8 juta pencarum terima kemudahan skim i-Sinar minimum RM10,000

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Kerajaan hari ini bersetuju Program skim i-Sinar diperluaskan jumlah pengeluar kepada 8 juta pencarum daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) yang terjejas.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kadar minimum pengeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion

Cara nak Memohon…

Tambahannya lagi, “Mereka cuma perlu memohon di dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP. Tunjukkan sahaja bukti mengenai kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT mahupun pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.”

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan sewaktu sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat petang ii.

Sementara itu, KWSP akan mengemaskinikan maklumat lanjut di isinar.kwsp.gov.my

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul;

Setelah saya berbincang lanjut dengan pengurusan KWSP pagi tadi, sukacita diumumkan bahawa program i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada SEMUA ahli yang terjejas pendapatan mereka. Tidak kira samada disebabkan hilang pekerjaan, ataupun telah terkurang pendapatan mereka tahun ini — ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.

Tanpa mengira ahli tersebut pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak,— selagi terjejas pendapatan dengan ketara bolehlah mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 sehingga maksimum 10 ribu atau 60 ribu mengikut jadual pembayaran i-Sinar yang ditetapkan KWSP.

Dari 2 juta ahli yang layak sebelum ini, i-Sinar kini kita buka kepada lebih 8 juta ahli. Mereka cuma perlu memohon di dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP. Tunjukkan sahaja bukti mengenai kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT mahupun pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!