Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
apabila bercerita mengenai kekayaan, ianya akan menerima maklumbalas bercampur baur. Ada yang merasakan kekayaan ini merosakkan dan tak kurang juga yang memahami mengapa perlu kaya. Saya memegang pendapat perlu kaya untuk melakukan banyak perkara termasuklah usaha untuk agama, bangsa dan negara.
saban tahun, kelab tiga koma ini akan menerima perubahan kedudukan. Tahukah anda apa itu kelab tiga koma?
Kelab tiga koma adalah kelab di mana ahlinya mempunyai kekayaan berbillion dollar USD. Billion di sini anda ditulis dengan format koma, mempunyai tiga koma bermakna jumlahnya adalah pada nilai billion. Contoh 1,000,000,000 bersamaan dengan 1 billion.
Sumber kekayaan daripada pelbagai sektor
Kebanyakan ahli kelab tiga koma ini mengusahakan perniagaan dan aktiviti dalam pelbagai sektor. Ada yang mengusahakan syarikat teknologi, syarikat pelaburan dan pelbagai lagi. Namun semua boleh dikategorikan dalam skop perniagaan.
Mereka ini juga dari usia yang berbilang, ada yang masih muda, ada yang telah berumur dan daripada berbilang bangsa. Apa yang pasti, mereka mengusahakan aktiviti mereka dengan mengikut susur masa masing-masing, bukan ingin mengejar sana sini tetapi sedar apa yang mereka boleh lakukan dan capai.
Satu persamaan ketara di kalangan ahli kelab tiga koma
Satu persamaan ketara di kalangan mereka ini adalah, apabila mereka telah kaya, mereka gemar untuk membuat kebajikan dan usaha yang akan mendatangkan manfaat kepada lebih ramai umat manusia. Ratusan juta dollar dikeluarkan untuk membuka yayasan kebajikan dan pelbagai lagi.
Semua ini menjurus kepada kenapa mereka boleh terus menjadi lebih kaya dan kaya. Apabila kita banyak memberi, kita akan menerima dengan lebih banyak. Itu janji Tuhan.
Penting di sini untuk kita memahami konsep dan aturan mudah agar kita juga boleh bersama-sama menjadi ahli kelab tiga koma.
Senarai 10 orang terkaya di dunia 2018
Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di dunia untuk tahun 2018, kedudukan ini mungkin akan berubah-ubah mengikut pasaran semasa. Ini merupakan rujukan senarai daripada laman Forbes yang bertarikh 6 March 2018.
Individu terkaya pada masa ini adalah empunya laman amazon.com
#1 Jeff Bezos – mempunyai kekayaan sebanyak USD112Billion merupakan individu pertama yang mencecah angka 100billion. Beliau memiliki 16% daripada keseluruhan syarikat Amazon. Pada ketika artikel ini ditulis, nilai kekayaan Jeff Bezos telah meningkat mencecah USD120Billion.
#2 Bill Gates – sebagai individu yang bertanggungjawab mempengerusikan Yayasan Kebajikan Persendirian terbesar di dunia bersama isteri beliau Melinda, Bill Gates mempunyai kekayaan sebanyak USD90Billion dan sehingga hari ini, beliau memiliki lebih kurang 1% daripada saham syarikat Microsoft.
#3 Warren Buffet – merupakan insan yang turut dikenali sebagai “Oracle of Omaha” ini mempunyai kekayaan sejumlah USD84Billion. Beliau mengusahakan syarikat pelaburan Berkshire Hathaway yang memilik saham dalam lebih 60 syarikat yang lain. Warren Buffet komited memberikan lebih 99% kekayaannya untuk tujuan kebajikan, sehingga harini, beliau telah mengeluarkan lebih USD30Billion untuk tujuan kebajikan.
#4 Bernard Arnault & Family – memiliki kekayaan pada nilai USD72Billion. Bernard memantau lebih 70 jenama termasuk Louis Vuitton dan Sephora. Kesan daripada pembelian hampir keseluruhan Christian Dior dan usaha LVMH, Bernard meningkatkan kekayaannya hampir USD30bill hanya dalam tempoh setahun.
