4 wilayah di Selangor mengalami gangguan bekalan air

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

KUALA LUMPUR: Sebanyak 274 kawasan dari empat wilayah akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya.

Wilayah yang terjejas adalah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang bakal menjejaskan 309,687 akaun pengguna.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, penutupan loji tersebut terpaksa dibuat ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji itu.

“Air Selangor telah melaporkan insiden ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan untuk mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak anak sungai di sekitar Sungai Semenyih sedang giat dijalankan.

“Pihak Air Selangor telahpun mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna-pengguna yang terjejas ekoran insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, pihaknya masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

“Sila rujuk aplikasi Air Selangor, semua saluran rasmi sosial media dan laman sesawang kami untuk maklumat bekalan air yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” ujarnya lagi.

Sumber: Awani

One Comment

  1. Bekalan air masih ada di rumah, cuma tekanan agak rendah, air keluar tak laju tapi alhamdulillah, masih ada air untuk diteguk.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!