Angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar jawab soalan bentuk bumi Flat Earth
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Isu bumi itu bulat ataupun mendatar sedang berlegar kembali di media sosial Malaysia. Umum sedia maklum, Dr Syeikh Muszaphar telah membanggakan Malaysia setelah menjadi salah seorang angkasawan dari Malaysia terpilih untuk menjalankan satu misi ke angkasa lepas pada tahun 2007.
Beliau terpanggil untuk menjawab persoalan dan menceritakan fakta sebenar tentang bentuk muka bumi. Baru-baru ini viral lagi kisah persoalan tentang persoalan bumi itu berbentuk bulat atau sfera, atau berbentuk mendatar atau hamparan.
Ini jawapan Dr. Syeikh Muszaphar:

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas …
Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar …
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari
Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri
Degupan jantung berhenti seketika
Meremang Bulu Roma
Mata tidak terkebil
Melihat Kebesaran Maha Pencipta
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas …
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana
MasyaAllah …SubhanAllah …
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator .
Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers
But here I am sharing you my experience of what I have seen .
In the name of Allah it comes from my heart
Salam Jumaat Everyone …
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn …
Love As Always …
PS – Just wanted to straighten the facts !

Sebelum ini Suhaimi Saad secara terbuka mencabar angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah mengatakan bumi itu sfera. Dia juga berjanji untuk menghentikan kajiannya dan menolong untuk berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang percaya bumi ini sebenarnya rata.
Dr Sheikh Muszaphar telah ke angkasa lepas dalam satu misi pada tahun 2007 lalu dalam Program Angkasawan Malaysia.
Wallahu a’lam…
