di unit rawatan rapi.
11. Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).
Sabda Nabi saw ertinya : Tiada jangkitan, tiada sial dan tiada hammah (satu kepercayaan jahiliyyah iaitu burung yang kononnya tercipta dari tulang mayat dan hidup lalu membawa sial kematian), maka seorang lelaki berkata : Apa pandanganmu jika seekor unta yang mempunyai penyakit lalu terkena unta yang lain?. Nabi menjawab : Itulah taqdir Allah, (cuba fikirkan), dari mana pula yang pertama mendapat penyakitnya? ( Riwayat Ahmad )
Nabi saw juga bersabda ertinya : hebat dan amat mengkagumkan sifat orang beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur, maka ia perolehi kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan baginya kebaikan juga (Riwayat Muslim)
[ad#Mangga 300]
12 Comments
nauzubillah..
sangat menakutkan penyakit yang satu ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Hidup Seorang Blogger
Ini penyakit atau wabak ni Bro Munir? rasanya jangkitan saja ni.
kalau di Indonesia disebut sebagai Flu Babi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ahmad Albar Seorang Gay DLove Movie
Sama juga tu.. dulunya dikenali sebagai Selesema babi tapi ditukar nama
Curahan rasa Steward John @ ..Tag- awards- outbound links and pagerank
virus ini sungguh sangat berbahaya bro..
kita mesti hati2 tehadap penyebarannya…
jangan sampai kita juga jadi korbannya…
Kita tidak mau benda itu terjadi kepada kita dan juga keluarga kita kan.. Kena la elakkan.
Itu sudah pasti tu bro.. kita sudah tahu kesannya, kena cuba elakkan benda tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
Memang la bahaya.. kalau tak mana la kerajaan siap bagitahu rakyatnya/
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
Comments are closed.