Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penulis jemputan kali ni merupakan seorang usahawan internet dan pemilik Studio Aksara iaitu saudara Firdaus Latib. Beliau menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi maklumat tentang tip blogging, Search Engine Optimazition (SEO) dan pemasaran sosial media. Dalam entri ini beliau akan berkongsi dengan pembaca blog Denaihati tentang “5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger“. Joom sama-sama kita baca.
Ada pepatah Melayu menyatakan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Dunia blogging juga tidak ada bezanya. Setiap kejayaan yang dikecapi, pasti bermula dengan keperitan yang perlu dilalui. Hari itu tidak selalu indah. Tetapi dengan kesusahan yang kita alami, keindahan itu dinikmati dengan 1001 erti.
Kisah perit dan pahit seorang pemilik blog, tiada siapa mahu tahu. Kerana kita sudah terbiasa disajikan dengan benda yang baik-baik. Sehingga kita menganggap benda buruk itu sentiasa tidak mempunyai manfaatnya. Kita lupa, kita alpa. Corak kehidupan manusia berbeza-beza. Tuhan itu Maha Adil, hanya Dia yang tahu sumber terbaik untuk hamba-Nya.
Namun apakah hakikat yang sering disembunyikan oleh pemilik blog yang sudah rasa manisnya? Adakah semuanya berlaku tanpa mereka lalui sebarang keperitan?
Jawapannya, tidak.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh antara kamu, dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad,ayat 31).
Setiap Orang yang Merasai Manis, Pastikan Akan Merasai Pahitnya
Sebagai seorang manusia dan hamba-Nya, kita tidak akan terlepas dengan ujian yang diturunkan. Ia adalah medan bagi menguji kekuatan, dan ketaqwaan kita pada yang Maha Esa. Tetapi apakah keperitan dan kepahitan yang dialami oleh pemilik blog? Apakah kepentingannya untuk kita tahu?
Jawapannya satu… Supaya kita bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal menguji mental dan fizikal, cabaran yang akan membuatkan kita mengangkat bendera putih, atau memilih untuk terus berjuang mencapai impian.
5 Hakikat Perit dan Pahit Seorang Blogger
Apabila kita lihat setiap blog yang telah berjaya menaikkan nama mereka di persada tempatan, atau antarabangsa, terdapat 5 jenis hakikat perit dan pahit yang dapat kita peroleh:
#1 – Blog mereka tidak menjana pendapatan seperti yang mereka inginkan
Tidak semua blog bermula dengan baik pada tahap permulaan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi hanya menjana pendapatan sekitar RM100 hingga RM300 sahaja setiap bulan. Sedangkan rakan-rakan blog yang lain sudah menjana pendapatan yang cukup untuk berhenti kerja.
Di mana silapnya? Itu kita sendiri perlu kaji. Adakah ia melibatkan rezeki yang Tuhan ingin berikan? Jawapannya terletak pada sejauh mana kepercayaan kita terhadap janji agama kita.
#2 – Blog mereka tidak mempunyai desain yang cantik pada permulaan
Tidak semua blog dilahirkan terus cantik dan menarik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi desain blog mereka tidak ubah seperti tahun Windows XP diperkenalkan. Struktur laman blog menyukarkan pembacaan, dan warna tema sering bertukar-tukar.
Di mana silapnya? Banyakkan lagi membaca kisah kejayaan blog-blog hebat. Lihat pengstrukturan blog mereka. Sudah tentu ia berbeza dengan blog kita.
#3 – Blog mereka tidak mempunyai pembaca yang konsisten
Tidak semua blog dilahirkan terus mempunyai ribuan pelawat setiap bulan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi pelawat blog hanya 100 hingga 300 orang sahaja setiap bulan. Sudah mencuba pelbagai cara pemasaran, tetapi hasilnya tetap ‘Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu’.
Di mana silapnya? Lihat kembali blog kita. Adakah ia menepati keperluan pembaca?
