Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penulis jemputan kali ni merupakan seorang usahawan internet dan pemilik Studio Aksara iaitu saudara Firdaus Latib. Beliau menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi maklumat tentang tip blogging, Search Engine Optimazition (SEO) dan pemasaran sosial media. Dalam entri ini beliau akan berkongsi dengan pembaca blog Denaihati tentang “5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger“. Joom sama-sama kita baca.
Ada pepatah Melayu menyatakan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Dunia blogging juga tidak ada bezanya. Setiap kejayaan yang dikecapi, pasti bermula dengan keperitan yang perlu dilalui. Hari itu tidak selalu indah. Tetapi dengan kesusahan yang kita alami, keindahan itu dinikmati dengan 1001 erti.
Kisah perit dan pahit seorang pemilik blog, tiada siapa mahu tahu. Kerana kita sudah terbiasa disajikan dengan benda yang baik-baik. Sehingga kita menganggap benda buruk itu sentiasa tidak mempunyai manfaatnya. Kita lupa, kita alpa. Corak kehidupan manusia berbeza-beza. Tuhan itu Maha Adil, hanya Dia yang tahu sumber terbaik untuk hamba-Nya.
Namun apakah hakikat yang sering disembunyikan oleh pemilik blog yang sudah rasa manisnya? Adakah semuanya berlaku tanpa mereka lalui sebarang keperitan?
Jawapannya, tidak.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh antara kamu, dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad,ayat 31).
Setiap Orang yang Merasai Manis, Pastikan Akan Merasai Pahitnya
Sebagai seorang manusia dan hamba-Nya, kita tidak akan terlepas dengan ujian yang diturunkan. Ia adalah medan bagi menguji kekuatan, dan ketaqwaan kita pada yang Maha Esa. Tetapi apakah keperitan dan kepahitan yang dialami oleh pemilik blog? Apakah kepentingannya untuk kita tahu?
Jawapannya satu… Supaya kita bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal menguji mental dan fizikal, cabaran yang akan membuatkan kita mengangkat bendera putih, atau memilih untuk terus berjuang mencapai impian.
5 Hakikat Perit dan Pahit Seorang Blogger
Apabila kita lihat setiap blog yang telah berjaya menaikkan nama mereka di persada tempatan, atau antarabangsa, terdapat 5 jenis hakikat perit dan pahit yang dapat kita peroleh:
#1 – Blog mereka tidak menjana pendapatan seperti yang mereka inginkan
Tidak semua blog bermula dengan baik pada tahap permulaan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi hanya menjana pendapatan sekitar RM100 hingga RM300 sahaja setiap bulan. Sedangkan rakan-rakan blog yang lain sudah menjana pendapatan yang cukup untuk berhenti kerja.
Di mana silapnya? Itu kita sendiri perlu kaji. Adakah ia melibatkan rezeki yang Tuhan ingin berikan? Jawapannya terletak pada sejauh mana kepercayaan kita terhadap janji agama kita.
#2 – Blog mereka tidak mempunyai desain yang cantik pada permulaan
Tidak semua blog dilahirkan terus cantik dan menarik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi desain blog mereka tidak ubah seperti tahun Windows XP diperkenalkan. Struktur laman blog menyukarkan pembacaan, dan warna tema sering bertukar-tukar.
Di mana silapnya? Banyakkan lagi membaca kisah kejayaan blog-blog hebat. Lihat pengstrukturan blog mereka. Sudah tentu ia berbeza dengan blog kita.
#3 – Blog mereka tidak mempunyai pembaca yang konsisten
Tidak semua blog dilahirkan terus mempunyai ribuan pelawat setiap bulan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi pelawat blog hanya 100 hingga 300 orang sahaja setiap bulan. Sudah mencuba pelbagai cara pemasaran, tetapi hasilnya tetap ‘Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu’.
Di mana silapnya? Lihat kembali blog kita. Adakah ia menepati keperluan pembaca?
#4 – Blog mereka tidak memiliki hosting yang baik
Tidak semua blog dilahirkan dapat mengekalkan uptime server dengan baik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi kebanyakan masa operasi itu, blognya kerap mengalami masalah server down. Menyukarkan pembaca untuk menelaah ilmu-ilmu dalam blog kita.
Di mana silapnya? Lihat kembali syarikat hosting kita. Adakah kita bayar setaraf dengan kualiti yang kita mahukan?
#5 – Blog mereka tidak mempunyai domain yang mudah diingati
Tidak semua blog dilahirkan mempunyai nama domain yang mudah diingati, dan melekat dalam hati pembaca. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi jika kita sering terlupa untuk mengeja nama blog mereka.
Di mana silapnya? Lihat kembali nama domain blog. Kemudian tanya pada diri kita. Adakah kita memilih nama atas dasar syok sendiri, atau memilih kerana mahu pembaca mudah mengingati jenama kita?
