Hebat! Ada 20 kelebihan daun bidara

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Ada 20 kelebihan yang ada pada daun bidara:-

  1. Memandikan jenazah

Sebagai umat islam, semua kegiatan dan gerak-gerik kita sehari-hari sudah diatur secara lengkap oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Mulai dari bangun tidur sampai tidur lagi. Bahkan untuk urusan jenazah pun sudah dijelaskan tata caranya.

Ketika kalian memandikan jenazah dianjurkan untuk menggunakan air yang dicampur dengan daun bidara. Di dalam daun bidara ada semacam kandungan alami untuk membersihkan kotoran.

  1. Mengubati gangguan jin dan sihir

Mungkin manfaat daun bidara untuk ruqyah adalah salah satu yang paling popular. Pada praktiknya, daun bidara digunakan dalam menangani masalah-masalah yang ditimbulkan oleh jin dan sihir-sihir yang dikirimkan oleh para ahli sihir dan dukun.

BACA: Pohon Bidara sebagai penawar gangguan sihir

Salah satu tabi’in yang ahli di dalam ilmu kedoktoran iaitu Wahab bin Munabih menyarankan untuk menggunakan tujuh lembar daun bidara yang ditumbuk hingga halus. Kemudian daun bidara yang sudah halus tadi dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, Al-Kafirun dan Tiga Qul iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas. (Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13)

Setelah dibacakan ayat-ayat tadi, air daun bidara tadi di minum dan air sisanya digunakan untuk mandi. In shaa allah penyakit-penyakit yang berasal dari gangguan jin dan sihir akan hilang.

  1. Gangguan teruk

Apabila ada orang yang terkena ujian gangguan jin dan sihir yang sudah teruk atau parah, hendaklah ia mengharap pahala atas musibah yang dialami seraya tetap terus berikhtiar dalam pengubatan.

Berikut ini adalah kaedah yang dijelaskan oleh salah seorang ulama Arab Saudi yang bernama Dr. Said bin Ali bin Wahf Al-Qahtani Rahimahullah dalam buku beliau yang berjudul Ad-Du’a wa Yalihi Al-Ilaj bi Ar-Ruqo Hal. 35.

Haluskan daun bidara dan campurkan ke dalam air. Bacakan ayat-ayat berikut kepada air (di luar bilik mandi)

Membaca Ta’awuz, Ayat Kursi, Al-A’raf ayat (117-122), surah Yunus ayat (79-82), surah Toha ayat (65-70) surah Al-Kafirun, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq, surah An-Nas.

Minum air tersebut sebanyak 3 kali. Gunakan sisa air untuk mandi. Lakukan cara ini yang beberapa kali sampai kesan dan pengaruh jin atau sihir hilang.

  1. Penyingkiran cas negatif dari tubuh badan

Selain daripada membantu menyingkirkan cas negatif seperti gangguan jin, sihir, ilmu hitam dan saka; mandian daun bidara juga dapat membantu menyingkirkan sifat-sifat negatif pada seseorang itu.

Sifat-sifat negatif yang dimaksudkan adalah seperti panas baran, malas melampau, darah gemuruh, hilang semangat, stress, kemurungan dan sebagainya.

BACA: Pohon Bidara sebagai penawar gangguan sihir

  1. Membersihkan rumah dari gangguan jin

Masalah yang banyak terjadi di dalam masyarakat adalah rumah yang di dalamnya banyak kejadian-kejadian aneh hasil dari perbuatan atau gangguan jin. Cara yang paling efektif adalah membacakan surah Al-Baqarah seluruhnya.

Hal ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, dari Abu Hurairah RA: “Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqoroh di dalamnya.” (HR Muslim 780, At-Tirmizi 2877)

Selain dibacakan surah Al-Baqarah, anda boleh menggabungkan dengan campuran air dengan bidara yang telah dibacakan ayat-ayat ruqyah, ataupun dengan bacaan surah Al-Baqarah tadi.

Air bidara tadi kemudian direnjiskan atau disemburkan ke sudut-sudut rumah dan di tempat-tempat yang di rasa banyak terjadi gangguan.

  1. Mandi setelah haid

Haid adalah proses keluarnya darah kotor melalui vagina sebagai pusingan bulanan wanita remaja hingga sebelum masa menopause. Biasanya yang membuat orang terganggu adalah bau darah haid yang tidak enak. Anda boleh menggunakan campuran air daun bidara untuk mengatasinya.

Sebagaimana telah disebutkan dalam salah satu hadis, dijelaskan bahawasanya Rasulullah SAW memerintahkan untuk membersihkan kemaluan wanita setelah masa haid dengan daun tersebut.

  1. Mengatasi haid tidak lancar

Dalam hal haid, tidak semua wanita mempunyai pusingan yang normal. Ada sebahagian para wanita yang memiliki pusingan haid yang tidak teratur. Jika anda mengalami hal tersebut, anda bolehlah menggunakan daun bidara sebagai ubat herba yang diminum secara rutin. InshaAllah dengan rutin yang disertai dengan kesabaran, masalah haid anda akan dapat diselesaikan.

  1. Kecantikan

Memiliki wajah cantik, mulus dan bersih adalah dambaan setiap wanita. Memiliki wajah cantik tidaklah cukup kalau tidak sihat. Anda bolehlah menggunakan masker dari daun bidara untuk mendapatkan semua hal tersebut.

Kecantikan memang hasil pemberian Allah. Namun ketika kecantikan yang diberikan tidak dirawat dengan baik, sama halnya dengan kita kurang bersyukur atas apa yang telah diberikan.

  1. Mengatasi jerawat

Siapa yang tidak runsing ketika di wajah kita banyak muncul jerawat? Perlu diketahui, selain untuk kecantikan, daun bidara juga boleh digunakan untuk mengatasi jerawat.