#4 – Blog mereka tidak memiliki hosting yang baik
Tidak semua blog dilahirkan dapat mengekalkan uptime server dengan baik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi kebanyakan masa operasi itu, blognya kerap mengalami masalah server down. Menyukarkan pembaca untuk menelaah ilmu-ilmu dalam blog kita.
Di mana silapnya? Lihat kembali syarikat hosting kita. Adakah kita bayar setaraf dengan kualiti yang kita mahukan?
#5 – Blog mereka tidak mempunyai domain yang mudah diingati
Tidak semua blog dilahirkan mempunyai nama domain yang mudah diingati, dan melekat dalam hati pembaca. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi jika kita sering terlupa untuk mengeja nama blog mereka.
Di mana silapnya? Lihat kembali nama domain blog. Kemudian tanya pada diri kita. Adakah kita memilih nama atas dasar syok sendiri, atau memilih kerana mahu pembaca mudah mengingati jenama kita?
Para pembaca yang budiman, selain daripada 5 hakikat perit dan pahit di atas, adakah kalian mempunyai kisah sendiri? Mohon kongsikan dalam ruangan komen yang disediakan di bawah. 😉
Kredit gambar: Jorge Quinteros
295 Comments
Blog saya sbg online diary. Tak begitu 100% mengharapkan pengunjung.
Jika ada, sebagai bonus.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Ujian Pemilihan Ke Darjah Satu | SKSS1
kesusahan adalah ubat kesenangan jadi mesti bersusah dahulu sehingga beroleh kejayaan , blog denaihati ini pun bukan setahun memperoleh reputasi dan branding seperti ini suksesnya
Curahan rasa Metrolisa @ ..Tips mengelola Blog dengan baik untuk membangun Komunitas Online
Itulah pembelajaran berharga yang bisa kita petik.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..UrbanQurban : Game Android untuk Ibadah
Karena hanya dengan usaha dan kerja keras yang bisa membuahkan hasil yang memuaskan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..UrbanQurban : Game Android untuk Ibadah
Ya, kerja keras pasti dpt hasilnya yg memuaskan. Ikut tip di atas pasti sedikit sebanyak dpt menaikan PR kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Jangan takut untuk pembelajaran,
Kerana ilmu itu ibarat air di lautan,
Tidak bisa kekeringan walaupun ditimbakan,
Oleh itu gunakan kelebihan yang disediakan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
tepat sekali, mandapatkan hasil harus dimulai dengan kerja keras
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
seperti yg dirasakan oleh blog saya nih, domain udah milik sendiri tapi hosting masih menggunakan blogger. ya……masi berjuang.
Curahan rasa karakter pendidikan @ ..Download KKM Prota dan Promes Pendidikan Agama Islam Untuk SD
memang banyak cabaran pahit manis dalam dunia blogging ni kan.hmmm
Curahan rasa arelan @ ..WeDDiNg oF tHe YeaR
desain yang tak cantik tak apa..Yang paling penting buat post yang ada quality. & jangan segan buat promosi i.e Facebook, forum, Twitter etc
Curahan rasa alantanblog @ ..Rich Dad Poor Dad Now A Bankrupt Dad| Robert Kiyosaki Files for a Corporate Bankruptcy
blog org lain dah menjana ratus2 atau ribu2 setiap bulan.. bagaimana dorg buat erk’
Curahan rasa Travel Website™ @ ..Brochures for Travel and Vacation
saya juga mau blajar bagaimana caranya mjana pdapatan blog sehingga ribu2 setiap bulan….ada sapa yg mau tolong ajar ker? hehehehe…
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Rentung Dijilat Api
semua itu perlu keterampilan dan ketekunan dan banyak mempelajari
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
bener banget tuhh gan 🙂
Curahan rasa choky @ ..Cara Terbaik Mengobati Kolesterol Tinggi
apa kata agan bener tuh
emm perkara nombor tiga tu yang merunsingkan sy sekarang..pelawat bwh 100..kadang2 jer smp 3oo…pening2…
Curahan rasa Hafizul @ ..Sambungan Review Buku ‘ Blog + Google Adsense = Duit ‘
aura bro belum keluar lagi kot hehe
kalau aura Hafizul keluar boleh jadi 1000 visit sehari..