#5 Mark Zuckerberg – merupakan individu yang bertanggungjawab membina Facebook.com dan membawa syarikat itu ke mana beliau sekarang berada. Anak muda ini dengan kekayaan USD71Billion semasa data diambil, namun disebabkan isu baru-baru ini, jumlah kekayaan Mark telah menurun menjadi USD64Billion.
#6 Amancio Ortega – adalah antara individu terkaya di Eropah dan antara yang terkaya di Dunia. Merupakan antara pioneer dalam fesyen pantas dan merupakan empunya untuk rangkaian jenama Zara. Beliau lazimnya akan menerima sekitar USD400 juta setahun daripada dividen saham yang dimilikinya. Nilai kekayaannya adalah USD70Billion.
#7 Carlos Slim Helu & Family – dengan nilai kekayaan sebanyak USD67.1Billion, beliau merupakan orang paling kaya di Mexico dengan mengusahakan syarikat telekomunikasi yang besar. Beliau turut mempunyai beberapa perniagaan lain termasuk 16% saham dalam New York Times.
#8 Charles Koch – merupakan Pengerusi dan CEO untuk syarikat Koch Industries, yang merupakan syarikat persendirian kedua paling besar di Amerika, sejak tahun 1967. Beliau memiliki 42% firma tersebut dan pada ketika ini, nilai kekayaan beliau adalah USD60Billion.
#9 David Koch – merupakan adik beradik kepada Charles Koch yang mengusahakan Koch Industries. Beliau memiliki kekayaan sejumlah USD60Billion.
#10 Larry Ellision – telah bersama-sama menubuhkan syarikat ORACLE pada tahun 1977 untuk pengurusan database dan perhubungan pelanggan. Nilai kekayaan beliau mencecah USD58.5Billion.
Memang hebat-hebat senarai 10 orang terkaya di dunia ini. Walaupun mungkin kedudukan ini sentiasa berubah terutama dalam keadaan ekonomi sekarang, namun kekayaan mereka ini memang begitu banyak. Semoga kita dapat menjadikan mereka sebagai inspirasi untuk terus mengusahakan apa yang kita sedang usahakan.
81 Comments
Ahli kelab tiga koma ni ada yang mengusahakan syarikat teknologi, syarikat pelaburan dan pelbagai lagi.
Semua bidang ni ada peluang utk pemiliknya jadi kaya raya. Maklumlah permintaan terlalu tinggi
Perlu kaya untuk melakukan banyak perkara termasuklah usaha untuk agama, bangsa dan negara.
Semoga kita dapat menjadikan mereka sebagai inspirasi untuk terus mengusahakan apa yang kita sedang usahakan sekarang ni
Sesiapa sahja pun masuk dalam list di atas ni. Nak tak nak je..hehe.. saya doakan rakan2 di sini bakal tersenarai
InsyaAllah, kelab tiga koma ni pun bakal jadi milik kita kalau kita berusaha dengan keras untuk mencapainya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Amin amin. Banyak kerja dan pengorbanan yg kita kena buat utk smpai ke tahap itu
Kalau dapat jadi orang kaya yang dapat juga kedudukan tinggi di akhirat macam Abdurrahman bin Auf memang terbaik.
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Wet World Water Park Shah Alam | Tempat Menarik Di Selangor!
Memang terbaik komen Tuan.. orang cakap, kaya di dunia, juga kaya di akhirat adalah yang terbaik
Kaya di dunia untuk mengaut sebanyak mana yang boleh untuk kaya juga di akhirat
Alhamdulillah, memang terbaik kalu dapat jadi orang kaya seperti Abdurrahman bin Auf . jom usaha!