Dengan daun bidara yang digunakan sebagai masker yang digunakan secara rutin, akan sangat efektif dan bermanfaat untuk mengatasi masalah jerawat.

  1. Menyembuhkan luka

Manfaat selanjutnya adalah daun ini boleh digunakan dalam penyembuhan luka. Mulai dari luka bakar, luka gores maupun luka-luka yang lainnya boleh kering dan sembuh dengan cepat kerana didalamnya terdapat suatu zat yang boleh membantu menghentikan pendarahan sehingga luka cepat sembuh.

  1. Mencegah diabetes

Penyakit diabetes saat ini bagaikan berita yang menakutkan, kerana tidak hanya menyerang golongan tua namun juga boleh menyerang golongan muda juga tidak mengenal jantina. Bagi anda, keluarga anda, ataupun tetangga anda yang menderita diabetes, boleh mencuba ramuan daun bidara untuk membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

Untuk hasil maksima, minumlah secara rutin dan tidak lupa berdoa kerana yang Maha Menyembuhkan adalah Allah.

  1. Mengatasi demam

Jika anak-anak anda atau bahkan anda mengalami demam, daun bidara juga boleh digunakan sebagai ubatnya, dengan kaedah mandian.

  1. Mencegah kanser dan tumor

Penyakit tumor dan kanser adalah penyakit yang saling berhubungan. Ketika Tumor jinak yang tidak dirawat akan menjadi tumor ganas yang disebut sebagai kanser. Kedua penyakit ini juga menjadi salah satu penyebab banyaknya kematian manusia. Dengan mengkonsumsi daun bidara secara rutin dapat mencegah bahkan mengatasi tumbuhnya tumor dan sel-sel kanser dalam tubuh anda.

  1. Menyihatkan perut

Perut merupakan salah satu bahagian penting dalam tubuh kita kerana berfungsi sebagai tempat penampungan dan pengolahan makanan sebelum dihantar ke usus. Ketika perut kita bermasalah, akan menimbulkan banyak penyakit yang membuat kerja pengolahan makanan terganggu. Seperti penyakit maag, pedih perut, bahkan kanser.

Dengan mengkonsumsi ramuan daun bidara secara rutin akan meminima penyakit yang mengganggu kerja perut.

  1. Mengatasi ejakulasi cepat

Ejakulasi cepat merupakan penyakit yang paling menakutkan bagi para lelaki. Penyakit tersebut boleh menjadikan anda kemurungan kerana merasa hidup anda tidak berguna. Di luar sana, banyak ditawarkan ubat-ubatan untuk mengatasi ejakulasi cepat.

Jika anda tidak mahu mengkonsumsi ubat-ubatan kimia, tidak ada salahnya jika anda mencuba menggunakan ramuan herba daun bidara. Selain menggunakan daun bidara, anda juga dapat menggunakan daun kelor kerana salah satu manfaat daun kelor juga dapat mengatasi penyakit disfungsi ereksi.

  1. Menghilangkan kemurungan

Di era moden seperti sekarang ini, kemurungan menjadi hal yang sering dialami oleh seseorang kerana banyaknya tuntutan dalam kehidupan. Gejala kemurungan harus segera ditangani agar tidak menjadi penyebab penyakit lainnya, baik berupa psikologi maupun fizikal.

Anda boleh mencuba ramuan daun bidara sebagai mandian juga sebagai minuman, untuk mengatasi kemurungan. Di dalam daun tersebut mengandungi zat yang mampu membuat saraf anda berehat dan juga melancarkan aliran darah. Sehingga tubuh dan fikiran anda menjadi kembali tenang dan kemurungan anda akan beransur hilang.

  1. Memperkuatkan rambut

Masalah rambut gugur adalah salah satu hal yang membuat rasa tidak senang dan juga akan mengurangkan rasa keyakinan diri. Masalah rambut gugur harus segera diatasi. Anda boleh menggunakan daun bidara untuk mengatasinya. Di salah satu hadis yang telah disebutkan di atas, disarankan oleh Rasulullah SAW untuk membasuh rambut sampai keakar-akarnya dengan campuran air dan daun bidara. In shaa Allah.

  1. Menghilangkan dahaga

Selain digunakan untuk pengubatan, daun bidara juga dapat dijadikan sirap untuk minuman penyegar dan penghilang dahaga kerana sirap ini berasal dari tanaman herba, in sha allah baik diminum oleh semua orang.

  1. Meningkatkan selera makan

Menurunnya selera makan akan menjadi masalah serius kerana boleh mendatangkan berbagai penyakit yang akan mengganggu kesihatan anda. Tidak hanya anak kecil, menurunnya nafsu makan juga boleh dialami oleh orang dewasa.

Anda boleh menggunakan daun bidara sebagai peningkat nafsu makan. Ketika ini banyak dijual kapsul dan pil yang berasal dari ekstrak daun bidara. Anda boleh menggunakannya sebagai pengganti daun bidara segar.

  1. Makanan tambahan haiwan ternak

Manfaat yang terakhir adalah boleh digunakan sebagai makanan tambahan haiwan ternak seperti kambing, lembu dan kerbau, kerana di dalam daun tersebut banyak kandungan vitamin dan mineral yang baik, yang sangat bagus dan bermanfaat untuk kesihatan ternakan anda.

Sumber: Pusat Rawatan Al-Qayyum


Spread the love

2 Comments

  1. Buahnya sedap dimakan. Tapi sayang orang Melayu jarang menanam pokok ini. Bangsa lain tahu kebaikan pokok ini, mereka tanam. Mereka jual dan kita yang banyak beli untuk makan dan dijadikan produk.

    Patut kita ada ladang sendiri.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!