Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 11 September 2001 dunia digemparkan dengan serangan ke atas bangunan World Trade Center di New York. Kepada yang terlupa sila tonton video serangan di entri “11 September“. Banyak misteri 11 September yang masih belum terjawab.
Selepas peristiwa 11 September hampir semua stok Al Quran di kebanyakan kedai buku di negara barat kehabisan. Ramai yang tidak pernah tahu tentang Islam berminat ingin mengetahui apa sebenarnya Islam. Mereka ingin tahu apakah benar Islam ini ganas seperti disiarkan setiap waktu di CNN dan BBC. Mereka bukan sahaja ingin tahu tetapi berakhir dengan ramai yang mendapat hidayah mengucap dua kalimah syahadah. Ada yang kata 11 September bermula kebangkitan Islam.
11 September adalah strategi musuh Islam untuk menyerang dan memusnahkan Islam tetapi hasilnya berlainan. Sehingga hari ramai yang mengutuh serangan 11 September termasuk yang bukan Islam. Mereka tahu serangan 11 September adalah perancangan lecek kumpulan tertentu untuk menghalalkan serangan ke atas Islam.
Tapi apo nak dikato …
Umat Islam sendiri pun tak dapat nak bersatu. Tengok sahaja apa yang berlaku di OIC gabungan Negara Islam yang tidak pernah bersatu. Negara yang kaya lebih suka membantu Negara Bukan Islam daripada membantu Negara Islam Miskin. Konsep memberi yang disebut dalam Al Quran tidak diamalkan oleh Pemimpin Islam itu sendiri.
Tak payah lah nak pergi jauh-jauh ….
Tengok apa yang sedang berlaku di Malaysia umat Islam dari dulu sehingga kiamat tidak akan dapat bersatu. Kita sentiasa fikir pendapat kitalah yang paling betul, akhlak kitalah yang paling baik, ilmu kitalah yang paling tinggi, alim kita lebih daripada yang lain dan berbagai kesombongan menyelubungi diri Umat Islam termasuk diri aku sendiri.
Kalau dulu rezeki dan politik adalah sebahagian daripada Islam tapi kini Islam menjadi sebahagian daripada punca rezeki dan paling sedih sebahagian daripada politik.
Allah SWT tidak pernah zalim pada manusia melainkan manusia itu sendiri yang menzalimi dirinya sendiri. Allah SWT telah menurunkan Nabi Muhammad S.A.W untuk menunjukkan akhlak baik bukan sahaja sesama Islam juga kepada yang bukan Islam.
Islam tidak bersatu bukan sahaja di Malaysia … di Indonesia pun tak kurang hebatnya walaupun berbagai pertunjuk yang sudah Allah turunkan untuk ingatkan manusia.
Tidak mustahil Allah akan turunkan malapetaka yang lebih hebat daripada 11 September jika umat Islam tidak berubah.
236 Comments
Masalah tentang bersatu tak perlu tengok jauh jauh. Tengok pada diri sendiri dan rakan rakan. Kadang kadang kita sesama sendiri pun gagal bersatu untuk menjayakan apa saja yang kita rancangkan.
Curahan rasa Een @ ..Waffle Sandwich Ayam Goreng
Kalau saja orang islam bersatu dan saling menghargai walaupun terjadi perbedaan pendapat pasti tidak akan terjadi hal-hal yang tidak diinginkan
Curahan rasa nia @ ..HOME
Perpecahan umat Islam memang secara tak langsung memudahkan musuh Islam menyerang umat Islam dan menjadikan umat Islam terpaksa merayu dan ‘mengemis’ walau di mana berada. Ini juga petunjuk dunia yang menuju ke hujung zamannya…
Curahan rasa baguznet @ ..Pokok Kari di Tepi Rumah
hendak seribu daya …tak hendak seribu dalih
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Awas pengguna Apple: 12 juta ID terdedah
yang pastinya Islam akan terus kukuh di persada dunia dengan kebangkitan yang berterusan
Curahan rasa yangbaik @ ..Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik
banyak yang tidak kena dalam kehidupan kita jika kita terlalu mengikut cakap-cakap orang sehingga menyusahkan kita untuk membuat keputusan… nak minta pendapat pun susah sebaliknya lebih suka berdiam diri bila ditanya
Curahan rasa yangbaik @ ..Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik
antaranya adalah tersimpannya rasa tidak percaya dan yakin dengan kebolehan umat Islam serta lebih suka kepada perkara yang lalai dan bersimpang dari ajaran Islam
Curahan rasa yangbaik @ ..Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik
banyak hasad dalam diri menjadikan kesatuan Islam menjadi lemah lalu memberi peluang kepada musuhnya untuk menguatkan jelajahnya
Curahan rasa yangbaik @ ..Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik
apa juga yang dilakukan seharusnya berlandaskan kepada agama dan bukan kerana mengikut nafsu yang tidak sihat
Curahan rasa yangbaik @ ..Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik
kehidupan beragama seharusnya tidak dipandang sepi tetapi perlu dikemaskini dari semasa ke semasa untuk keutuhan ummah
Curahan rasa yangbaik @ ..Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik
kehidupan sekitar kita banyak telah dipengaruhi oleh media bukan sahaja elektronik tetapi media bergerak (tempayan) yang tidak bertutup
Curahan rasa yangbaik @ ..Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik
mungkin juga kerana politik atau sejarah lalu menjadikan dendam kesumat beraja di mata bertakhta di hati…
Curahan rasa yangbaik @ ..Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik
bukan sahaja di peringkat dunia malahan sekitar kejiranan juga tak boleh tengok perubahan pada orang lain… ada saja yang pandang sinis dan mencebik tanpa usul periksa
Curahan rasa yangbaik @ ..Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik
ada sesuatu yang tersembunyi dalam naluri …
Curahan rasa yangbaik @ ..Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik
entah mengapa hari ini walaupun bukan 11 september… rasanya banyak urusan dan kejutan … 😛
Curahan rasa yangbaik @ ..Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik
Comments are closed.