InsyaAllah boleh, merekani pun semakin kaya semakin banyak memberi. Mereka faham konsep memberi tu walaupun mereka bukan Islam
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Alhamdulillah dapat cukup makan, ada tempat berteduh dan sihat pun dah cukup kaya bagi Ibu sekeluarga. Semoga Allah bantu cukupkan keperluan kita.
Memang betul, lebih kaya mudah untuk berzakat dan bersedekah. Nak wakaf pun senang
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Puteri Qahrina Chalet : Homestay Melaka yang cantik di tepi pantai!
Alhamdulillah..tapi tak salah kan untuk cari lebih atau jadi yang terkaya. Makin banyak boleh menyumbang ke jalan agama juga.
Lagi banyak kita dapat, semoga lagi banyak kita dapat memberi infaq di jalan Allah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Semakin banyak kita memberi, kita akan semakin kaya di dunia dan di akhirat balasannya syurga, insyaAllah
Betul tu ibu, cukup makan, ada tempat berteduh dan sihat pun dah cukup kaya bagi saya juga
kan. Semoga Allah bantu cukupkan keperluan kita. Memang betul, lebih kaya mudah untuk berzakat dan bersedekah. Nak wakaf pun senang
Memang banyak kelab rupanya.nice sharing. Terima kasih atas info yang bermaklumat dan menarik ye
Curahan rasa Ira @ ..Bagaimana Shortcut Cantik Luar Dan Dalam Dengan Shaklee?
hehe..ye la kan, agak agak ada kelab satu koman, dua koma atau pun langsung takde koma..
Kita kalau kelab satu koma pun suka memberi dengan banyak ke jalan Allah, maka tak mustahil akan bertambah komanya tu.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Memang banyak kelab rupanya.nice sharing. banyak info yang menarik ttg org kaya di dunia ni kan
pada zaman dulu dunia masih dikendalikan dan dipegang oleh orang muslim, orang kaya kebanyakan dari orang muslim. Saat ini mereka lah yang menggenggam dunia. Mudah-mudahan kita umat muslim termotivasi untuk menjadi orang kaya.amiin
Curahan rasa ade sunandar @ ..Propolis & Glossy Ganoderma Capsule
insyaAllah satu hari nanti, muslim akan kembali menjadi mereka yang terbaik antara yang terbaik. Kena usaha lebih lagi
InsyaAllah muslim akan kembali menguasai dunia perniagaan dan global bila tiba masanya nanti
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
betul tu, pada zaman dulu dunia dipegang oleh orang muslim, orang kaya kebanyakan dari orang muslim
amin amin..Mudah-mudahan kita umat muslim termotivasi untuk menjadi orang kaya.amiin. pasti boleh!
Ya Allah,
Maha Suci Allah.
Sudah lama saya mengidam dan bercita-cita untuk menjadi kaya biarpun belum setaraf billionaire..
rasanya saya dalam proses menjadi kaya di dunia dan akhirat
aamiin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Sebenar Jadi Insan Gelandangan
amin..itulah yang seelok nya, kaya dunia kaya akhirat..makin banyak memberi, insyaAllah makin banyak kita dapat
Apa yang pasti, mereka mengusahakan aktiviti mereka dengan mengikut susur masa masing-masing.
InsyaAllah semoga tercapai hasrat
Itulah idaman semua. Kaya di dunia dan juga kaya di akhirat. Nauzubillah kaya didunia tapi m iskin di akhirat
Terbaik bro. Semoga cita-cita bro tertunai. Kaya di dunia dan juga kaya di alam sana.
Kaya kaya kalau tak kenal Allah pun tak guna juga kan. Jadi macam qarun dan firaun. Sebaik baik harta adalah harta orang soleh
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Wet World Water Park Shah Alam | Tempat Menarik Di Selangor!
