Mat Indera kisah sebenar

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang berkongsi pendapatan dalam entri “Mat Indera Pemimpin Komunis yang aku kenal“. Entri ini adalah kisah benar rasa hati orang-orang tua di kampung aku yang melalui kehidupan perit di zaman Bintang Tiga. Kita anak-anak yang dilahirkan selepas Kemerdekaan tidak pernah melalui kesukaran hidup di zaman Komunis jadi tidak adil untuk mengatakan sejarah tidak betul.

Siapa yang berani kata bahawa UMNO yang dahulunya sebuah Pertubuhan Melayu dan Tunku Abdul Rahman BUKAN watak penting dalam usaha menekan British memberi Kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sememangnya UMNO dan Tunku Abdul Rahman bukan pemula kerana sebelum itu sudah ada Pejuangan Kemerdekaan seperti Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Dol Said dan ramai lagi yang tercatat dalam lipatan sejarah Malaysia. Hanya Mat Indera sahaja yang tidak tercatat sebagai Pejuang Kemerdekaan mungkin kerana beliau menggunakan platform yang salah iaitu Komunis berbanding Pejuang Kemerdekaan yang lain yang tidak lansung bekerjasama dengan Komunis.

Ibarat bermain bola sepak yang bermain 11 orang tetapi selalunya menjaring gol seperti Messi, Ronaldo dan Rooney yang diangkat sebagai hero begitu juga kisahnya Tunku Abdul Rahman yang diangkat sebagai Bapa Kemerdekaan di antara semua Pejuang Kemerdekaan kerana Tunku yang berjaya memujuk British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Kita tahu Mat Indera kisah sebenar adalah Pejuang yang menentang Penjajahan British tetapi agak sukar untuk mengiktiraf beliau kerana beliau berjuang bersama Parti Komunis Malaya. Mengiktiraf Mat Indera secara tidak langsung juga bermakna mengiktiraf Parti Komunis Malaya juga secara tak langsung juga mengiktiraf ideologi Komunis dan secara tak lansung mengiktiraf kekejaman yang pernah dilakukan.

Pendapat peribadi aku agak sukar untuk Kerajaan samada di bawah Pimpinan BN atau PAKATAN untuk mengiktiraf Mat Indera sebagai Pejuang Kemerdekaan kerana implikasinya terlalu besar dan boleh mengubah pendirian dan polisi luar Malaysia. Yang terbaik kita semat dalam hati bahawa Mat Indera adalah seorang Pejuang.

Sebaiknya kita guna seluruh tenaga untuk terus berusaha memajukan Malaysia untuk generasi akan datang. Jadikan sejarah sebagai panduan dan pedoman untuk membina Bangsa Malaysia yang lebih berjaya bukan membuang tenaga berbahas sejarah untuk kepentinga politik sahaja.


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.