11 September bermula kebangkitan Islam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 11 September 2001 dunia digemparkan dengan serangan ke atas bangunan World Trade Center di New York. Kepada yang terlupa sila tonton video serangan di entri “11 September“. Banyak misteri 11 September yang masih belum terjawab.

Selepas peristiwa 11 September hampir semua stok Al Quran di kebanyakan kedai buku di negara barat kehabisan. Ramai yang tidak pernah tahu tentang Islam berminat ingin mengetahui apa sebenarnya Islam. Mereka ingin tahu apakah benar Islam ini ganas seperti disiarkan setiap waktu di CNN dan BBC. Mereka bukan sahaja ingin tahu tetapi berakhir dengan ramai yang mendapat hidayah mengucap dua kalimah syahadah. Ada yang kata 11 September bermula kebangkitan Islam.

11 September adalah strategi musuh Islam untuk menyerang dan memusnahkan Islam tetapi hasilnya berlainan. Sehingga hari ramai yang mengutuh serangan 11 September termasuk yang bukan Islam. Mereka tahu serangan 11 September adalah perancangan lecek kumpulan tertentu untuk menghalalkan serangan ke atas Islam.

11 September

Tapi apo nak dikato …

Umat Islam sendiri pun tak dapat nak bersatu. Tengok sahaja apa yang berlaku di OIC gabungan Negara Islam yang tidak pernah bersatu. Negara yang kaya lebih suka membantu Negara Bukan Islam daripada membantu Negara Islam Miskin. Konsep memberi yang disebut dalam Al Quran tidak diamalkan oleh Pemimpin Islam itu sendiri.

Tak payah lah nak pergi jauh-jauh ….

Tengok apa yang sedang berlaku di Malaysia umat Islam dari dulu sehingga kiamat tidak akan dapat bersatu. Kita sentiasa fikir pendapat kitalah yang paling betul, akhlak kitalah yang paling baik, ilmu kitalah yang paling tinggi, alim kita lebih daripada yang lain dan berbagai kesombongan menyelubungi diri Umat Islam termasuk diri aku sendiri.

Kalau dulu rezeki dan politik adalah sebahagian daripada Islam tapi kini Islam menjadi sebahagian daripada punca rezeki dan paling sedih sebahagian daripada politik.

Allah SWT tidak pernah zalim pada manusia melainkan manusia itu sendiri yang menzalimi dirinya sendiri. Allah SWT telah menurunkan Nabi Muhammad S.A.W untuk menunjukkan akhlak baik bukan sahaja sesama Islam juga kepada yang bukan Islam.

Islam tidak bersatu bukan sahaja di Malaysia … di Indonesia pun tak kurang hebatnya walaupun berbagai pertunjuk yang sudah Allah turunkan untuk ingatkan manusia.

Tidak mustahil Allah akan turunkan malapetaka yang lebih hebat daripada 11 September jika umat Islam tidak berubah.


Spread the love

236 Comments

  1. Kemusnahan banguan tertinggi boleh dibina kembali, tapi jika kemusnahan ukhwah sesama Islam semakin berat, perpecahan dgn berperang sesama sendiri, yg mendapat keuntungan ada pihak yg membekal dan membuat senjata (Amerika).
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun NasihatMy Profile

  2. Kesemua tragedi berdarah itu meragut 3,000 nyawa hingga menyebabkan Presiden Amereka ketika itu, George W Bush melancarkan perang menentang keganasan di seluruh dunia termasuk di Afganistan dan Iraq pada thn 2003.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun NasihatMy Profile

    1. Seiring perjalanan waktu, dan melihat efek lanjutan paska tragedi yaitu banyaknya tentara Amerika yang dikorbankan pemerintahnya sendiri dalam perang di Irak dan Afghanistan, selimut yang menutupi kejadian sebenarnya keruntuhan WTC mulai diungkap.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat IbuMy Profile

        1. Dalam beberapa episode perilisan video runtuhnya Menara Kembar WTC, dan banyak bukti di lokasi kejadian, pengamat mulai menemukan kejanggalan yang mengarah munculnya penyimpulan adanya rekayasa sistematis yang dikemas dalam kode ilmiah di balik kejadian tersebut.
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat IbuMy Profile

            1. Secara logika, gedung yang dihancurkan bagian atasnya, mustahil bagian bawah gedung ikut runtuh, tanpa ada ledakan pendukung bagian dasar gedung. Tapi ledakan bagian bawah gedung, pasti akan ikut meruntuhkan gedung bagian atasnya.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat IbuMy Profile

  3. Dan juga satu lagi iaitu yg ke 4 terhempas di Shanksville, Pennsylvania akibat krew pesawat serta penumpang berusaha merampas semula pesawat dari di halakan ke arah Washington utk serangan ke Rumah Putih gagal.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun NasihatMy Profile

    1. Betul tu bro…penambahan umat Islam bukannya kita semakin kuat tapi semakin mengelirukan Islam itu yg sebenar, tidak dpt membezakan yang mana benar atau tidak. Lihat saj adi negara Arab, siapa membunuh siapa? Islam sesama Islam bermusuhan. Astarfirullahalazim…….
      Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun NasihatMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!