Ye setuju. Kaya tapi tak kenal Allah pun takde nikmat juga kan. Untunglah jadi muslim yang kaya
Kita yang muslim ni pun ramai juga yang bergelar ahli kelab tiga koma cumanya tak obvious macam diorang ni kot
Bestnya kalu dah la kaya, kenal Allah lak , bersedekah dan berzakat konfem2 banyak giler..
barula tahu zaman sekarang ni..
ada kelab tiga koma rupanya eh sekarang nih.
macam-macam kelab dah ada.
hoho
Curahan rasa titan @ ..Second Child. First Daughter.
yalah kan..
bila dah kaya memang sedap dan seronok la kelab elit.
dulu masa sekolah kenal dengan Kelab Sejarah sahaja la
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rezeki Allah Yang Buat Kita Bahagia
la Kelab Sejarah tu pun mungkin dah ramai yang lahirkan ahli kelab tiga koma ni
bro titan mesti dah nak join kelab ni tak lama lagi kan. Jangan lupa ajak member2 lain join kelab 3 koma ni juga
Ye lah, ramai orang berluma-lumba nak masuk kelab tiga koma ni. High class katanya
hah selain drp kelab lumba kuda, ada kelab tiga koma juga sekarang nih. aku pun baru tahu haha
Pepatah inggeris ada menyebut “real millionaire have 7 sources of income”, tetapi mereka ini bilionair, mungkin ada lebih 7 sumber pendapatan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli Rumah Atau Kereta Dahulu
mungkin 70 sumber pendapatan la kan. dr millionaire jadi ke billionaire hehe.. kita 2 pun dah mengeluh
Yelah tu, sampai berbillion harta. Kalau untuk 7 keturunan pun belum tentu habis digunakan
Suka betul aku dengan pepataha inggeris ni. Billionaire ni konfem konfem bukan 2,3 income je
Agaknya bagaimana cekal dan bijaknya mereka mencari peluang dalam perniagaan yang mereka ceburi?
Indahnya kekayaan tersebut adalah milik orang Islam.
Ada orang islam yang kaya raya, tapi tidak muncul dalam Forbes, mungkin sudah selesa hidup tanpa ada hebahan umum.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
yelah, mungkin ramai je yang kaya di arab saudi dan dubai sana. tak tak hebohkan jumlah harta
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Makanan Yang Membakar Lemak dan Memberi Tenaga
orang kaya belah sana memang ramai hasil drp industri pelanconga dan oil & gas kat sana
Diorang ni lagi kaya, lagi diorg tunduk. Banyak harta diinfaq kan tanpa orang lain sedar
kalu baca kisah mereka, pasti ketara perbezaan lifestyle mereka dengan lifestyle orang kebanyakan..
Akhirnya bos AMAZON muncul sebagai orang pertama dapat kumpul 100 billion. Kalau tak silap, AMAZON ada juga guna teknologi drone untuk hantar barang. Bagaimana 10 orang paling kaya di dunia kelab tiga koma ini boleh berjaya, tentunya banyak perkara yang boleh dipelajari kita juga.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
kena baca bibliografi diorang. Mesti cerita hidup mereka memberi 1001 motivasi kepada orang awam seperti kita
Amazon ni dulu dulu jual buku je. Skang berkembang dgn sangat maju. Ptot lah Jeff Bezos kaya gila hehe
macam macam bisnes Amazon buat skang ni ye. Patutla JBezon kaya gila skang ni
Semoga suatu hari nanti boleh menjadi ahli kelab tiga koma ini juga.
Curahan rasa Eizil @ ..Bagaimana menguruskan gambar dalam artikel penulisan
Mudah mudahan tuan tersenarai dalam kelab 3 koma ini, harus bina tim dan syarikat yang boleh buat untung seperti mereka.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jualan RM1 Juta Dengan Produk RM1
Semoga ada potensi untuk tersenarai kan. Tim + sistem terbaik, bisnes terbaik, pasti boleh kumpul kekayaan seperti mereka.
Boleh tak kalau sorang sorang bekerja dan berjaya mengumpul kekayaan sehingga tersenarai?
Mudah mudahan tuan tersenarai dalam kelab 3 koma ini, Yakin boleh masuk dlm list ni nanti!
Comments are closed.