Para pembaca yang budiman, selain daripada 5 hakikat perit dan pahit di atas, adakah kalian mempunyai kisah sendiri? Mohon kongsikan dalam ruangan komen yang disediakan di bawah. 😉
Kredit gambar: Jorge Quinteros
295 Comments
pada akhirnya aku juga yg bloger pemula ingin merasakan manisnya jd seorang bloger..sukses selalu..
Curahan rasa jupiter Z1 @ ..Sepeda Motor Bebek Injeksi Kencang dan Irit Jupiter Z1
memang bloger juga manusia, ada pahit dan getir, manis dan pahit..itu merupakan sunatullah..yg pentingkita tabah menjalaninya..
Curahan rasa jupiter Z1 @ ..Sepeda Motor Bebek Injeksi Kencang dan Irit Jupiter Z1
Saya butuh waktu banyak untuk menjadi seorang blogger yang baik dan mampu memberi manfaat besar bagi pembacanya.
Curahan rasa Abed Saragih @ ..CfosSpeed 8.03 Build 1997 Full
Yah, mau gmana lagi.
Namanya juga berusaha.
Blogger juga manusia ^^
Curahan rasa adi – dunia lelaki @ ..Cara Memikat Wanita Idaman Yang Kamu Suka
saya semua sederhana jer, setakat ini puas hati dengan blog sendiri
Curahan rasa Juan @ ..Check Nuffnang Sudah Sampai
sokongan dan tunjuk ajar dari otai-otai juga penting.. kalau tidak terkontang kanting..
Curahan rasa fandyzblog @ ..Jadual Persekolahan 2013 lebih banyak
cabaran yang paling besar dalam membina blog ialah idea untuk penulisan artikel. Ia memerlukan masa yang sesuai serta pemikiran yang tenang untuk menghasilkan artikel yang berkualiti.
Curahan rasa Syarih @ ..Bermulanya Blogsyarih.com.
saya juga merasakan suka duka menjadi seorang blogger, kadang banyak kritikan dan dari situlah saya belajar,sampai saat ini saya juga masih dalam tahap belajar menjadi blogger xD
Curahan rasa alice YGK @ ..Quotes Motivasi Hidup Dan Cinta
Saya terlibat dengan dunia blogging setahun lalu. Mula-mula tak rasa boleh jadi blogger sebab tak reti mengarang…. tapi lama2 best pulak!!! Banyak benda baru yg saya belajar. Salah satu blog saya dah dapat PR 1… Hi3…. Nak dapat PR10 pas nih… apatah lagi, nak juga masuk Alexa rank mcm denaihati!!! Tapi betul, bukan mudah berblog ni, kecuali, blog saja suka2 untuk peribadi sendiri!!!
Curahan rasa citra @ ..PROMOSI GILA GEMPAK OKTOBER 2012
blogging kna ada matlamat baru boleh berjaya..tapi aku x jugak berjaya..heheh..blogging sekadar hobi…income belakng kira…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Pelayaran Mewah 4 Hari 3 Malam di Laut Andaman
kena betul gaya untuk mencapai sesuatu matlamat.. blogging dan kehidupan seharian tidak jauh bezanya
Curahan rasa Mus @ ..Northern Inn, Penginapan Stategik Di Simpang Tiga Kota Marudu – Kudat.
malu juga dengan poin yang nomor 5….hehehe
Curahan rasa Dadan @ ..3 Template Minima Blogger
Tidak perlu malu Kang…. Yang penting suatu saat bisa beralih jadi selfhosting
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pilihlah Pemimpin Yang Bisa Menjadi Operator Robot Pendeteksi Kebohongan
iya mas, pasti ada waktu yang pas untuk merubahnya.. ..
Curahan rasa penowo @ ..Wajah Baru Facebook
Moga suatu saat bisa punya domain sendiri
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mengapa Muslimah Berjilbab
dah merasai zaman itu semua…
boleh minta komen jujur DH utk blog hambe? segan ni tp nak juga tahu…
makin cantiklah blog ni! 🙂
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday #55: Ayat Motivasi
komen dari DH je ke yang lain tak mau? 🙂
Curahan rasa fandyzblog @ ..Jadual Persekolahan 2013 lebih banyak
Cantik dan menarik blog ummihanie boleh pergi jauh nie…
Mula2 buat blog dulu memang perit,bila dah lama kita akan berusaha untuk menjadi sama aras dgn blogger lain.
Curahan rasa azman @ ..Pyramid Kecik
Sepakat dengan hal tersebut sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Cara Menyusui Yang Benar
Waktu juga akan menentukan, jika kita terus berusaha…
Curahan rasa Dadan @ ..3 Template Minima Blogger
iskh.,entah dimane silapnye ni..xpla xuntung byak pun..kualiti tu penting dari kuantiti..xde follower ramai xpe, yang penting ade pembace 🙂
Curahan rasa zilla sensei @ ..My Lover’s
betul tu xde follower ramai xpe yang penting ada jer org yg baca..
Comments are closed.