Petikan kata-kata DS Najib di blog berwajah baharu 1Malaysia : Kini saya lebih yakin bahawa internet merupakan bidang penting dalam merapatkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat. Blog seperti ini mengalu-alukan input dan memastikan pegawai yang dilantik lebih bertanggungjawab. Kementerian, agensi kerajaan dan juga pemimpin masyarakat mesti memanfaat internet dengan sepenuhnya untuk berinteraksi dengan serta merta dan berkesan dengan rakyat yang mereka berkhidmat. Oleh itu, minggu-minggu yang akan menjelang ini menjadikan saya begitu seronok sekali. Kepada anda semua yang telah menunjukkan minat kepada laman web saya hingga kini, terima kasih dan saya berharap anda amat menyenangi pengubahsuaian yang akan dilakukan ini.
Teringat zaman pertengahan 1990 an ketika aku mula mempromosi Internet ni ramai yang pandang sebelah mata. Ketika itu sebut email pun terdengar terlalu asing. Ada akaun email sendiri rasa sungguh bangga.sekali. Dalam suatu seminar motivasi ketika itu aku ada katakan lihatlah apa yang berlaku pada transformasi komunikasi daripada telefon besar sehinggalah tercipta HP. HP yang pertama dicipta pun punyalah besar dan hanya orang kaya je boleh beli tapi kini HP boleh dimiliki semua termasuk anak-anak sekolah rendah.
Kini Internet dah jadi macam transformasi HP sudah tidak asing lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan, perniagaan, buat duit, berasmara, berdakwah sehinggalah perang politik. Semuga ada sedikit ilmu aku yang dikongsikan dalam banyak seminar yang lepas memberi menafaat kepada rakan-rakan. Aku selalu mendoakan kejayaan rakan-rakan yang pernah berjuang susah senang bersama … sempena 16 Sept tarikh penubuhan Malaysia aku ucapkan selamat maju jaya 1Malaysia. LOVE MALAYSIA.
Sedang fikir-fikir untuk ubahsuai wajah blog Denaihati … ada yang sudi bantu ke???
9 Comments
semoga di Indonesia blogger juga bisa berperan penting
Curahan rasa munir ardi @ ..Hidup Seorang Blogger
kenpa ya di entri lama pengomelnya selalu sedikit…
MARI KITA TAMBAH PENGOMELNYA
Ha.. jom menghangatkan lagi keadaan dekat sini.. ramai2 kita mengomen.
Rasanya ni kena pindah dari Blogger ker WP.. tu la orang tak check lagi.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
bagus DH.. tu org ckp; dulu lain skrg lain.. penerimaan org dulu x sama ngn penerimaan org skrg.. bila dh nmpk dgn kedua2 belah mata, brulah org tahu kebaikan sesuatu perkara itu.. sama juga berkaitan entry saudara Dh ni..
🙂
.-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.
Setuju sangat dengan bro Aduka ni.. Biasa la orang kalau dah terbukti benda tu baru nak ikut.
aku juga setuju dengan bro Aduka ma bro Steward..
Curahan rasa fais @ ..Contest Hidup Seorang Blogger dari sobat Denaihati yang Hidup Untuk Memberi
Terima Kasih bro.. memang benda macam tu dah jadi lumrah atau trend.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Comments are closed.