Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perang Gaza – Israel sudah memasuki hari ke 26 yang telah menelan korban lebih 1700 orang melampaui perang terdahulu yang mengorbankan 1200 orang dalam tempoh 43 hari. Paling ramai yang jadi mangsa adalah kanak-kanak dan orang awam yang dituduh menjadi perisai kepada Briged Al Qassam. Dalam keadaan terdesak Israel cuma mengheret Malaysia dengan menuduh komando Hamas di latih di Malaysia tetapi telah dinafikan oleh Hamas.
Pihak musuh juga tidak terlepas apabila beratus askar sudah terbunuh sehingga menjadi ketakutan kepada mereka. Pihak Israel meminta perang dihentikan tetapi ditolak oleh Hamas melainkan mereka menerima 10 syarat yang telah diberi. Israel sudah pasti akan menggunakan kuasa PBB apabila Hamas tidak tunduk dengan permintaan genjatan senjata secara paksa apabila mereka sudah berada dalam keadaan terdesak. Itulah yang terjadi pada pepearangan sebelum ini apabila Israel mengentikan serangan secara tiba-tiba apabila banyak kerosakan berlaku di pihak mereka.
Gambar tentera Israel yang telah di tawan oleh Hamas
10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata :
- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.
- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).
- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.
- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.
- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.
- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.
- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.
- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.
- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.
- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.
Sumber : Jabatan Media Hamas (Terjemahan oleh Aman Palestin)
[box]Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) – Al Anfal ayat 45[/box]
Jangan pernah putus asa dengan apa yang berlaku di Gaza teruskan berdoa kerana doa adalah sejata yang paling hebat mengalahkan segala sejata moden Israel. Apabila pertolongan ALLAH turun tiada apa yang dapat menghalang biar pun sekali jet perjuang tercanggih di dunia. Pertolongan ALLAH hanya akan turun apabila kita semua dekat kepada NYA dengan amal berterusan dan yakin bahawa semua kejadian asbab kebaikan yang akan diganti oleh ALLAH kepada yang ikhlas dan redha.
[box]Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu – Surah At Talaq ayat 2 – 3[/box]
404 Comments
Bukan mudah nak buat perjanjian dan menterai gencatan senjata di pihak Israel. Alhamdulillah… berkat doa seluruh umat Islam di seluruh dunia didengari oleh Allah Taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Satu kemenangan buat rakyat Palestin kerana gencatan senjata termenterai. Ini juga satu kemenangan kepada penduduk Gaza.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Tak tahulah apa akan berlaku di kemudian hari. Kita tahu Israel tentu tidak berpuas hati dengan perperangan yang lepas. Pasti mereka akan cuba mencari helah lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Setahu saya bukannya payah nak berdamai. Sama-sama kena bertolak ansur. Baitulmuqadis boleh ditakbir dengan sempurna dan perlu diserahkan sepenuhnya kepada negara Palestin.kalu tidak pun dibuat persempadanan antara kedua-dua negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Titik tolak kepada pendamaian adalah terletak pada negara Amerika. Jika tidak… tidak akan berlaku perperangan yang selama ini terjadi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Bukan sesuatu yang mustahil jika ingin mendapatkan pendamaian. lihat situasi sekarang ini. Tiada lagi serangan daripada kedua-dua negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Kalau bukan kerana Israel yang menyerang negara Palestin, kedua-dua negara boleh hidup senang dan saling memahami tetapi Israel tidak mahu semua ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Sekarang ini segala bentuk perperangan adalah ankara Israel dahulu yang memaulakannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Ramai masyarakat antarabangsa memuji cara Malaysia mengendalikan isu ini. Walaupun negara kita kecil tapi suara rakyat kita amat besar dan dapat didengari oleh orang luar terutama negara Eropah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Saya puji dengan nera Malaysia yang tidak pernah berhenti membantu negara Palestin tidak kira apa sekalipun idealogi politik Inilah yang kita mahukannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Allah Taala hanya ingin melihat bagaimana tahap keimanan penduduk Palestin. Jika ia ia masih utuh dengan ketakwaan, Insya Allah akan menolong orang-orang yang dalam kesusahan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Apakah Israel mahukan sebenarnya. Mereka boleh hidup dengan aman juga jika tidak menyerang negara lain, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Pelik…pelik sungguh dengan bangsa Yahudi ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Semoga gencatan senjata kedua-dua pihak kekal selama mungkin. Jangan ada lagi pertumpahan darah yang mengalir di bumi Gaza.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Semangat yang ada pada penduduk Gaza kita patut sanjung dan hargai. Mereka berani mempertahankan tanahair mereka, malahan mereka lebih kuat dan berani melawan dan mempertahankannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Ketakwaan dan keberanian dan keimanan penduduk Palestin tidak tergugat dengan serangan tentera Zionis malahan lebih membuat penduduk Gaza lebih berani. Ini yang ditakuti Israel.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Comments are closed.