10 lokasi percutian paling menarik dan unik di Malaysia

Spread the love

Alhamdulillah PKP sudah ditarik balik. Ada negeri yang berstatus PKPB dan ada yang berstatus PKPP. Rakyat dibenarkan untuk rentas daerah namun masih tak boleh merentas negeri.

Bolehlah kita bercuti ke lokasi-lokasi percutian menarik di negeri masing-masing untuk hilangkan stress setelah terperuk dalam rumah lebih sebulan.

Kaki travel macam kami memang sudah gatal kaki nak berjalan.

Pening pulak nak pergi mana.

Dari 10 lokasi percutian cantik di bawah ini, mana yang kalian pernah pergi.

Video 10 Lokasi Percutian Menarik dan Unik di Malaysia @ https://youtu.be/C6j63y31cTQ (SUBCRIBE YA)

1. Rumah Kebun Semungkis

Rumah Kebun adalah rumah percutian yang terletak di Kampung Semungkis, Hulu Langat. Dikelilingi oleh pokok-pokok yang tumbuh mekar, di sinilah anda sekeluarga dapat menghirup udara bersih yang dapat mengembalikan kesegaran segenap tubuh badan setelah berbulan lamanya tenggelam dalam asap kota.

Rumah Kebun Semungkis

2. JapaMala Resort, Pahang

Terletak di dalam lokasi yang tersembunyi jauh dari kesibukan kota, JapaMala Resort yang terletak di Pulau Tioman ini adalah sebuah penginapan menakjubkan yang diselubungi oleh keindahan alam semula jadi rimba hijau.

JapaMala Resort Pahang

3. The Banjaran Hotsprings Retreat, Perak

Berlatar belakangkan bukit-bukit batu kapur, The Banjaran Hotsprings Retreat adalah sebuah penginapan yang paling sempurna pernah anda temui. Kesemua penginapan yang ditawarkan adalah villa mewah yang terletak di dalam lokasi penuh privasi untuk anda menikmati percutian dalam ketenangan.

The Banjaran Hotsprings Retreat

4. Tanah Aina Farouq, Pahang

Lagi satu destinasi percutian popular yang bertemakan Eco Tourism adalah Tanah Aina Farouq Raub Pahang.

Anda boleh pilih untuk bermalam di dalam bilik persendirian atau jika anda lebih suka adventure anda boleh bermalam di dalam kemah yang disediakan.

Tanah Aina Farouq

5. The Kabin, Selangor

Kalau anda akan ke Pantai Remis Selangor, rugi kalau tak bermalam di The Kabin. Ia baru saja dibuka pada tahun 2014 dan tempat ini unik kerana ia merupakan hotel yang diperbuat oleh kontena lama yang telah diubah suai.

The Kabin Selangor

6. Seaventures Dive Resort, Sabah

Pelantar minyak bukan satu tempat biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik, tetapi ini berubah apabila saya menemui Seaventures Dive Resort. Resort terletak di Sipadan Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul.

Seaventures Dive Resort Sabah

7. Sekeping Serendah, Selangor

Mencari villa mewah dengan rekabentuk moden yang terletak ditengah-tengah hutan? teruskan pengembaraan anda ke resort Sekeping Serendah. Disini terdapat 10 pondok moden yang dibina di kawasan hutan tropikal seluas 5 ekar.

Sekeping Serendah

8. The Dusun Mantin, Negeri Sembilan

Jika anda ada peluang untuk ke Seremban, cari lah alasan untuk bercuti di The Dusun Mantin. Resort ini mendapat nama “The Dusun” kerana asalnya ia merupakan dusun durian.

Pemiliknya menukar dusun ini kepada resort kerana mahu berkongsi keindahan dusun ini dengan orang ramai. Sampai ke hari ini, jika anda berminat, anda boleh mencuba durian yang tumbuh di dusun ini.

The Dusun Mantin

9. Farm Ville Cafe & Homestay, Selangor

Farm Ville Cafe & Homestay ataupun lebih dikenali sebagai Sekinchan Container Hotel adalah sebuah penginapan yang didirikan menggunakan kontena besi yang datang dalam pelbagai saiz dan disusun dengan kreatif. Daripada setiap penginapan kontena ini, anda dapat menikmati pemandangan yang meluas hamparan sawah padi yang penuh dengan kehijauan.

Farm Ville Cafe & Homestay Selangor

10. Homestay Rumah Sungai, Perak

Homestay Rumah Sungai adalah sebuah penginapan daripada kayu yang terletak di tepian sungai yang masih agak baru dibuka. Setiap penginapannya lengkap dengan ruang balkoni untuk anda melihat pemandangan air sungai yang mengalir serta menghirup udara segar daripada kawasan hutan.

Homestay Rumah Sungai

Video percutian di tempat menarik di Pulau Langkawi @ https://youtu.be/Rs7kFXkc_98 (SUBCRIBE YA)

Kalian tonton video ini sehingga selesai rasailah apa yg kami rasai.

Video Percutian murah di By The Sea Batu Feringghi Pulau Pinang @ https://youtu.be/jwlwU6nXLnQ (subcribe ya)

Klik lokasi percutian untuk membaca pengalaman kami mengembara. Kalau ada cadangan lokasi lain yang best-best boleh tinggalkan link video kat ruangan komen.

Video 10 Lokasi Percutian Menarik dan Unik di Malaysia @ https://youtu.be/C6j63y31cTQ (SUBCRIBE YA)

Nak tengok video-video kembara kami di lebih 35 negara jom @ http://bit.ly/denaihatitravel (Subcribe ya)


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!