5 sebab gigi kuning dan cara mencegahnya

Korang kalau tengok cermin, selain daripada tengok wajah korang mesti kadang-kadang nak tengok keadaan gigi macam mana kan? gigi kuning ke tidak, bersih ke tidak, ada karang gigi ke tidak.

Mulalah rasa konfiden tu semakin menurun. Kita pun tertanya-tanya kenapa ya gigi boleh jadi kuning? Ramai antara kita pernah memikirkannya.

Jom baca kat bawah ni perkongsian daripada Dr Wani tentang bagaimana gigi kita boleh jadi kuning.

Pertama sekali kena faham yang warna natural gigi memang agak sedikit kuning sebab lapisan paling luar gigi (enamel) ni nipis dan lut sinar, jadi dia menampakkan lapisan dalam (dentin) yang berwarna kuning.

So, kalau gigi putih macam mentos tu kebiasaannya tak natural ya.

Normalise tak pandang pelik dekat orang yang gigi sedikit kuning, sebab ia memang warna NATURAL gigi.

TAPI, ada 5 perkara ni yang boleh menyebabkan gigi bertambah kuning lagi berbanding kuning asal gigi.

  1. Merokok. Dalam rokok ada “trio” yang menyumbang kepada teeth staining iaitu tar, nicotine dan tobacco. Tar dan nicotine boleh menguningkan gigi manakala tabacco pulak boleh buat gigi jadi coklat/hitam. Power rokok ni sampai ada 3 bahan boleh contribute staining
  2. Minuman dan makanan yang ada tannin, caffeine atau berasid seperti: teh, kopi, red wine, sireh, cuka, air gas (cola), beetroot, jus buah, kari

“Habistu takkan tak boleh minum kopi? Takkan tak boleh makan kari?”

Jangan risau, takde masalah nak minum dan makan semua ni. Tapi korang boleh ikut tips ni tau:

1) Untuk minuman yg berwarna, minum guna STRAW. Jgn minum direct dari gelas untuk elakkan air bertakung lama dalam mulut.

2) Selepas makan/minum amalkan BERKUMUR dengan air. Dengan ini, boleh bilas warna minuman/makanan yg terlekat dekat permukaan gigi tadi.

Selain kumur dengan air, boleh juga amalkan kunyah chewing gum TANPA GULA lepas makan/minum makanan yg berwarna tadi.

Bila kita kunyah chewing gum, mulut kita akan hasilkan lebih banyak air liur dan air liur ni akan bantu bersihkan permukaan gigi.

3) Genetik. Macam warna mata dan rambut, warna shade gigi juga ada pengaruh genetik. Sesetengah orang ada shade gigi yg lebih kuning berbanding orang lain.

Ada juga keadaan genetik yang boleh buat gigi kuning/coklat seperti Amelogenesis Imperfecta dan Dentinogenesis Imperfecta.

4) Faktor umur. Semakin tua, lapisan enamel gigi makin menipis, jadi akan makin nampak ketara lapisan dentin kita yang kuning.

Benda ni NORMAL. Macam kulit kita, makin tua makin kurang collagen dan berkedut kan?

5) Kebersihan gigi. Individu yang tak amalkan kebersihan gigi yang baik lebih cenderung untuk ada gigi kuning. Cuba amalkan,

  • Berus gigi dan lidah 2x sehari
  • Flossing dan kumur lepas makan
  • Scaling 6 bulan sekali

Kalau kita tak amalkan kebersihan gigi yg baik, bukan je gigi mudah stain, kita pun mudah dapat penyakit gigi lain seperti caries, penyakit gusi, karang gigi dan banyak lagi.

Sekarang dah jelaskan apa punca gigi boleh jadi makin kuning? So korang boleh amalkan tips tips kat atas ni untuk elakkan gigi jadi makin kuning ok?

Sumber: Dr Wani

One Comment

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!