100000 bermula dari 1

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 3/11/2011 tarikh bermakna untu blog Denaihati apabila jumlah komen terkumpul mencecah angka 100,000. 100,000 bermula dari 1 dan semua sejarah bermula dengan Denaihati.blogspot.com yang sekarang ramai dah tak pernah jejaki lagi. Pada awal dahulu bukan mudah nak dapat komen pada setiap entri yang ditulis kekadang ada satu atau dua komen sahaja. Ada juga entri seperti “Mengapa Israel menyerang Gaza” dan “Kesusahan adalah ubat kesenangan” yang tidak lansung mendapat komen sehingga sekarang.

Antara blogger dahulunya yang setia bersama blog Denaihati adalah Zuls, Azizwan (sekarang silent reader kot), Rizal (sekarang lebih fokus pada dunia nyata) dan Precious (hilang entah kemana). Zuls adalah blogger pertama yang sudi berkongsi idea dalam entri “Sayangkan bini tinggal-tinggalkan” dan masih setia bersama sehingga sekarang walaupun tidak sekerap dahulu. Kami pernah bersua muka sebanyak dua kali. Menarik juga kerana aku berkenalan dengan Blogger Jaws melalui komen pertamanya dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah” pada 17/2/2009 dan siapa sangka hari ini Jaws menjadi sebahagian daripada team Denaihati.

Terima Kasih kerana sudi berkongsi idea di blog Denaihati

Kalau Zuls adalah yang pertama siapa pula yang ke 100,000? Ini komen yang ke 100,000 : “mesti ada je yg best kt DH ni…p tak tahu pulak…ada yg macam ni kat sini…hehehe….adakah sya ketinggalan..??.”. Komen ini terdapat dalam entri “Top 10 Outgoing Links November 2011” dan kalau tak silap Blogger Erah ini adalah pendatang baru dalam blog Denaihati kerana sebelum ini rasanya tak biasa tengok.

Sebagai tanda terima kasih aku memberi peluang kepada Blogger yang pertama dan yang ke 100,000 untuk menulis review blog masing-masing di blog Denaihati. Tuliskan review blog yang paling menarik dan kirimkan ke saya [at] denaihati [dot] com.

Pasti Rakan Blogger masih ingat Rakan Blogger yang menang Notebook Acers Aspire One kerana menjadi pengomen terbanyak 2010. Insyallah 2011 pun akan ada gadget impian untuk Blogger yang jadi juara. Tapi kalau setakat komen “ye ye ye” atau komen “Nice entri” memang tak kira lah. Tunggukan pengumumannya.


Spread the love

231 Comments

  1. sbg tanda kesetiaan pd peminat, apa kata DH tunjukkan wajah sebenar kat ruangan mana2 atau biodata ke?. Itupun jika DH sudi memperkenalkan diri.

    1. Insyallah semua pemenang Gadget Impian akan berpeluang makan bersama team Ddenaihati jadi pasti akan jumpa dgn tuan punya blog Denaihati.

  2. nurmisnan
    Bukan semua pembaca gemar singgah ke rumah kita lama2 untuk
    berkongsi ilmu yang kita ada. Yang meninggalkan jejak kaki adalah
    mereka yang menghargai ilmu2 yang di kongsikan kpd semua… =)
    Tahniah brother.. Peningkatan yang baik..
    Curahan rasa nurmisnan @ ..Kejadian dan fadhilat di hari Asyura 10 Muharam

    SANGAT SETUJU DENGAN KATA2 TU. KADANG2 ORANG SINGGAH NAK TINGGALKAN JEJAK JER..TAK BACA PUN ENTRI KITA TU…TAPI KALO DH PNY ENTRI SURE DIBACA SATU PERSATU
    Curahan rasa lin azlina @ ..Cash out Nuffnang dengan Churp2 akhirnyaMy Profile

    1. Betul..betul…betul…!!!tapi sya dah lupa kat blog siapa dah saya baca, katanya utuk menjadi minat seseorang itu membaca entri kita dengan menulis seringkas yg mungkin, padat dgn isi yg kita mau sampaikan supaya pembaca tidak jemu dan rasa sakit mata dgn panjang berjela entri yg kita tuliskan. Itu sbbnya lah mereka hanya komen di rumah kita dgn ringkasnya spt “eh…best entri awak atau paling ringkas “10 u bro…”.
      Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gadget Impian Saya Adalah….”Samsung Galaxy Tab 10.1″My Profile

  3. ERAH eiey
    pengomen terbanyak 2011…mesti bang iwan yg dapat la…tengok kat sidebar…dapat award lagi…tu dia……hari2 mesti bang iwan kita on9 kan…hehehe
    Curahan rasa ERAH eiey @ ..KONTEST SENYUMAN MENAWAN

    BETUL TU EARH…BANG IWAN RAJIN MENGKOMEN KAN…ADA JER IDEA BERNAS DIA…SAYA NI NAK KOMEN KENA TENGOK CONTENT DULU. KALO BAB BOLA TU SURE SAYA TAK LAYANLA..HANYA SATU KOMEN AJER..
    Curahan rasa lin azlina @ ..Dapat lesen tolong orang bencanaMy Profile

  4. 100k komen? hebatnya…segalanya memnag bermula dengan angka 1… kerna 1 paling bermakna..tahniah untuk DH sbb lama berkecimpung di arena blogging di samping menymbangkan pelbagai maklumat dan hadiah serta reward yang semuanya best2…saya pasti menjadi pembaca setia DH…
    Curahan rasa lin azlina @ ..Dapat lesen tolong orang bencanaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!