7 bahagian tubuh manusia yang disukai jin. Berhati-hatilah semua!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penting untuk kita ketahui, jenis-jenis godaan dan bagaimana cara syaitan atau jin mengoda manusia. Sebab mengenal mereka dan caranya menebar tipu daya, akan memudahkan kita untuk menghindari, atau membentengi diri daripada rapuhnya keimanan, hingga dengan mudah tergoda untuk melakukan kemaksiatan.

Ada beberapa tempat di tubuh kita yang digemari oleh syaitan dan jin. Berhati-hatilah, jangan sampai mereka bersemayam dan berhasil menipu kita dari tempat-tempat yang tidak kita jaga.

Ada 7 bahagian tubuh manusia yang menjadi tempat tinggal kesukaan jin. Oleh itu kita dianjurkan untuk membersihkannya:

1. Jin Berada Pada Tubuh Manusia di Lubang Mulut

Bahagian tubuh pertama yang menjadi tempat kesukaan jin adalah pada lubang mulut manusia. Jin akan berusaha untuk masuk ke dalam lubang mulut manusia ketika sedang menguap. Oleh itu kita dianjurkan untuk menutup mulut semasa menguap. Diriwayatkan dari Abu Said bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang dari kalian menguap, letakkanlah tangannya pada mulutnya (tutuplah), kerana syaitan akan masuk bersama dengan orang yang menguap (yang mulutnya tidak ditutup)” (HR. Muslim)

2. Jin Berada Pada Tubuh Manusia di Lubang Kuku

Kita perlu memastikan kuku kita sentiasa berada dalam keadaan bersih dan pendek dengan memotong kuku kerana jin dan syaitan mengikat manusia melalui kuku-kuku yang panjang. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Wahai Abu Hurairah, potonglah (perpendek) kuku-kukumu. Sesungguhnya syaitan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang.” (HR. Ahmad)

3. Jin Berada Pada Tubuh Manusia di Lubang Hidung

Ketika manusia tidur, jin juga turut sama menyelinap masuk ke dalam hidung manusia. Oleh sebab itulah selepas bangun tidur, kita digalakkan untuk membasuh lubang hidung sebanyak tiga kali. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang di antara engkau bangun tidur, hendaklah mengeluarkan air dari hidungnya (istinsyaq) tiga kali, kerana syaitan itu menyelinap di batang hidungnya.” (H.R. Muslim).

4. Jin Berada Pada Tubuh Manusia di Lubang Telinga

Bukan hanya bersembunyi di dalam telinga manusia, malah ketika seorang manusia tidur sehingga pagi tanpa mengerjakan solat malam maka bererti telinganya itu telah dikencing oleh jin. Diceritakan dari Abdullah, bahawa disebutkan di sisi Nabi ada seorang laki-laki yang selalu tidur sampai pagi tanpa mengerjakan solat (malam). Lalu beliau bersabda, “Syaitan telah kencing di telinganya.” (H.R. Muslim).

5. Jin Berada Pada Lubang Urat Darah

Telah diceritakan di atas bahawa jin atau syaitan menyusup masuk ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah manusia tersebut. Dari aliran darah itulah jin berusaha memperdaya manusia. Hal ini dijelaskan oleh Shafiyyah binti Huyay bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui peredaran darah dalam tubuhnya.” (H.R. Muslim)

6. Jin Berada Pada Lubang Pusat Manusia

Lubang pusat manusia merupakan tempat yang kotor kerana terdapat banyak manusia yang lupa untuk membersihkannya. Jin dan syaitan sangat menyukai tempat-tempat yang kotor termasuklah lubang pusat yang tidak dicuci.

7. Jin Berada Pada Lubang Kemaluan Manusia

Lubang kemaluan manusia menjadi tempat kesukaan jin. Di situlah syaitan dan jin akan menambah rasa nikmat saat seseorang sedang berzina dengan cara merangsang saraf-saraf pada bahagian kemaluan. Oleh sebab itulah kita dianjurkan untuk sentiasa menjaga kebersihan alat sulit tidak kira lelaki mahupun wanita.

Peliharalah lubang-lubang pada tubuh anda agar tidak dijadikan sebagai tempat tinggal jin dengan cara menjaga kebersihannya dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW iaitu dengan cara mencukur bulu kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.

Ia juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan bahaya sihir yang merosakkan hati dan akidah manusia yang sentiasa mencari ruang dan peluang dalam kisah berdendam.

Selain dapat menghalang jin daripada bersembunyi atau tinggal pada bahagian tubuh, ia juga dapat menjadikan tubuh badan kita lebih bersih dan sihat.

3 Comments

  1. pengkongsian yang bagus..pagi td jin telinga saya telah dikencing oleh jin menyebabkan saya solat subuh pkl 7pagi. xpernah2 macam tu..huhu

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!