Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penulis jemputan kali ni merupakan seorang usahawan internet dan pemilik Studio Aksara iaitu saudara Firdaus Latib. Beliau menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi maklumat tentang tip blogging, Search Engine Optimazition (SEO) dan pemasaran sosial media. Dalam entri ini beliau akan berkongsi dengan pembaca blog Denaihati tentang “5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger“. Joom sama-sama kita baca.
Ada pepatah Melayu menyatakan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Dunia blogging juga tidak ada bezanya. Setiap kejayaan yang dikecapi, pasti bermula dengan keperitan yang perlu dilalui. Hari itu tidak selalu indah. Tetapi dengan kesusahan yang kita alami, keindahan itu dinikmati dengan 1001 erti.
Kisah perit dan pahit seorang pemilik blog, tiada siapa mahu tahu. Kerana kita sudah terbiasa disajikan dengan benda yang baik-baik. Sehingga kita menganggap benda buruk itu sentiasa tidak mempunyai manfaatnya. Kita lupa, kita alpa. Corak kehidupan manusia berbeza-beza. Tuhan itu Maha Adil, hanya Dia yang tahu sumber terbaik untuk hamba-Nya.
Namun apakah hakikat yang sering disembunyikan oleh pemilik blog yang sudah rasa manisnya? Adakah semuanya berlaku tanpa mereka lalui sebarang keperitan?
Jawapannya, tidak.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh antara kamu, dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad,ayat 31).
Setiap Orang yang Merasai Manis, Pastikan Akan Merasai Pahitnya
Sebagai seorang manusia dan hamba-Nya, kita tidak akan terlepas dengan ujian yang diturunkan. Ia adalah medan bagi menguji kekuatan, dan ketaqwaan kita pada yang Maha Esa. Tetapi apakah keperitan dan kepahitan yang dialami oleh pemilik blog? Apakah kepentingannya untuk kita tahu?
Jawapannya satu… Supaya kita bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal menguji mental dan fizikal, cabaran yang akan membuatkan kita mengangkat bendera putih, atau memilih untuk terus berjuang mencapai impian.
5 Hakikat Perit dan Pahit Seorang Blogger
Apabila kita lihat setiap blog yang telah berjaya menaikkan nama mereka di persada tempatan, atau antarabangsa, terdapat 5 jenis hakikat perit dan pahit yang dapat kita peroleh:
#1 – Blog mereka tidak menjana pendapatan seperti yang mereka inginkan
Tidak semua blog bermula dengan baik pada tahap permulaan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi hanya menjana pendapatan sekitar RM100 hingga RM300 sahaja setiap bulan. Sedangkan rakan-rakan blog yang lain sudah menjana pendapatan yang cukup untuk berhenti kerja.
Di mana silapnya? Itu kita sendiri perlu kaji. Adakah ia melibatkan rezeki yang Tuhan ingin berikan? Jawapannya terletak pada sejauh mana kepercayaan kita terhadap janji agama kita.
#2 – Blog mereka tidak mempunyai desain yang cantik pada permulaan
Tidak semua blog dilahirkan terus cantik dan menarik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi desain blog mereka tidak ubah seperti tahun Windows XP diperkenalkan. Struktur laman blog menyukarkan pembacaan, dan warna tema sering bertukar-tukar.
Di mana silapnya? Banyakkan lagi membaca kisah kejayaan blog-blog hebat. Lihat pengstrukturan blog mereka. Sudah tentu ia berbeza dengan blog kita.
#3 – Blog mereka tidak mempunyai pembaca yang konsisten
Tidak semua blog dilahirkan terus mempunyai ribuan pelawat setiap bulan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi pelawat blog hanya 100 hingga 300 orang sahaja setiap bulan. Sudah mencuba pelbagai cara pemasaran, tetapi hasilnya tetap ‘Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu’.
Di mana silapnya? Lihat kembali blog kita. Adakah ia menepati keperluan pembaca?
#4 – Blog mereka tidak memiliki hosting yang baik
Tidak semua blog dilahirkan dapat mengekalkan uptime server dengan baik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi kebanyakan masa operasi itu, blognya kerap mengalami masalah server down. Menyukarkan pembaca untuk menelaah ilmu-ilmu dalam blog kita.
Di mana silapnya? Lihat kembali syarikat hosting kita. Adakah kita bayar setaraf dengan kualiti yang kita mahukan?
#5 – Blog mereka tidak mempunyai domain yang mudah diingati
Tidak semua blog dilahirkan mempunyai nama domain yang mudah diingati, dan melekat dalam hati pembaca. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi jika kita sering terlupa untuk mengeja nama blog mereka.