Curahan rasa Travel Website™ @ ..Brochures for Travel and Vacation
begitulah suka duka seorang blogger, yg bersungguh-sungguh akan selalu menempati posisi di SE
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Persyaratan Sertifikasi Guru Tahun 2013
susuh juga nak ramaikan visitor, nak dpt 100 pon susah..
Curahan rasa Travel Website™ @ ..Brochures for Travel and Vacation
Saya juga awalnya seperti itu,… tapi setelah perbanyak blogwalking dan entripun bertambah banyak, maka otomatis page dalam search engine juga semakin banyak. Sehingga visitor dari Search engine juga semakin bertambah
Curahan rasa Bang Iwan @ ..UrbanQurban : Game Android untuk Ibadah
betul tu…nak sampai 300 sehari pun susah sekali…
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Rentung Dijilat Api
bloger memang nya pahit tapi bila dah jadi hobi hilang pahit nya..
Pahit itu ubat paling mujarab,
Manis itu racun paling berbahaya,
nak berjaya jangan diadakan sebab,
Kerana penyebablah yang sering gagal diselia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
memang pahit tp kena bayank bersabar dan istiqamah..
Curahan rasa Travel Website™ @ ..Will You Be a Trusted Traveler?
konsistensi dan juga rajin belajar serta mencari niche yang sesuai dengan kemampuan kita memang perlu
Curahan rasa Metrolisa @ ..Menarik Trafik blog dengan Pinterest
Segala pekerjaan perlu ada keusahawan,
Supaya perlaksanaan tak boleh dipertikai,
Kerana yang popular lebih diperhatikan,
Sementara yang sederhana boleh dinilai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Memang betul apa yg ditulis… memang pahit namun kalau tak berubah kita masih ditahap yg sama
Curahan rasa Kodet @ ..Cara Untuk Berdebat Dengan Golongan Yang Tidak Menutup Aurat
betul tu..tak semua bermula dengan baik..pelan2 kayuh cuba kenalpasti dulu mana yang tak kena..thanks sifu 🙂
Curahan rasa MK Syahir @ ..Perghh..Gua Menang Giveaway Retis Famous?!!
Nak lakukan sesuatu melalui pembelajaran,
Membuat kesilapan adalah lebih baik lagi,
Kerana bila melakukan kesalahan,
Kita tahu di mana harus perbaiki.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
entahla..saya budak baru belajar…
Curahan rasa Weschairs @ ..Lelaki dalam biji kopi
samalah saya juga baru belajar jadi harus sering mangkal dan membaca tips di blog ini
Curahan rasa Metrolisa @ ..Menarik Trafik blog dengan Pinterest
Belajarlah selagi masih muda,
Kerana ilmu itu amat berguna,
Belajar adalah asas kehidupan kita,
Tanpa asas yg jitu boleh membuat kita
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
ya senangnya banyak yang bersedia kongsi ilmu berharga
Curahan rasa Metrolisa @ ..Tips mengelola Blog dengan baik untuk membangun Komunitas Online
nama domain tu penting untuk tujuan penjenamaan. bila dah ada domain sendiri, boleh slow2 belajar cara untuk tambah pendapatan guna blog.
Curahan rasa Lizz @ ..Rahsia Untuk Tersenarai Sebagai Blog Wanita Cantik
Nama menjadi sanjungan ramai,
Ibarat manusia yg mati meninggalkan nama,
Oleh itu sementara kita hidup ni,
Sama-sama lakukan perkara yang boleh ditinta kejayaannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Comments are closed.