4 Jenis Introvert yang perlu tahu

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).

Surah al Hujurat, ayat 13.

Kita berada di dunia yang penuh dengan kepelbagaian, bukan setakat warna kulit, bangsa, jenis fizikal malah personaliti juga.

Ramai orang tersalah anggap dengan personaliti yang banyak bercakap adalah orang yang berjaya dan yang banyak berdiam ni, sering dirisaukan. Takut-takut tak pandai bergaul atau mundur dan tidak berjaya

Kenali dua jenis personaliti yang mempunyai takung sosial yang berbeza.

Ekstrovert : takung sosial yang banyak
Introvert : takut sosial yang sedikit

Bagi golongan introvert, ibu bapa yang paling memainkan peranan untuk kenalpasti jenis introvert anak sejak kecil dan cuba untuk bentuk mereka tanpa menganggu kantung sosial mereka yang sedikit itu.

Ini 4 jenis introvert

  1. Introvert Sosial (Social Introvert)

Stereotaip mengenai kaum introvert, iaitu tak suka bergaul dengan orang ramai (maksimum 3-4 orang sahaja) dan lebih gemar bersendirian. Mereka juga sering & disalahfaham sebagai seseorang yang pemalu dan janggal dalam suasana interaksi sosial, walaupun sebenarnya tidak.

Golongan in bukan pemalu atau pendiam, tetapi memang gemar bersendirian dan mereka tak ada masalah untuk keluar berjalan berseorangan, pergi tengok wayang seorang diri atau keluar makan tanpa kawan. Mereka memilih untuk menyendiri, dan boleh saja bersosial
tetapi hanya jika perlu.

  1. Introvert Berfikir (Thinking Introvert)

Mereka in biasanya banyak berfikir, berimaginasi dan menganalisis. Mereka lebih seronok menggerakkan idea dan pemikiran (thought), berbanding bersuara (voice). Mereka tiada masalah untuk kekal bertenaga dalam persekitaran sosial orang ramai, tetapi akhirnya mereka tidak banyak bercakap dan lebih banyak berfikir atau menganalisis.

Kekuatan mereka pada idea, penulisan, data dan pemikiran Idea yang dicerna oleh mereka berlainan daripada kebiasaan dan seringkali mampu membuat orang lain terpaku, terkelu dan tersentap. Mereka melihat dunia ini dengan perspektif yang unik dan kaya dengan imaginasi sendiri berdasarkan informasi yang pernah dihadam melalui tontonan filem, bacaan buku, mendengar podcast dan sebagainya.


Dengan menjadi ubi yang diam-diam berisi, mereka melahirkan semula idea tersebut dalam bentuk yang unik dan berkuasa, kerana ia hasil daripada gabungan sisi yang baik-baik oleh pelbagai jenis ilmu.

  1. Introvert Gementar (Anxious Introvert)

Berbeza dengan introvert sosial, introvert gementar ini sengaja mengasingkan diri daripada apa-apa suasana sosial kerana ketakutan dan kejanggalan, terutama apabila berhadapan dengan individu yang langsung tak dikenali. Tahap keresahan mereka juga amat tinggi apabila berada dalam khalayak ramai, dan tidak berkurangan juga walaupun sudah berseorangan kerana risaunya dengan apa-apa kemungkinan yang boleh berlaku, atau berfikir-fikir andai dapat diputar kembali masa ke pertemuan tadi dan ubah apa-apa yang patut.


Mereka inilah golongan introvert yang kita selalu sebut sebagai pemalu, tak pandai bersosial, pendiam dan sebagainya. sebab itu buku, filem, rancangan televisyen dan sebagainya ialah kawan baik mereka.


Golongan ini perlu belajar lebih banyak mengenai konsep mengendali keresahan dir dan menenangkan fikiran yang terlalu banyak berfikir, agar tidak terjatuh ke fasa keresahan melampau. Namun kehebatan mereka ini, apabila sudah ada kawan yang rapat, mereka akan sangat menjaga hubungan tersebut dan menghargai persahabatan yang dibina. Malah, mereka ialah kawan yang sangat baik dan perlu dihargai kerana sangat susah dijumpai.

  1. Introvert Tenang (Restrained Introvert)

Golongan introvert yang lain daripada tiga di atas, mereka kelihatan bersifat ‘pasif’ dan ‘tenang’. Kesabaran dan ketenangan yang tinggi membuatkan mereka menjadi seseorang yang berfikir dahulu sebelum bertindak apa-apa.

Setiap tindakan mereka, pasti dimulai dengan berfikir dahulu. Mereka mampu untuk tekan butang pause sebelum membuat sesuatu dan mencari cara terbaik untuk bersuara dan bertindak. Mereka ini bukan jenis spontan, kelam-kabut atau exploding seperti sesetengah orang ekstrovert.

Golongan keempat ini sangat sesuai menjadi ketua, kerana kematangan mereka dalam setiap tindakan (yang datang dengan berfikir dahulu). Biasanya untuk mengenal mereka ini, jenis yang diam dan banyak mendengar pandangan orang dalam kumpulan dahulu, kemudian apabila mereka bersuara, akan tinggi peratusan untuk dipersetujui dan dikagumi dengan karisma mereka.


Namun, akhirnya mereka ini tetap sejenis introvert, bermaksud mereka mempunyai limitasi yang lebih rendah berbanding ekstrovert apabila melibatkan diri dalam suasana sosial. Mereka tetap memerlukan masa berseorangan untuk mengecas semula tenaga dalaman, selepas selesai keperluan mereka untuk berinteraksi dengan orang sekeliling.

Anda introvert yang bagaimana?

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!