Di mana silapnya? Lihat kembali nama domain blog. Kemudian tanya pada diri kita. Adakah kita memilih nama atas dasar syok sendiri, atau memilih kerana mahu pembaca mudah mengingati jenama kita?
Para pembaca yang budiman, selain daripada 5 hakikat perit dan pahit di atas, adakah kalian mempunyai kisah sendiri? Mohon kongsikan dalam ruangan komen yang disediakan di bawah. 😉
Kredit gambar: Jorge Quinteros
295 Comments
ada betulnya kata YAS itu…
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Tips Belajar Misi 8A
terima kasih gan artikelnya
Den nk bori pandangan ttg isu no 1 tu jer….yg pertama2 ialah disiplin…kemahuan dan pelajaran….buat blog sama spt belajar bende2 baru….semua bende atau byk mende kene kuasai…klau stakat suka2 tak kisah lah….atau apa alasan sekalipun mmg x akan berubah la prestasi blog tu sendiri….-ckp kt diri sendiri….hehehe
Curahan rasa yas @ ..Kamal Affandi Sakit AVM, Bantuan Rakyat Malaysia Diperlukan
Saya sih lebih senang di bilang kalau ini sbgai tantangan,,,,,bagaimana kita berusahaa membuat supaya blog kita di kenal dan sesuai dengan yg kita inginkan! thanks atas informasi nya sob… 😀
Curahan rasa Blogadexme @ ..PegiPegi.Com : Booking Hotel Murah & Mudah di Indonesia
iyap…stuju sekali membangun sebuah blog harus berbesar hati menerima masukan dan mau memperbaiki kesalahan dan belajar dari kesalahan itu
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Free Download Windows 8 Full Serial Number
terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Gambar Blog Dalam GPS
bukan mudah untuk mengecapi kejayaan, perlu berusaha dengan gigih dan tekun
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 41: Akhirnya keputusan yang dinanti sudah menjelma
betul tu…usaha tangga kejayaan…
Curahan rasa Nana @ ..Kepala Lembu Disangka Mayat Manusia
Plan, Do, Check, Action ( PDCA ) – penyelesaian mudah untuk konsisten berBlog …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..‘Korban’ projek lebuh raya
Define, Measure, Analyse, Improve & Control – gunakan konsep 6 Sigma nih … insyaAllah kita mempunyai kekuatan untuk terus istiqamah berBlog …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..‘Korban’ projek lebuh raya
mmg bukan mudah untuk berjaya..~
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Inilah Wanita Afghanistan Pertama Jadi Penyanyi Rap
Terima kasih kerana berkongsi..
1. Penulisan/Bahan/Idea
2. Networking/Komuniti yang kukuh
3. Kekangan masa untuk berblogging
Curahan rasa nanatron @ ..Pusat Rawatan Islam: Yang Mana Jujur Yang Mana "Jerung"?
saya telah bekali-kali bertanya dalam blog, masalah blog saya bersabit apabila di klik ke blog saya di http://www.walinongsari.blogspot.com ianya akan terus ke konoichi.infor bagaimana hendak mengatasai hal ini. Saya sayang blog saya ini kerana telah lama diuruskan.10 Oktr 2055 pm
Curahan rasa WS @ ..Open Sans, how do we love thee? Let us count the ways.
Boleh lansung berhubung dengan saudara Eizil untuk dapatkan nasihat teknikal bagi selesaikan masalah blog tu.
mmg perit awalnya utk gapai semuanya.. 🙂
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Wordless Wednesday : Efek Tumit Tinggi
Tip ini amat perlu bagi saya yang baru beberapa hari membuat blog baru. Apakah agaknya niche yang sesuai.
Curahan rasa amlanblogger @ ..Jom Join Blogwalking
Niche yg sesuai mesti ikut minat sendiri. Kalau menulis apa yg kita tidak suka pasti sukar untuk bertahan lama.
istiqamah, selalu belajar, ingin selalu memberikan yg terbaik buat pembacanya…mungkin itu dari saya..
Curahan rasa jupiter Z1 @ ..Sepeda Motor Bebek Injeksi Kencang dan Irit Jupiter Z1
betul juga sentias konsisiten berbloger..
Curahan rasa Travel Website™ @ ..Brochures for Travel and Vacation
berbesar hati dan menerima komentar yang datang. sudah hampir setahun membangun blog, banyak komentar yg bersifat kritikan dan ujian, alhamdullilah semua bisa dijawab dengan baik dan memuaskan.
Curahan rasa karakter pendidikan @ ..Lagu Agnes Monica Muda La O Le O Download
Comments are closed.